Selasa, Mei 11, 2010

Lesen untuk judi bola?

Salam,

Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussein bahawa pihak Kerajaan Pusat mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen judi sempena Piala Dunia 2010 demi mengelakkan berleluasa kegiatan judi haram adalah satu kenyataan yang memalukan dan amat menyalahi cara fikir yang lurus. Saya ingin tegaskan hal ini berasaskan perkara berikut;

1. Dari segi Islam adalah menjadi asas bahawa ‘tindakan pemerintah terikat dengan maslahah’. Maslahah dalam konteks ini adalah kepentingan atau kebaikan rakyat dan negara itu sendiri. Ini seperti juga yang disebut oleh al-Imam al-Syafi’i r.h:

“Kedudukan pemerintah di sisi rakyat bagaikan kedudukan penjaga anak yatim” (lihat: Al-Sayuti, al-Asybah wa al-Nazair).

Apakah memberikan lesen judi itu memberikan kebaikan atau mempunyai kepentingan umum rakyat? Atau ia hanya kepentingan segelintir taukeh dan kaki judi semata?! Jika ia tidak memulangkan kepentingan umum atau kebaikan kepada rakyat maka itu bukan tindakan pemerintah yang bertanggungjawab.

2. Tidak dinafikan judi dan arak memang mempunyai keuntungan dan beberapa manfaat untuk pihak-pihak tertentu. Namun, ancaman dan bahayanya jauh lebih besar dibandingkan manfaat yang bakal diterima. Al-Quran menyebut: (maksud)

“Mereka bertanya engkau (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa (keburukan) yang besar dan manfaat kepada manusia. Namun dosa (keburukan) keduanya lebih besar dari manfaatnya” (Surah al-Baqarah ayat 219).

Maka dengan itu, sekadar untuk digunakan cukai judi berkenaan untuk kegiatan sukan bukan satu alasan. Kerosakan judi lebih besar dari manfaat yang akan diterima. Membiayaan untuk membaikinya nanti jauh lebih tinggi.

3. Judi sama ada ‘dilesankan’ atau tidak dilesen keburukannya sentiasa dominan. Ia menyebabkan pembaziran tanpa sebab, sikap bergantung nasib tanpa kewarasan, merosakkan keluarga, menimbulkan tabiat suka berhutang, membawa kepada kejatuhan ekonomi individu secara mengejut, ketagihan tabiat buruk tersebut yang luar biasa dan berbagai lagi keburukan yang lain. Akal waras manusia dari semua aliran agama dan masyarakat, bahkan yang tidak beragama pun tetap menyatakan judi selalu merosakkan masyarakat.

4. Jika pun judi itu untuk masyarakat bukan Islam, saya tetap katakan masyarakat Malaysia bukan masyarakat judi. Tiada ajaran mana-mana agama yang menggalakkan judi. Tiada siapa pun dalam mana-mana bangsa atau agama dalam negara ini sanggup untuk mendakwa ‘judi adalah budaya kami’, atau ‘kebanggaan hidup kami’. Jika ada, itu terkeluar dari norma kewarasan. Tiada isteri yang normal sukakan suaminya kaki judi. Maka, jangan kaitkan atau hidupkan budaya ini secara terbuka dalam masyarakat kita. Kaki judi sentiasa dipandang negatif dalam semua masyarakat yang rasional.

5. Judi akan menggalakkan tabiat berhutang dan pergaduhan. Sama ada diberi lesen atau tidak, tetap sama. Hutang along atau hutang bank, tetap bebanan hutang. Jika diberi lesen terbuka, yang tertutup tetap berjalan seperti biasa. Itu bukan alasan yang munasabah.

6. Peranan pemerintah adalah mencegah keburukan, bukan menaja atau bersaing dengan penjenayah. Cadangan tersebut hanya mengubah ‘taukeh’ sahaja dari yang berlesen kepada yang tidak berlesen. Apakah nanti mungkin kita akan wujudkan tempat ‘hisap candu berlesen’ untuk mengelakkan penagih candu menghisapnya di tempat yang tidak berlesen? Jangan fikir lesen dan cukai keuntungan sahaja, kerajaan hendaklah berfikir kesan yang akan menimpa rakyat nanti!

7. Maka, saya sekali lagi membantah cadangan ini dan meminta semua rakyat Malaysia yang waras dan mempunyai nilai-nilai agama dan moral membantah cadangan ini!

Oleh itu mari sertai kami menyatakan bantahan disini : http://www.facebook.com/group.php?gid=117320414965051

Sumber : http://drmaza.com/home/?p=1134

Isnin, Mei 10, 2010

TNB menindas pengguna?

Salam,

Caj yang dikenakan TNB adalah berbeza-beza mengikut unit penggunaan.
500 unit pertama X 0.286 = RM143.00
100 unit seterusnya X 0.378 = RM37.80
100 unit seterusnya X 0.387 = RM38.70
100 unit seterusnya X 0.397 = RM39.70
100 unit seterusnya X 0.417 = RM41.70
no limit unit seterusnya X 0.446 = (tgk jumlah penggunaan)

Ok. Katakan dalam sebulan kita biasa gunakan 700 unit. Jadi jumlah bil yang sepatutnya kita terima adalah RM219.50
Sepatutnya... bulan kedua pun dengan penggunaan 700 unit yg sama kita terima bil RM219.50.
Tetapi, jika TNB hanya dtg dalam tempoh 2 bulan dengan penggunaan total 1400 yang sepatutnya kita bayar RM439.00 kita kena
bayar RM523.90. Kita terpaksa bayar lebih RM84.90.

Kita ambil kiraan bagi kebanyakkan rumah kat Malaysia ni pulak.
Dengan penggunaan 300 unit sebulan bil yg sepatutnya diterima ialah RM85.80.
Tapi bila dah dtg 2 bulan sekali bil dah jadi RM180.80 (300+300=600). Kalau ikut yg sepatutnya 85.80 + 85.80 = RM171.60. TNB dah untung RM9.20 untuk satu rumah. Kira jelah berapa banyak rumah kat Malaysia ni.

Jadi, inilah yang dinamakan membebankan pengguna. So far, dikawasan saya TNB masih dtg memeriksa bil setiap bulan.
Tak pasti ada ke tempat yang TNB hanya datang 2 bulan sekali. Jika ada, memang satu bentuk penindasan kepada pengguna.

Rabu, April 28, 2010




Aktiviti Mandi Peluh ataupun Sauna selalunya dikaitkan dengan kecantikan kulit. Tapi sebenarnya, kebaikan sauna bukan setakat tu saja, ia punya manfaat yang cukup besar untuk kesihatan tubuh

Biarpun begitu, ramai yg tidak punya pengetahuan tentang perkara ini. Berikut adalah beberapa kebaikan dari sudut kesihatan daripada aktiviti mandi peluh yg mungkin anda selalu lakukan.

Keluarkan Toksin dari tubuh
Peluh yg keluar semasa berada dalam sauna bukan sia-sia. Seperti yg diketahui, pori-pori yg membesar dan mengeluarkan peluh itulah akan mencantikkan kulit. Tapi di samping itu, turut keluar bersama peluh ialah toksin yg ada dalam tubuh kita. Kesannya kulit akan menjadi cerah & bersih.

Meningkatkan metabolisme
Bagi kesihatan tubuh, sauna akan meningkatkan degupan jantung antara 50-75% dalam masa 20 minit. Begitu juga dengan kadar metabolisme tubuh, sauna akan membantu meningkatkannya hingga 20%. Dengan ini, tubuh dapat membakar kalori lebih banyak dan kesannya bertahan hingga 3 jam kemudiannya. Satu sesi sauna membakar kalori sebanyak 600 kalori!!

Kurangkan stress
Faktor inilah yang menyebabkan ramai yang memilih aktiviti sauna bila berasa stress. Biasanya, setelah selesai melakukan aktiviti sauna, fikiran akan merasa tenang. Stress dan kerisauan boleh dikurangkan denga sauna hingga membuatkan fikiran lebih damai

Sembuhkan masalah kulit
Panas ruang sauna yg biasanya antara 60-105°C akan menyebabkan pembuluh darah melebar dan tekanan darah meningkat. Hasilnya kulit akan menjadi sihat. Selain itu, masalah kulit seperti jerawat juga boleh dirawat. Sebabnya, wap panas sauna akan melembutkan jerawat sekaligus mempercepatkan proses penyembuhannya.

Membunuh bakteria & virus
Mandi peluh melalui sauna akan membuat otot-otot tubuh berehat dan membolehkannya me‘nyah‘ toksin penyebab rasa letih setelah seharian melakukan aktiviti. Aliran darah yang semakin cepat membantu proses perbaiki sel otot. Selain itu proses pemanasansuhu tubuh ini juga bermanfaat untuk membunuh sel bakteria dan virus; meningkatkan kemampuan tubuh mengeluarkan racun sekaligus meningkatkan sistem imunisasi tubuh.


KEHEBATAN Mandi Wap Panas di rumah..

Adakah anda prihatin tentang berat badan dan kesihatan anda? Sila perhatikan manfaat bersauna dan bandingkan dengan kegiatan aktiviti bersukan yang lain:

1. Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori.
2. Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori
3. Berbasikal selama 30 minit membakar 250 – 500 kalori.
4. Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori
5. Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori

Jadi, jika tuan/puan berminat untuk bersauna perkhidmatan ini tersedia dirumah saya yang akan dikelolakan oleh isteri saya.
Kami juga sedia kerumah tuan/puan (jika dpt kumpulkan lebih dari 5 orang)Percuma utk tuan rumah jika dapat sediakan 10 orang. Bagi yang berminat dan berada disekitar Dengkil, Putrajaya, Cyberjaya, Sepang, KLIA, Banting, Bangi dan Kajang bolehlah menghubungi saya ditalian 016-2382974 (Azwan) atau 013-6711000 (Rose) bagi membuat temujanji.

Harga bagi satu sessi sauna dengan herba selama 20 minit adalah sebanyak RM15.00 sahaja.

Sekian. Selamat mencuba.

Ahad, Februari 07, 2010

Diskusi Isu Kalimah Allah Bersama bersama DSAI

Oleh Akhie Naim

Malam semalam (18 Januari 2010), saya berkesempatan menghadiri satu sesi perbincangan tertutup berkenaan isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di kediaman Ketua Umum PKR. (Berita di sini) Turut hadir pada malam itu adalah para pemimpin PKR dan PAS. Perbincangan yang berlanjutan hampir tiga jam itu berjalan dengan agak baik, tetapi saya dan rakan-rakan agak kecewa dengan banyak hal, terutamanya yang berkaitan dengan ‘mentaliti’ dan ‘sikap’ orang-orang politik. Saya rumuskan perbincangan yang berlangsung pada malam tersebut dalam beberapa perkara penting yang saya senaraikan di bawah;

1) Hujah-hujah yang bersifat ilmiah dan intelektual, khususnya yang melihat daripada aspek teologi, falsafah bahasa, serta latar sosio-budaya, ternyata sukar diterima oleh ahli perbincangan pada malam itu yang rata-ratanya sudah membuat keputusan masing-masing. Sikap yang ditunjukkan oleh beberapa pemimpin politik yang memperlekeh pandangan intelektual, menolak pandangan dari sudut falsafah bahasa dan mengenepikannya mentah-mentah ternyata mengecewakan. Malah, lebih mengecewakan kerana majoriti pandangan yang dikemukakan oleh orang-orang parti politik yang terlibat pada malam itu lebih bersifat ‘pandangan’ dan ‘pendapat’ yang seolah-olah dibuat tanpa melakukan penelitian, kajian, serta pembacaan yang lebih meluas dan mendalam. Banyak hujahan yang simplistic dilontarkan, semata-mata untuk mempertahankan pandangan kelompok mereka.

2) Sikap segelintir kecil orang-orang politik yang terlibat di dalam perbincangan tersebut yang gemar menggunakan hujah daripada nas Al-Qur’an dan Al-Hadith, walaupun mereka bukanlah orang yang berkelayakan dalam bidang agama atau tidak pernah mempelajari agama secara serius melalui sistem pengajian yang serius (bukan melalui bacaan satu-dua buku, bukan melalui kajian Internet, bukan melalui ceramah-ceramah, tetapi melalui kelas-kelas pengajian yang ada gurunya), membayangkan keangkuhan mereka. Ayat-ayat yang digunakan, serta sanggahan terhadap penggunaan ayat itu sebagai dalil membenarkan penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam, telah disentuh oleh Mohd. Aizam bin Mas’od di dalam artikel bertajuk “Hujah Menolak Penggunaan Kalimah ‘Allah’ Oleh Kristian”.

3) Pendirian ‘tidak rasmi’ Pakatan Rakyat seperti yang diumumkan oleh DSAI pada permulaan sesi perbincangan, yakni untuk menyokong penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di negara ini, antara lain – menurut DSAI – dikukuhkan dengan pandangan yang diterima daripada Dr. Yusuf Qardhawi dan Dr. Wahbah Zuhaili. Hal ini ternyata mengecewakan dan membayangkan seolah-olah orang-orang politik tersebut ‘miskin’ dengan jaringan para ‘ulama. Mendengar pandangan daripada dua orang tokoh tersebut, dan kemudian terus membuat suatu keputusan (saya katakan keputusan kerana kenyataan telah dikeluarkan dalam media) adalah merupakan perkara yang tidak sihat dan sebenarnya telah menutup pintu untuk menerima pandangan-pandangan lain. Ya, kedua-dua tokoh itu adalah tokoh besar di dalam dunia Islam tetapi dunia Islam mempunyai ribuan ‘ulama. Di Malaysia sahaja kita mempunyai begitu ramai ‘ulama yang hebat dan luas ilmunya. Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki, sebagai contoh, seorang ‘ulama muda tempatan yang kitab-kitab karangan dan terjemahannya sudah mencapai 300 buah, malah ada di antara kitab-kitab beliau yang digunapakai di universiti-universiti dan pusat-pusat pengajian di Mesir.

4) Sesi perbincangan tersebut dilihat agak ‘tidak adil’ dan bersifat ‘syok sendiri’. Hal ini demikian kerana ahli perbincangan tersebut tidak cukup ‘diverse’. Majoriti ahli perbincangan adalah merupakan orang-orang parti politik masing-masing. Beberapa orang ahli akademik yang menghadiri perbincangan tersebut pula adalah merupakan kenalan lama kepada para pemimpin parti politik tersebut, sehingga menjadikan pandangan dan pendapat mereka agak ‘reserved’ dan terlalu berhati-hati. Agak mengecewakan kerana banyak di kalangan individu-individu yang autoritatif di dalam hal ehwal agama, terutama di kalangan ilmuan yang membantah penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam, tidak dipanggil dan dilibatkan sekali. Seolah-olah, yang mereka iktiraf sebagai ‘ulama dan ilmuan hanyalah daripada circle mereka sahaja. Sedangkan, ada ramai ‘ulama dan ilmuan yang mampu memberikan pandangan secara ilmiah dan bernas – dan jika benar mereka mahu menegakkan semangat muzakarah demi mencari kebenaran, maka seharusnya mereka dilibatkan sekali.

5) Sikap politik kepartian yang tidak matang ternyata masih menebal. Biarpun sesi perbincangan tersebut – menurut yang difahamkan kepada kami – adalah sesi perbincangan ilmiah yang bertujuan untuk membincangkan isu tersebut secara sihat demi mencari penyelesaian kepada dilema yang sedang berlaku, tetapi ternyata orang-orang politik yang terlibat di dalam perbincangan tersebut – tua atau muda – semuanya masih ‘terperangkap’ dalam kerangka politik kepartian yang tidak matang. Biarpun beberapa kali disebutkan agar isu ini tidak dijadikan sebagai isu politik, tetapi ternyata pandangan-pandangan yang dikemukakan oleh orang-orang politik pada malam itu majoritinya berdasarkan kepada kacamata ‘politik menang-kalah’; soal populariti parti, soal memenangi undi masih lagi menjadi timbang tara yang melebihi timbang tara ilmiah. Malah, perbincangan yang seharusnya ilmiah itu acapkali menjadi sesi mengutuk UMNO dan kerajaan. Ketua Umum PKR sendiri, pada hemat saya, agak emosional dan sangat terikat dengan pertimbangan politik dalam menilai pandangan-pandangan yang dikemukakan. Keadaan ini ternyata mengecewakan kerana sikap sebegini merugikan umat, kerana sikap ini menjadikan seolah-olah segala yang datangnya daripada UMNO itu dilihat oleh PAS-PKR sebagai ‘najis’ dan begitulah sebaliknya.

6) Apa yang agak mengecewakan dan merisaukan juga adalah apabila DSAI mengeluarkan kenyataan supaya isu penggunaan nama Allah ini tidak dipanjangkan kerana banyak isu lain yang ‘lebih penting’ seperti isu kezaliman pemerintah, rasuah dan sebagainya yang perlu diberikan penumpuan serius. Saya agak terkesima dengan kenyataan tersebut, yang membayangkan satu kecelaruan dalam pandangan alamnya. Isu nama Allah ini berkait rapat (jika pun tidak berkait secara langsung) dengan usuluddin, dengan asas agama – kerana yang dibincangkan di sini adalah nama Tuhan kita! – justeru persoalan yang berkaitan dengan ‘aqidah umat Islam (walaupun mungkin tidak berkaitan secara langsung) haruslah diberikan keutamaan. Kenyataan DSAI itu membayangkan seolah-olah untuk ‘bertarung’ dengan orang Islam (kerajaan UMNO) itu lebih penting daripada bersatu bersama umat untuk ‘bertarung’ menentang orang bukan Islam (gereja Katolik).

Agaknya, memang sukar untuk merubah masyarakat menjadi masyarakat yang benar-benar berbudaya ilmu. Agaknya juga, masih ramai yang tidak memahami bahawa politik bukanlah penyelesaian terbaik kepada javascript:void(0)segala permasalahan umat yang wujud pada hari ini. Mungkin juga, ramai yang masih belum memahami bahawa asas kepada penyelesaian permasalahan umat, dan seterusnya untuk membina tamadun umat Islam yang terbaik, adalah pada persoalan ‘aqidah – soal pembentukan pandangan alam Islam yang benar dan jelas.
Saya pasti ulasan ini tidak popular. Mohon maaf jika ada sesiapa yang terasa. Semoga Allah mengurniakan hidayah-Nya kepada kita semua dan melimpahi Rahmat-Nya kepada kita tanpa putus.

Sumber : http://hembusan-amal.blogspot.com/2010/02/diskusi-isu-kalimah-allah-bersama-orang.html

Ahad, Januari 17, 2010

Kenapa kita perlu tentang penggunaan kalimah Allah oleh Kristian.




Sebenarnya ALLAH telah memberi amaran dan peringatan kepada kita umat Islam tentang dakyah dan konspirasi halus Yahudi & Kristian ini yang tidak akan redho dan setuju dengan kita umat Islam selama-lamanya selagi kita tidak mengikut cara kehidupan dan kemahuan mereka:

Al Baqarah: 120
"Sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redho dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka. Katakanlah 'sesungguhnya petunjuk ALLAH itulah petunjuk yang benar'. Dan sesungguhnya jika kamu memilih untuk mengikuti kemahuan Yahudi dan Kristian ini setelah datang kepada kamu 'ilmu (Al Quran), maka ALLAH tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu".

Dan ALLAH menceritakan kepada kita tentang kesesatan, kekufuran dan kesyirikan golongan Yahudi & Kristian ini dengan menyalahgunakan nama ALLAH ini:

At Taubah: 30-32
"Kaum Yahudi mengatakan , 'Uzair itu anak ALLAH' dan kaum Kristian pula berkata 'Isa (Jesus) itu anak ALLAH. Demikian itulah ucapan mereka dengan mulut mereka, mereka meniru perkataan orang-orang kafir yang terdahulu. Dila'nati ALLAH mereka, bagaimana mereka sampai berpaling".
"Mereka (Yahudi & Kristian) menjadikan orang 'alimnya, dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain ALLAH, dan (juga mereka mempertuhankan) Al Masih Putera Maryam (Jesus); padahal mereka hanya disuruh menyembah ALLAH Tuhan Yang Satu, tidak ada tuhan (yang berhak disembah) selain Dia (ALLAH). Maha suci ALLAH dari apa yang persekutukan".
Mereka mahu memadamkan cahaya (agama) ALLAH dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan ALLAH tidak menghendaki selain menyempurnakan cahayaNya, walaupun orang-orang kafir tidak menyukainya".
Dan ALLAH menegaskan bahawa apa jua pun, ALLAH telah mengutuskan Rasul dan kitab Al Quran yang benar dan hak, dan akan pasti menang atas segala agama lain, walaupun kafir musyrikin tidak suka dengannya.
At Taubah: 33
"Dialah ALLAH yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk (Al Quran) dan agama yang benar, untuk dimenangkannya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrik tidak suka!".
Dan ALLAH memberikan penegasan yang muktamad tentang hakikat ketuhanan dan ketauhidan kepada ALLAH ini.
Al Ikhlas: 1-4
"Katakanlah, "Dialah ALLAH Tuhan Yang Maha Esa (Satu), ALLAH adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu, Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan, dan tidak ada sesuatu pun yang sekufu (setaraf) dengan Dia".
Malahan sebenarnya isu penggantian nama God kepada 'ALLAH' ini juga muncul di Eropah Isnin lepas. Seorang tokoh kanan Roman Kristian Katolik di Belanda yang berusia 71 tahun Bishop Tiny Muskens mencadangkan supaya penganut Kristian menggantikan nama God kepada 'ALLAH', namun cadangan beliau dibantah keras oleh tokoh-tokoh Kristian Euro-Amerika. Seorang tokoh dan ilmuan Kristian di Amerika, Dr. R. Albert Mohler, Jr., President of The Southern Baptist Theological Seminary, menegaskan bahawa, "it is inappropriate for Christians to call God "Allah" based on irreconcilable theological differences associated with the name "Allah" and core Christian beliefs.The key condition behind calling the Christian God "Allah" is that "Allah" must refer to the same God as the one in the Bible. However, this requirement presents “a huge problem for both Muslims and Christians,” contends Mohler.The theologian pointed out that the Qur’an explicitly denies that "Allah" has a son, and Islam considers the idea of a triune God to be blasphemy. “Thus, from its very starting point Islam denies what Christianity takes as its central truth claim – the fact that Jesus Christ is the only begotten Son of the Father,” wrote Mohler on his web blog Wednesday. “If "Allah" has no Son by definition, "Allah" is not the God who revealed himself in the Son. How then can the use of "Allah" by Christians lead to anything but confusion …and worse?”.
Berdasarkan itu, saya ingin bertanya kepada segelintir Melayu di Malaysia ini yang beriya-iya sangat menyokong kemahuan segelintir Kristian di Malaysia ini yang mahu menggunakan nama ALLAH dalam bentuk triniti- bahawa ALLAH itu adalah Tuhan Bapak, Tuhan Anak & Roh Suci, apakah kamu bersetuju dan redho dengan kemahuan itu? Bagaimana kita boleh sampai menjadi golongan yang 'summum bukmum 'umyum faahum-buta, pekak dan bisu!! "Ingatlah "Ar ridho bil kufr..kufr. Mereka yang redho dengan kekufuran itu adalah kafir!! Na'uzubillah minzaalik.
Sebab itu saya menyeru kepada diri saya dan seluruh umat Islam yang masih punya walau sekelumit iman, bertaubatlah kita kepada ALLAH dan kembalilah kita kepada petunjuk Al Quran dan Sunnah. Ingatlah pesanan ALLAH di dalam surah Al Baqarah:2, " sesungguhnya Al Quran itu tiada sedikit pun keraguan kepadanya, menjadi petunjuk bagi mereka yang menuju ketaqwaan". Dan ingatlah pesanan Rasulullah saw dalam khutbatul wida', "aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang selagi kamu berpegang kepadanya nescaya kamu tidak akan sesat..iaitu Al Quran dan Sunnahku". "Dan sampaikanlah kepada mereka yang tidak hadir pada hari ini (hari wukuf haji Rasulullah), semoga mereka yang terkemudian yang mendengarnya lebih memahaminya".
Dan pesan saya kepada diri saya dan saudara/i yang se aqidah dengan kalimah Tauhid Laa ila ha illallah, janganlah kita terpedaya dan terpesona dengan mainan hidup didunia ini. Janganlah kita menjadi saperti kalkatu, yang begitu terpesona dengan keasyikan cahaya pemusnah, dan terus berebut pergi kapadanya walaupun mereka tahu cahaya itu akan memusnahkan mereka. Janganlah kita menjadi Muslim Al-Kalkatu, sehingga sanggup menjual agama dan Tuhannya sendiri demi mengejar sedikit habuan didunia ini!!
Ya ALLAH, persaksikanlah bahawa aku telah menyampaikan amanat itu. Semoga ALLAH memberikan keampunanNya, dan menganugerahkan petunjuk, taufiq dan hidayahNya, dan memberikan istiqomah dalam perjuangan membela, mempertahan, dan menobatkan syariat dan risalah tauhid ini. Ameen ya robbal 'alameen.
Wassalam.

Isnin, November 02, 2009

Keluargaku yang tercinta

Salam...

Lamanya tak menulis disini. Kesibukan yg agak melampau hingga kadangkala isteri pun naik merajuk dibuatnya. Masakan tidak. Siang malam dok kerja. Tapi apakan daya. Tanggungjawab harus dilaksanakan demi untuk mencari rezeki bagi menyara keluarga.

Tak tau apa nak cerita. Cuma kebelakangan ini agak rajin berFacebook. Asal bukak laptop je bukak FB dulu, asal ada free wifi je surf FB dulu melalui HP. Macam addict la pulak. Ada pulak game yg menarik perhatian aku utk tak boleh kalau tak bukak FB dalam masa 24 jam.. Huhuhuhu.. Sebenarnya agak menyedihkan. Sebab, ketagih pada FB dah melebihi dari ketagih nak berzikrullah.. Semoga Allah ampunkan dosa aku.

Walaubagaimana sibuk pun urusan kerja aku pada waktu ini, aku masih lagi meletakkan agama dan keluarga diatas. Agama no.1 dan keluarga no.2. Baru la dtg hal kerja ditempat ke-3.

Nurin Nadhirah pada ketika ini sedang berperang menghadapi exam akhir tahun bagi darjah 1 dan baru sahaja selesai dgn exam di sekolah agama. Aku tak meletakkan harapan yang terlalu tinggi walaupun dihati kecil ingin dia dpt no.1 utk penggal akhir ni. Paling tidak pun biarlah peratusannya menaik dari exam dan ujian yg lepas. Disekolah agama pula harap kekalkan dengan rankingnya ketika ini dan peratusannya menaik.

Zulaikha pula baru selesai sukan disekolah tadikanya. Baru aku sedar yg anak aku no.2 ni ada talent jadi pemimpin. Dia mengetuai rakan2nya disekolah tadika utk nyanyian lagu patriotik dan bacaan ikrar. Sebelum ni mmg tak tau langsung. Sebab dia ni agak low profile berbeza dgn kakaknya. Zulaikha juga akan menghadapi final examnya disekolah tadika bermula Rabu ini. Alhamdulillah, check up Zulaikha dengan pakar urologi di HKL last week positif.

Maisarah pula sangat excited nak mula bersekolah tadika pada tahun depan. Sejak mamanya menghantar borang ke sekolah tadika, dia dah mula nak bahasakan dirinya dengan panggilan kakak pada adiknya. Kalau tak masih tak ubah dengan panggilan anja. Tapi dengan botol susunya masih tak bole lepas. Bila dilarang pandai dia menjawap "Ayah.. dekat sekolah kita minum apa yang cikgu bagi. Tapi dekat rumah baru la kita minum susu"... Hmm, mmg kalau nak berlawan cakap dengan Maisarah buat kita akan tergelak sendiri. Sangat alert kalau tgk kipas atau tv terpasang tanpa ada org. Mmg dia marah.. MEMBAZIR..katanya. Budak 3 tahun pun tau membazir. Siap la mamanya kena leter kalau tak tutup kipas.

Safiyyah dah 6 bulan. Tapi still comel macam aku kecik2. Berat pada hari ni (masa gi check up kat klinik) baru 5.9kg. Baby lain yg sebaya dgnnya dah ada yg cecah 8 kg. Takpelah. Yg paling penting kesihatannya baik.

Isteriku pula makin sibuk dengan urusan sehariannya. Dari jam 5.30 pagi hingga jam 10.00 malam (kadang2 lebih) buat kerja dirumah. Satu pengorbanan yg buat aku sangat2 bersyukur mendapat isteri aku ni, ialah dia sanggup menjaga dan menguruskan nenek aku yang tinggal bersama kami. Menguruskan makan pakainya, mandinya, dan yg buat aku sangat2 terharu ialah sanggup menguruskan kencing berak nenek aku. Hingga aku kadang2 terfikir dan hati kecil aku berkata, alangkah bodohnya aku kalau cuba2 nak cari yang lain. Kerana bagi aku isteriku Ruzlifah Binti Sahit, hanya satu je kat dunia ni dan tiada satu pun yg layak utk menggantikannya. Abang sayang ayang dan berdoa agar Allah SWT satukan kita dialam akhirat didalam syurga Allah SWT.

Sabtu, September 19, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H




Salam...

Hari ini lengkaplah sudah kita menjalani ibadah puasa walaupun tidak genap 30 hari. Rasa sedih meninggalkan Ramadhan bagi tahun ini berganti dengan rasa gembira menyambut ketibaan Syawal, bulan kemenangan bagi seluruh umat Islam.

Dikesempatan yang ada ini, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon sejuta kemaafan kepada rakan2 pembaca yang sudi menjengah dan melayan tulisan saya yang entah apa-apa ni. Kadangkala apa yang lahir dari hati saya dan sedikit teguran yang ingin disampaikan mungkin menyentuh hati sesetengah pembaca yang budiman. Begitu juga pada sidang pembaca yang tidak menyenangi kehadiran saya didunia maya ini saya pohonkan maaf sekali lagi. Apa yang cuba saya tuliskan disini adalah untuk saya mengingatkan diri saya sendiri. Saya adalah seorang hamba Allah yang tidak lari dari melakukan kesilapan dan sentiasa perlukan tunjuk ajar.

Saya juga ingin menjemput rakan2 pembaca yang budiman untuk berkunjung kerumah saya pada hari raya ini. Marilah kita sama-sama terus merapatkan silaturrahim dan ukhuwah yang telah terjalin selama ini. Pohon doa dari pembaca yang budiman agar saya dan keluarga diberikan kesihatan yang baik dan kebahagian dunia dan akhirat. Sekali lagi, saya ambik kesempatan ini untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

Khamis, September 17, 2009

Bagaimana budak 5 tahun pun boleh berpuasa?

Salam…

Alhamdulillah, dah 27 hari kita berpuasa. Mood raya pun telah ON. Akan tetapi hati merasa sayu dan sedih untuk tinggalkan Ramadhan bagi tahun ini. Semoga Allah SWT lanjutkan usia untuk kita semua berjumpa lagi dengan Ramadhan ditahun hadapan.

Semalam, berjumpa dengan seorang supplier berbangsa India dan dia ada bertanya perihal puasa yang umat Islam sedang kerjakan. Dia merasa kagum kerana sepanjang hampir 14 jam sehari kita berpuasa tanpa makan dan minum, tetapi masih bertenaga untuk melakukan kerja-kerja seharian. Lebih mengejutkannya bila saya beritahu anak saya yang berusia 6 & 7 tahun turut berpuasa. Malah Anak saya yang pertama seawal usia 5 tahun lagi telah berpuasa. Dia merasa hairan dan pelik. Bagaimana budak sekecil itu boleh berpuasa sedangkan dirinya (dia pernah cuba utk berpuasa cara umat Islam) tidak mampu bertahan walaupun duduk dan tidur sahaja dirumah.

Saya terangkan padanya, kekuatan umat Islam berpuasa adalah terletak pada NIATnya. Tanpa niat, tiada seorang yang akan mampu bertahan untuk tidak makan dan minum sepanjang hari. Perkara yang sama saya ajar pada anak-anak yang mana saya akan pastikan mereka berniat setiap hari untuk berpuasa. Memang dengan niat dan izin Allah akan memastikan kita mampu bertahan hampir 14 jam tanpa makan dan minum. Niat yang ikhlas dan kerana Allah akan juga dapat menahan kita dari perkara-perkara yang akan mengurangkan pahala puasa kita. Semoga Allah SWT terus beri kekuatan pada kita semua untuk terus berpuasa walaupun di luar Ramadhan..

Ahad, September 13, 2009

Bila nak menjelangnya hari raya

Salam...

Alhamdulillah, hari ini kita berada di 10 akhir Ramadhan bagi tahun ini dan lebih kurang seminggu sahaja lagi seluruh umat Islam seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tak keterlaluan kalau saya katakan mode raya telah ON. Ini dapat dibuktikan dengan seluruh shopping2 kompleks di Malaysia pada ketika ini penuh. Ibu-ibu sibuk membuat kuih didapur. Masjid-masjid sudah mulai lengang. Di pasar Ramadhan mereka yang berniaga barang makanan basah telah menukar kepada berniaga kuih2 raya. Dan ketinggalan kaum2 bapa mula mengemas persekitaran rumah, ada yang mengecat dan juga ada yang sibuk memasang pelita. Radio-radio pula mula memainkan lagu-lagu raya yang mana pada ketika inilah yang seronok untuk didengar. Itulah suasana yang lazimnya bagi kita masyarakat di Malaysia ni.

Lebih kurang 4-5 hari lagi menjelang hari raya, banyak berita-berita di media massa dan cetak mula mengeluarkan berita2 ttg kemalangan jalanraya yang diberitakan meningkat dengan tinggi sewaktu menjelang setiap musim perayaan. Ada sahaja berita tentang kematian akibat kemalangan di jalanraya yang dipaparkan. Ini adalah satu perkara yang menjadi kelaziman dan pelbagai langkah telah diambil untuk mencegah perkara tersebut daripada berlaku. Akan tetapi, apa juga langkah yang diambil, ianya masih juga terus berlaku.

Secara peribadi saya berpendapat apa yang berlaku adalah sikap pemandu itu sendiri. Sikap terburu-buru dan lalai dijalanraya adalah faktor yang menyumbang kepada perkara ini. Ini adalah sesuatu yang sangat dikesali kerana sikap lemah lembut rakyat Malaysia ini secara tiba-tiba berubah apabila memegang stereng. Pada pemerhatian saya sepanjang hampir 2 minggu mengawasi kerja diwaktu malam di lebuhraya persekutuan, kegagalan pemandu mematuhi had laju yang ditetapkan adalah sesuatu yang mendukacitakan. 1 papan tanda, 8 kon dan 6 lampu blinker telah menjadi mangsa mereka2 yang gemar memecut dilebuhraya tanpa menghiraukan had laju yang ditetapkan. Bila had laju gagal dipatuhi, maka apa yang ada dihadapan memang tak sempat lagi nak elak dah. Jadi kesimpulannya, patuhi setiap papan tanda yang ada dijalanraya. Kalau dah letak 80 bawak la 80. Insya Allah selamat. Tapi kalau dah ajal, tiada siapa boleh menghalang. Bawak la secermat mana pun, orang lain pula yg langgar kita. Kita masih boleh lagi mengelakkan diri dari menjadi penyebab orang lain yang tidak bersalah mendapat kecelakaan dengan sentiasa mematuhi undang-undang dijalanraya.

Namun, dengan baki Ramadhan yang ada, marilah kita sama-sama menghayati erti sebenar Ramadhan. Janganlah kita terlalu sibuk membuat persiapan untuk berhari raya dengan 10akhir Ramadhan ini berlalu tanpa kita rebut apa yang ada didalamnya. Quran yang kita baca, adakah mampu untuk kita khatamkan sebelum berakhirnya Ramadhan pada tahun ini? Begitu juga dengan amalan2 lain serta puasa kita adakah kita sudah berpuas hati setakat ini? Semoga dengan berakhirnya Ramadhan pada tahun ini akan menjadikan kita umat yang lebih baik daripada sebelum Ramadhan dan hari-hari yang telah lepas.

Rabu, September 02, 2009

Resipi asli dari Dengkil

Salam...

Saja nak warkan-warkan blog yang dikelolakan oleh isteri saya yang mana sesuai utk kaum-kaum ibu yang ingin mencuba resepi dari Dengkil. Blog tersebut khas untuk resepi-resepi yang sememangnya original dan tak ciplak dari mana-mana website. Setiap resipi ada disertakan gambar. Lawat RESEPI DARI DENGKIL sekarang.

Isnin, Ogos 24, 2009

Salam Ramadhan...

Salam...

Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak bagi tahun ini. Semoga segala amalan kita mendapat keberkatan dan diredhai oleh Allah SWT. Dan juga ibadah puasa kita kali ini akan lebih baik dari tahun2 sebelumnya. Pada yang mengirim sms dan saya tak balas saya mohon ampun dan maaf.

Ramadhan kali ini amat bermakna bagi kami sekeluarga kerana bermulanya malam ramadhan yang pertama, kami sekeluarga telah berpindah kerumah lama yang diperbaharui. Walaupun tak siap 100%, namun disebelah dalam tinggal 5% je utk kerja2 touch up. Nak angkut barang bulan puasa ni mmg la tak larat. Jadi ambil keputusan utk masuk sebelum puasa. Alhamdulillah dpt jugak buat kenduri lepas solat jumaat hari tu. Sekarang ni masih lagi dalam suasana mengemas dan menghias rumah baru ni.

Dikesempatan ini saya ingin memaklumkan bagi rakan2 yang berdekatan Dengkil, jika ingin merasai suasana solat terawih di Masjidil Haram (bacaan quran 1 juzuk 1 malam), bolehlah datang berterawih di Masjid Kg. Dato Ahmad Razali. Masjid kampung saya ni juga menyediakan juadah berbuka puasa setiap hari utk yang tak berkesempatan utk berbuka dirumah. Insya Allah, pada akhir 10 Ramadhan, juadah utk bersahur juga disediakan bagi yang ingin beriktikaf. Semoga Allah SWT pilih saya utk dapat melaksanakan ibadah ini dengan lebih baik dan sempurna...

Rabu, Julai 22, 2009

Rumah Baru.

Salam...

Agak lama tak melapangkan masa disini. Cuma terkejut bila bukak email dan tgk ada komen berbentuk serangan peribadi. Takpelah. Saya maafkan. Mungkin tersilap sasaran. Setelah membuat risikan saya rasa saya kenal siapa pengirimnya. Tapi tak pasti yang mana satu kerana org ni kembar. Saya pernah jumpa pun orang ni pada satu program di Pengkalan Balak, Melaka. Tak perlu dipanjang-panjangkan lagi.

Buat masa ini, saya memang agak sibuk menguruskan projek syarikat dan juga projek membaiki rumah peninggalan arwah datuk saya. Walaupun nenek saya masih ada, namun tak menetap disitu kerana rumah tersebut tidak sesuai lagi utk diduduki kerana habis diserang anai-anai. Jadi, saya mengambil keputusan utk memperbaiki rumah tersebut dan insya Allah akan berpindah kesitu. Lebih2 lagi rumah tersebut telah pun diserahkan kepada saya. Insya Allah, apabila telah siap dengan sempurna nanti, saya akan mengadakan satu majlis kesyukuran dan boleh kawan2 yang mengenali saya dan sudi menjengah kerumah buruk saya menghadirkan diri.




Lagi gambar lawat Cerita Bergambar

Isnin, Julai 06, 2009

Syoknya dating..

Salam...

Lama rasanya kami tak keluar dating berdua. Last masa awal Januari. Letak anak2 kat umah adik aku kat Gombak, then pusing2 KL. Sampai check in la semalam kat Federal Hotel.. Huhuhuhu.. Dahsyat penangan dating ni. Sangat tidak sesuai utk mereka-mereka yang belum diijabkabulkan.

Semalam kami kuar dating lagi. Ucu aku nak tumpang tidur lak kat umah aku semalam, apalagi, kami gunakan kesempatan yang ada dengan sebaik-baiknya. Kebetulan pulak megasale dah start, dapatlah bini aku borong apa yang patut dan aku hanya berjaya membeli sandal sepasang. Balik shopping di Alamanda, kami pekena char kuey teow di Taman Warisan. Memang sedap char kuey teow kat situ. Alhamdulillah lampu parking belah atas kat Taman Warisan tu dah hidup (sila baca komen aku ttg Jalan-Jalan di Putrajaya). Abis makan char kuey teow yang ambik masa lebih sejam setengah (borak punya pasal) kami pun balik.. Huh.. Bila lagi la dapat dating agaknya?

Isnin, Jun 29, 2009

Tahniah Khairy dan Tini.



Salam...

Tahniah buat sahabat karib aku yang aku kenali sejak dari hari pertama aku mula kenal dengan orang yang telah selamat diijabkabulkan dan sah menjadi suami orang semalam. Maaf banyak2 kerana tak dapat hadir atas sebab2 yang tak dapat dielakkan.

Kalau ikutkan kepada geng2 kami tinggal lagi sorang mamat ni yang aku rasa kalau nak dikumpulkan senarai makwenya dah boleh buat satu team bola kot. Tapi sampai sekarang tak kawin2. Aku dah ada anak 4. Champion antara kami buat masa ni. Hehehe.. Korang kejar aku tambah lagi. Huhuhuhu.

Dalam tempoh sebulan ni je ada 4 kenduri kawin yang ada kaitannya dengan aku. Mula dengan anak abg ipar aku, kemudian dua pupu aku, pastu adir ipar aku pulak dan latest semalam sahabat karib aku. Huh.. jenuh. Sampaikan ada gak lain-lain undangan yang tak dapat aku penuhi kerana kepenatan dan kesibukkan. Semoga kalian semua terus berbahagia dunia dan akhirat serta dikurniakan anak2 yang soleh dan solehah. Apa yang aku paparkan pada tajuk dibawah ni sekadar gurauan je. Buat gelak2. Kalau ada pun bukan kat Malaysia ni la. Mudah-mudahan.. Tahniah sekali lagi.

Khamis, Jun 25, 2009

Ayat selepas berkahwin

Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!
More than 10 years : Tido asing2….laki tido depan tv, bini tido ngan anak2…hahaha

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana !!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..
16 tahun : …………………. (tak balas terus!!!) hehehe….

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???
More than 10 Years : Buang tebiat ker you ni? Cakap mengarut….

Pulang dari Kerja:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..
More Than 10 Years : Dah tua2 pun nak beli hadiah ker? Mcm budak2jer.

Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh... Your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!! !
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?
More than 10 Years : Today balik lambat, I makan kat luar ngan kengkawan…

Memaafkan: 6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN? ?? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

Waktu tgk TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK ..
More Than 10 Years : X der keje lain ker, asyik tengok tv jer…


Wakakakakakaka.. Apa pun aku takde seperti senarai diatas. Sebab kami ni macam baru seminggu je nikah. Hehehe. Jangan marah haaa..

Isnin, Jun 22, 2009

Selamat Hari Bapa

Salam..

Hand made from Nurin Nadhirah & Nurin Zulaikha sempena Hari Bapa. Patut la dikuncinya pintu bilik tak kasi ayahnya masuk. Rupa-rupanya ada surprise. Walaupun simple namun cukup bernilai bagi aku. Terima kasih anak-anak ayah.




Khamis, Jun 18, 2009

Sejadah ada lambang salib

Salam..

Sekali lagi utk satu tempoh waktu yang agak lama aku tak menulis disini. Dengan kesibukan yang telah sampai ketahap gaban membuatkan ramai kawan2 yang rajin berkunjung kesini tertanya-tanya. Ada yang hantar email, ada yang sms dan ada jugak yang call tanya khabar. Terima kasih semua.




Kali ni bukan la aku nak berceritakan ttg kesibukan aku. Mungkin korang dah tgk gambar yg tertera seperti diatas. Gambar ni aku rakam di site opis aku. Lama dah sebenarnya sejadah ni kat site opis tu. Byk kali gak dah digunakan. Cuma ini kali pertama aku gunakan disebabkan kelewatan nak pergi ke masjid. Dah abis solat lak tu baru perasan. Nak aku buang ada satu lak tu sejadahnya kat situ. Jadi aku pun ambil gunting aku kerat la lambang salib tu. So, boleh la digunakan lagi. Musuh2 Islam ni ada je modal dia nak kenakan umat Islam ni. Kadang2 aku sedih gak tgk adik2, abang2, bapak2 yang pakai jersi bola yg ada lambang salib kat logo team yang diorang minat tu. Aku dulu ada dapat hadiah jersi AC Milan dari kawan aku yang baru balik dari Itali. Nak dibuang hadiah orang. Kalau kat sini harganya RM200++. Jadi aku simpan jelah. Suruh bini aku buang lambang tu langsung berlubang baju tu. Huhuhu. Alamak.. Kalau kawan aku baca ni mesti dia marah. Sorry ye geng. Tapi nak wat camner. Ada benda yang tak sepatutnya.

Ada ustaz bagi tau aku, "sebenarnya..bila sejadah dibuat corak dan warna..banyak jin duduk kat situ..tu yg solat terganggu.."

Rabu, Mei 27, 2009

Happy Anniversary sayang....

Salam...

Lebih kurang sebulan dah aku tak menulis kat sini. Email pun berlambak2 tak cek dan main delete je. Banyak la info2 terkini dan sensasi yang aku tertinggal. Cuma mengikuti perkembangan semasa melalui sms dari dari Bernama yang aku langgan dan pukul 8.00 malam mesti tgk Buletin Utama. Banyak sangat kerja akhir-akhir ini yang buatkan aku tak sempat untuk semua ni. Kadang-kadang sampai pukul 2 pagi baru balik. Mengalahkan orang politik la pulak. Padahal isteri masih dalam pantang.

Tapi dalam kesibukkan kerja aku yang agak melampau ni, alhamdulillah aku masih ingat akan tarikh aku diijabkabulkan bersama isteriku yang tercinta. 26 Mei 2001. Itulah tarikh keramatnya. Dengan sekali lafaz kami sah menjadi suami isteri dah alhamdulillah masih bahagia sehingga sekarang dengan dikurniakan 4 puteri yang comel-comel.

Masih lagi tak berkesempatan nak raikan hari ulangtahun kami. Lagi pun isteriku masih dalam pantang dan insya Allah minggu depan kami akan pergi bercuti. Buat masa ni cukuplah dengan hadiah yang tak seberapa dan ucapan Happy Annivessary Sayang...

Sabtu, April 25, 2009

Jom tengok bola..



Salam..

Agak lama aku tak mengikuti perkembangan bolasepak Malaysia ni. Masa zaman2 sekolah mmg aktif aku ke stadium. Seingat aku masa aku nak ambil SPM setiap game di Shah Alam yang melibatkan pasukan Selangor aku pergi. Dah lebih 5 tahun aku tak ke stadium. Kali ni rasa teruja pulak nak ke stadium. Tengok live kat TV bolasepak Malaysia ni takde feel. Jadi.. aku turun la. Dari Dengkil ikut highway baru ke Bukit Jalil 15 minit je. Aku ramalkan keputusan malam ni Selangor 2 - Kelantan 1.

Isnin, April 20, 2009

Nurin yang ke-4 telah lahir...

Salam..

Alhamdulillah pada 18/4/2009 pukul 7.15pm isteri aku telah selamat melahirkan 'Nurin' kami yang ke-4 dengan kaedah biasa di Hospital Serdang. Kali ini aku merasakan sendiri pengalaman duduk di labor room dari tengahhari lagi. Walaupun agak lama berada di labor room tapi alhamdulillah sakit nak bersalin tu sekejap je. Masuk pukul 10.30 pagi cm. Pukul 6.45pm 6.5cm. Start pukul 7.00pm bini aku dah sakit rasa nak bersalin. Aku panggil la nurse. Nurse tu dtg check tp lepas tu keluar dah selamba je cakap "lambat lagi.. tadi doktor cakap baru 6cm". Ini bukan anak pertama. Bini aku tau la camner rasa nak bersalin. Aku tak puashati panggil nurse yang lain dan dia dtg tgk terus terkejut. "Eh, kenapa cepat sangat ni".. Huh.. Saspen tu. Alhamdulillah, didepan mata aku lihat bagaimana anak aku dilahirkan... Insaf.. Janganlah sesekali kita menderhaka pada ibu kita.Syukur yang tak terhingga pada Allah SWT atas kurniaan rezeki dan anugerah yang sangat bermakna ini. Dikesempatan ini aku nak ucapkan berbanyak terima kasih pada kawan2 yang tak putus2 mendoakan keselamatan isteri dan baby aku. Terima kasih juga diucapkan pada semua jururawat dan doktor yang bertugas pada hari tersebut dan juga semua staff di wad 5E Hospital Serdang. Semoga Allah SWT sahaja yang akan membalas jasa baik anda semua. Nama? Belum lagi. Yang pasti Nurin tetap ada mengikut ketiga-tiga kakaknya Nurin Nadhirah, Nurin Zulaikha & Nurin Maisarah. Mungkin kawan2 ada cadangan? Bolehlah syer2 kat sini.


(Klik utk besarkan)

Isnin, April 13, 2009

Kejohanan Bowling 3 Penjuru

Salam..

Satu kejohanan bowling 3 penjuru diantara 3 yahoogroup Sahabat Interaktif Malaysia, Kelakar dan Melayu-Trade telah diadakan di Alamanda semalam. Untuk melihat gambar-gambar yg dirakam sempenan kejohanan semalam boleh layari http://www.sim.org.my/bowling3penjuru/album/foto/ . Senarai penuh keputusan semalam adalah seperti berikut :-

(Klik utk besarkan)

Selasa, April 07, 2009

Solat bila ada masa lapang?

Salam...

Hampir 2 minggu saya tak menulis diblog ini. Bukan takde masa terluang, tetapi takde topik yg menarik utk diperkatakan. Kerana sepanjang tempoh tersebut, adalah hari politik negara dengan perubahan pemimpin dan pilihanraya kecil yang agak hangat. Seorang kawan pernah mengesyorkan, kalau nak blog jadi popular dan mempunyai hit yang ramai tulis tentang politik. Hmmm.. Malaslah.. Sekadar ambil tahu sudahlah. Cukuplah kehadiran pembaca yang setia dengan purata 20 orang sehari kat blog aku ni.

Berkenaan dengan tajuk diatas aku nak cerita lah perihal manusia yang sebangsa dan seagama dengan aku ni. Hari Ahad lepas, isteri aku ajak la pusing2 kat Putrajaya. Bawak anak2 bermain basikal kat depan Masjid Putra. Walaupun cuaca agak muram, demi nak memenuhi kehendak isteri aku yang bila2 masa akan bersalin, aku redah je la. Dari Putrajaya, pukul 7.00pm terus ke Bangi mencari tempat untuk makan. Malas nak balik rumah dulu. Boleh dikatakan kebanyakkan tempat2 makan di Bangi ada menyediakan surau. Jadi bolehlah solat maghrib disitu. Selesai sahaja mengambil order, waktu maghrib pun masuk. Kami sekeluarga ke surau utk solat maghrib.

Selesai solat, alhamdulillah makanan dah siap dihidangkan. Kedudukan meja kami betul2 hampir dengan surau dan sepanjang tempoh waktu masuk solat hingga kami selesai makan dan beredar lebih kurang jam 8.40 malam, takde sorang pun yang kesurau walaupun dtg lebih awal dari kami sekeluarga dan ngam2 waktu maghrib. Eh, adalah sorang makcik ni dan beberapa orang pekerja di situ. Sedih betul aku lihat saudara seagama ku sendiri dengan sewenang-wenangnya tinggalkan solat. Kupujuk hati ku dengan beranggapan mereka ni semuanya musafir dan akan buat jamak takhir nanti. (tapi takkan lak kesemuanya).

Aku pun pernah menaikkan hadis2 celaan orang yang meninggalkan solat. Tak perlulah aku nak mengulas panjang. Kadangkala aku tertanya-tanya sendiri adakah solat ni mereka lakukan bila ada masa lapang sahaja? Padahal kalau kat Malaysia ni dengan masjid dan surau yang begitu banyak serta tempat2 utk solat disemua premis takde sebab utk kita tinggalkan solat. Kat tengah padang golf pun ada tempat untuk solat. Aku semakin tak faham dengan keadaan sekarang ni. Kalau pasangan2 yang bujang tu tak berapa sangat hati ni, tapi bila dah berkeluarga dan ada lak yang pangkat atuk dan nenek macam buat dek je hal2 solat ni, inilah antara sebab mengapa Islam dihina disana sini. Mungkin satu akta/penguatkuasaan perlu dibuat keatas orang2 yang tinggalkan solat ni. Bersesuaian dengan satu sabdaan nabi yang maksudnya “Suruhlah anak-anak kamu bersembahyang pada usia tujuh tahun dan pukul mereka sekiranya tidak bersembahyang pada usia 10 tahun dan pisahkan antara mereka di tempat tidur."

Selasa, Mac 24, 2009

Untuk dijual

Salam..

SIM dah lancarkan database utk saper yg berminat utk jual atau sewa apa saja yang boleh dijual atau disewa. So, aku pun berminat la nak tolak iron golf yang lama2 ni. Buat semak je. Kalau kena dengan harga ok kot.. Yang berminat boleh email aku direct azwandengkil@yahoo.com . Gambar seperti dibawah.

Orang-orang yang didoakan oleh malaikat

Allah SWT berfirman, "Sebenarnya malaikat - malaikat itu) adalah hamba – hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at melainkan kepada orang- orang yang diridhai Allah, dan mereka selalu berhati - hati karena takut kepada-Nya" (QS Al Anbiyaa' 26-28)
Inilah orang - orang yang didoakan oleh para malaikat :

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan karena tidur dalam keadaan suci'" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. Orang yang duduk menunggu shalat.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu shalat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia'" (Shahih Muslim no. 469)

3. Orang - orang yang berada di shaf bagian depan di dalam shalat.
Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin 'Azib ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada (orang - orang) yang berada pada shaf - shaf terdepan" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. Orang - orang yang menyambung shaf (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalm shaf).
Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu bershalawat kepada orang - orang yang menyambung shaf - shaf" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5. Para malaikat mengucapkan 'Amin' ketika seorang Imam selesai membaca Al Fatihah.
Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladhalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiin', karena barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu" (Shahih Bukhari no. 782)

6. Orang yang duduk di tempat shalatnya setelah melakukan shalat.
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah SAW bersabda, " Para malaikat akan selalu bershalawat kepada salah satu diantara kalian selama ia ada di dalam tempat shalat dimana ia melakukan shalat, selama ia belum batal wudhunya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia'" (Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadis ini)

7. Orang - orang yang melakukan shalat shubuh dan 'ashar secara berjama'ah.
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, " Para malaikat berkumpul pada saat shalat shubuh lalu para malaikat ( yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga shubuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu shalat 'ashar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga shalat 'ashar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, 'Bagaimana kalian meninggalkan hambaku ?', mereka menjawab, 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan shalat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan shalat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat'" (Al Musnad no. 9140, hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya.
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda' ra., bahwasannya Rasulullah SAW bersabda, "Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata 'aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan'" (Shahih Muslim no. 2733)

9. Orang - orang yang berinfak.
Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2 malaikat turun kepadanya, salah satu diantara keduanya berkata, 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak'. Dan lainnya berkata, 'Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit'" (Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)

10. Orang yang makan sahur.
Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada orang - orang yang makan sahur" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)

11. Orang yang menjenguk orang sakit.
Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Ali bin Abi Thalib ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70.000 malaikat untuknya yang akan bershalawat kepadanya di waktu siang kapan saja hingga sore dan di waktu malam kapan saja hingga shubuh" (Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar, "Sanadnya shahih")

12. Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.
Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain" (dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)

Jumaat, Mac 13, 2009

Celaan bagi orang yang tinggalkan solat dengan sengaja.

Salam...

Hari yg mulia ni suka aku nak kongsikan beberapa hadis tentang kepentingan solat dan celaan bagi yang meninggalkannya dengan sengaja.

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata :
Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Islam itu didirikan atas lima ( pekara ) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan. "


Dari Ibn Umar r.a, bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda :
' Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehinggalah mereka mengaku tiada tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad itu Rasulullah, dan mendirikan sembahyang, memberi zakat, maka jika mereka melakukan semua itu akan terselamatlah darah dan harata benda mereka dariku, kecuali yang mana ada hak Islam padanya dan perkiraan mereka terserahlah kepada Allah Ta'ala. '


Hadis Talhah bin Ubaidillah r.a katanya:
Seorang penduduk Najd telah datang menghadap Rasulullah s.a.w dengan keadaan rambutnya yang kusut. Kami mendengar nada suaranya tetapi tidak memahami kata-katanya. Setelah hampir kepada Rasulullah s.a.w dia terus bertanya mengenai Islam. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Ia adalah sembahyang lima waktu sehari semalam. Lelaki tersebut bertanya lagi: Masih adakah sembahyang lain yang diwajibkan kepada ku? Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Tidak, kecuali jika engkau ingin melakukannya secara sukarela iaitu sembahyang sunat. Seterusnya kamu hendaklah berpuasa pada bulan Ramadan. Lalu lelaki tersebut bertanya lagi: Masih adakah puasa lain yang diwajibkan kepada ku? Baginda menjawab dengan bersabda: Tidak, kecuali jika engkau ingin melakukannya secara sukarela iaitu puasa sunat. Rasulullah s.a.w meneruskan sabdanya: Keluarkanlah zakat. Kemudian lelaki tersebut bertanya: Adakah terdapat zakat lain yang diwajibkan kepadaku? Baginda menjawab dengan bersabda: Tidak, kecuali jika engkau ingin mengeluarkannya secara sukarela iaitu sedekah. Kemudian lelaki itu beredar sambil berkata: Demi Allah, aku tidak akan menambah dan menguranginya. Rasulullah s.a.w bersabda: Dia amat beruntung sekiranya membenarkan iaitu menepati apa yang telah diucapkannya.


RASULULLAH SAW bersabda: Solat itu adalah tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat, sesungguhnya ia sudah menegakkan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat, sesungguhnya ia meruntuhkan agama.

Na'uzubillahhiminzaalik..

Selasa, Mac 10, 2009

Jalan jalan di Putrajaya

Salam...

Tajuk diatas macam la aku baru first time ke Putrajaya. Sebenarnya rumah aku dengan Putrajaya ni betul2 sempadan. Cuma nak cerita la kat sini tentang Putrajaya yang aku rasa masih ramai yang agak keliru dengan sistem lampu isyaratnya..

Yang bagusnya... Di Putrajaya.. ada sistem utk membolehkan kita belok ke kiri jika tiada kenderaan walaupun traffic light tgh merah. Ramai lagi yg tak paham @ tak reti baca kot. Bila traffic light bertukar ke hijau pandai lak dia belok kekiri. Ingatkan nak terus.. Angin je dibuatnya... Kalau ada kenderaan lain yg lalu takpe la. Ni terang2 clear. Bila tak disuruh langgar lampu merah bukan main pandai lagi. Ni dah disuruh buat2 tak reti pulak. Jadi, sahabat2 sekelian.. jika masuk ke Putrajaya dan nampak sigboard yg bertulis "BELOK KE KIRI JIKA TIADA KENDERAAN" (lebih kurang) maka, jalanlah jika tiada kenderaan dan selamat.

Yang tak bagusnya.. Di Putrajaya.. Sistem traffic light takde sistem sensor (mungkin ada). Tapi kebanyakkannya takde. Naik jenuh menunggu. Dah la kereta kat Putrajaya tu boleh dikira nak2 lagi kalau hari Sabtu & Ahad. Yang penuh kat Alamanda je. Traffic light depan kampung aku..diulangi KAMPUNG aku pun ada sensor.. Jika kita sampai dan tiada kenderaan lain yg menunggu automatik dia terus hijau. Takde nak tunggu lama-lama. Masa itu emas beb... Lagi satu aku nak komplen pasal kenapa lah kat parking sebelah atas di Taman Warisan takde lampu. Gelap gelita kat situ. Aku mmg biasa parking kat situ sbb dekat dan takyah nak naik2 tangga. Dan kebiasaanya jugak lah banyak kereta idup enjinnya. Korang paham2 sendiri sudahlah.. Kepada yang berwajib harap dipertingkatkan lagi apa yg ada dan takde kat Putrajaya ni. Jangan esok orang dari pedalaman sampai Putrajaya boleh digelakkan dengan sistem yg ada kat Putrajaya ni sudahlah... Byk lagi masalah2 lain.. Mungkin yg tinggal kat Putrajaya boleh sambung kot..

Rabu, Mac 04, 2009

Lirik lagu bole rosakkan akidah

Salam...

Hari ni 2 post aku post kat blog aku ni. Yg satu aku copy paste je. Yang ni memang nak meluahkan satu benda yang dah lama terbuku dihati. Rasanya wajib aku sampaikan lebih2 lagi untuk mengingatkan diri aku yang lagha ni.

Dari lirik-lirik lagu yang saban hari tersiar di radio dari dulu hingga sekarang ada lirik2 lagu yang boleh merosakkan akidah kita sebagai umat Islam. Bait2 perkataan yang digunakan sangat tidak sesuai dan berlebih-lebihan. Antaranya :

Faizal Tahir - Mahakarya Cinta
kau bagaikan udara
yang membantu aku untuk terus hidup diatas dunia
tanpamu ku lemah
pasti aku tak berdaya
kerna kau maha karya cinta
kau takkan dapat aku lupakan
kerna kau lah punca cinta kita
mengajar aku erti bahagia
kembalilah ..
terimalah pesan daku
yang akan terus menunggu


Gigi - 11 Januari
Akulah Penjagamu
Akulah Pelindungmu
Akulah Pendampingmu
Di setiap langkah-langkahmu
Pernahku Menyakiti Hatimu
Pernah kau melupakan janji ini
Semua Karena kita ini manusia


Banyak lagi sebenarnya... Korang boleh tafsir sendiri kenapa aku kata merosakkan akidah. Tapi itulah menjadi siulan dan penghayatan ramai anak2 remaja sekarang ni. Aku kalau dengar lagu2 yg liriknya aku rasa boleh merosakkan akidah mmg aku tukar cepat utk dgr cenel lain. Nak ikut atau tidak terpulang. Yang penting aku dah sampaikan. Dan lagi satu buat peminat2 fanatik Agnes Monica yg nyanyi lagu Matahari tu korang semak la balik lagu dia yang ni.. Kalau aku dengar ada orang Islam yang nyanyi lagu ni mmg boleh dipancung je. Aku tak pasti ada kuar kat radio atau tak. Tapi kalau ada tersiar di radio kat Malaysia ni minta tolong diban lagu ni.

Lagu by Agnes Monica
Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sbab Allah Yesus ku
mengerti

Bagaimana nak tahu sekiranya suami anda main kayu tiga.

1. Tahu tak siapa yang berpotensi untuk menjadi kekasih suami kita? - teman rapat, kawan sekerja yang selalu outstation bersama dan juga kekasih lama.

2. Kekasih lama - tanpa mengetahui apa sebab suami berpisah dengan dia, sebenarnya is a bigger threat. Suami mungkin masih ada rasa cinta kepada kekasih lama. Jika tiba-tiba bertemu semula, awas lah! Memang perasaan cinta itu akan timbul semula lebih2lagi kalau kekasihnya itu pun memang layan suami kita.

3. Bila suami mula jaga badan dan berdandan - tak macam selalu, selekeh atau tak ambil kisah penampilan diri! Ini menunjukkan suami dah mula beri perhatian kepada somebody.

4. Taliponnya selalu silent atau padam kalau kat rumah - memang ada yang dia sembunyikan. Periksa sekali sekala handphonenya tu! Kalau ada sms yang mencurigakan, tanya dia. Atau ada sms yang pelik2, kadang tu itu adalah kod rahsia dia berdua.

5. Suami pakai dua handphone atau lebih! Ini memang perlu diragukan! Apalagi kalau handphone satu lagi tu selalu off kalau di rumah!

6. Suami mula dingin atas katil! atau mula nampak kelemahan kita, mula komplen kita tak pandai itu tak pandai ini! Kalau tak komplen pun, dia masam muka

7. Suami banyak termenung sendiri sambil senyum2…haa, ini baru mula menjalin hubungan

8. Suami mula pelupa!…fikirannya celaru dan asyik ingat girlfriend dia, jadi banyak benda yang dia lupa

9. Kalau out station kita nak ikut, dia beriya-iya pujuk kita tak payah ikut! mungkin dia dah janji dengan girlfriennya nak jumpa masa outstation! Biarpun girlfriend tu jauh, sekarang ni ada tambang murah air asia

10. Memberi perhatian lebih pada kita…ha ini sebenarnya nak mengaburi mata supaya dia boleh divert kita punya syak wasangka

11. Selalu lewat tidur - dia hendak bersms dengan kekasihnya! Biasanya lewat malam tu masa yang boleh menimbulkan suasana romantis

12. Mula tergagap-gagap bila nak menjawab pertanyaan kita yang tiba-tiba, misalnya tanya kenapa nak jaga badan sangat sekarang ni?….atau terkedu bila kita tanya pasal ada tak dia suka perempuan lain?

13.Mula tak berapa ambil peduli anak-anak biarpun selama ini dia sangat mengambil berat hal anak-anak

14. Rajin menghantar anak ke persatuan waktu cuti dan isteri di rumah. Masa ni dia gunakan untukmenghubungi kekasihnya

Kawan2, saya bukan prejudis terhadap lelaki aka suami. Tapi percayalah saya 100%, kalau suami mula menunjukkan salah satu sikap di atas memang dia ada kekasih!!! Biarpun suami kita ni jenis sembahyang tak tinggal, atau nampak alim!! Ini betul!

SUMBER : Forum Sahabat Interaktif Malaysia (SIM)

Jumaat, Februari 27, 2009

Bila suami nak jadi isteri...

Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja,sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat danletihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.

Satu malam ~~~~

Mat berdoa,"Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja.Biar aku pula yang berehat di rumah"

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah.

Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak kesekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. Komdian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti.

Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Komdian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja
lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.

Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapkan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur.... dan macam-macam pastu lagi. Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe...Bolehlah rasanya nak berehat sikit.

Opps.... belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur.... ... tak pasti pukul berapa.

Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,"Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu.... Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja"

Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,"Wahai Mat,kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali...."

Whatttt???.. . 9 bulan 10 hari???
.....Beranaaak? ??....... Waaaaaa.. tak nak, tak nak, tak taaaaaaaaaaaaaaaaaa akkkkk... !!!

~~~~~

"Bang, bang... Abangggg... apasal niii.....??"

Sergah satu suara disisinya. Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,"Nab, Nab yang jadi suami atau abang yang jadi suami???

"Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab nie pompuan. Tentulah abang yang jadi suami..... Apa punya lawak pagi-pagi buta ni....."

Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah..... Hinggakan seluar kecik dan baju kecik Nab pun habis Mat kutip basuh... Nab terkedu beghok, terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya.... .....

Kesimpulannya : Jangan jadikan isteri anda orang gaji anda...

Sabtu, Februari 21, 2009

Antara tanda2 mereka yg sudah mengalami gangguan emosi

1. Bercakap tanpa berlandaskan alasan yg kukuh. Oleh sebab emosi mereka sudah terganggu, maka mereka akan bercakap apa saja asalkan mendapat kepuasan hati

2. Mereka lebih gemar melihat kelemahan org lain tanpa membandingkannya dengan diri mereka sendiri. Memperkatakan dan mencari keburukan orang lain adalah sesuatu yg sangat menarik minat mereka kerana dengan itu mereka akan merasa lega. Mendedahkan keburukan orang lain juga merupakan satu kepuasan emosi mereka.

3. Mereka sangat berminat memerbodohkan orang lain dengan cara mendedahkan keburukan. Mereka suka menggelar dan memangil orang lain dengan nama2 yg mereka anggap lucu atau menghina. Dengan cara itu mereka berpendapat mereka akan mendapat kepuasan dan senang hati.

4. Mereka sering merasa takut kepada sesuatu yg tidak pasti. Ada kalanya mereka menganggap semua orang lain boleh memberikan ancaman kepada diri mereka sendiri. Oleh itu mereka sering bersikap `defensive' yakni menegakkan kebenaran sendiri tanpa menghiraukan pendapat org lain.

5. Mereka menganggap diri mereka lebih betul, lebih `smart', lebih berkemampuan dan lebih tahu dari orang lain lalu mereka berlagak seolah-olah `mr. knows all'….

6. Mereka tidak bersedia menerima pendapat orang lain dengan alasan bahawa pendapat orang lain itu cuma ingin meruntuhkan ` kredibiliti' mereka saja…..Oleh itu sikap `prejudice' (prasangka) dan terlalu curiga menyebabkan mereka sukar mempercayai orang lain.

7. Mereka bertindak mengikut dorongan emosi (affective factor) lebih daripada fikiran(cognitive factor) kerana diri mereka sudah dikuasai oleh perasaan. Ini menjadikan mereka sentiasa dilamun dorongan jiwa yang murung, muram dan bila sampai ke peringkat yg cukup serious, mereka akan bercakap seorang diri……..

( sedutan dari.....Emotion and Psychological Disorder)

Firman Allah SWT,
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kaum lelaki menghina kaum lelaki yang lain, kerana boleh jadi kaum yang dihina itu lebih baik dari kaum yang menghina dan jangan pula kaum perempuan menghina kaum perempuan yang lain kerana boleh jadi perempuan yang dihina itu lebih baik dari perempuan yang menghina. Janganlah pula kamu cela mencela sesama kamu dan jangan pula panggil memanggil dengan gelaran yang tidak baik. Seburuk buruk nama ialah pasik sesudah beriman. Barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang yang aniaya." Surah al-Hujuraat ayat 11

Jumaat, Februari 20, 2009

Fahamilah makna cinta

FAHAMI MAKNA CINTA….



· Saat kau meyukai seseorang, kau ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.

· Saat kau menyayangi seseorang, kau ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.

· Saat kau mencintai seseorang, kau akan melakukan apa saja untuk kebahagiaanya walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.

· Saat kau mencintai seseorang dan berada disisinya maka kau akan mengenggam erat tangannya.

· 'Suka’ adalah saat dia menangis, kau akan berkata: “ Sudahlah, jangan menangis”

· ‘Sayang’ adalah saat dia menangis dank au akan menangis bersamanya.

· ‘Cinta’ adalah saat dia menangis dank au akan membiarkannya menangis di pangkuanmu sambil berkata: “Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama”

· ‘Suka’ adalah saat kau melihatnya kau akan berkata: “Ia sangat tampan dan menawan”.

· 'Sayang’ adalah saat kau melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.

· ‘Cinta’ adalah saat kau melihatnya, kau akan berkata: “Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah tuhan berikan padaku”.

· Di saat orang yang kau suka menyakitimu, kau akan marah dan tidak mahu lagi berbicara dengannya.

· Di saat orang yang kau sayang menyakitimu, engkau akan menangis untuknya.

· Di saat orang yang kau cinta menyakitimu, kau akan berkata: “Tak mengapa, dia hanya tak tahu apa yang dia lakukan”.

· Di saat kau suka padanya, kau akan memaksanya untuk menyukai kamu.

· Di saat kau sayang padanya, kau akan membiarkannya memilih.

· Di saat kau cinta padanya, kau akan selalu menantinya dengan setia dan telus.

· ‘Suka’ adalah kau akan menemaninya apabila itu menguntungkan.

· ‘Sayang’ adalah kau akan menemaninya di saat dia memerlukan.

· ‘Suka’ adalah hal yang menuntut. ‘Sayang’ adalah hal memberi dan menerima. ‘Cinta’ adalah hal yang memberi dengan rela.

Cintailah hanya kepada yang berhak untuk dicintai.. Dan yang terunggul adalah cinta pada Allah SWT.

Sabtu, Februari 07, 2009

Formula Kebahagiaan Rumahtangga

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana
menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan
bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan
duri..

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru
semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus
dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi
kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk
bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan
pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang
tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.


17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K
a) Ketaqwaan
b) Kasih sayang
c) Kesetiaan
d) Komunikasi dialogis
e) Keterbukaan
f) Kejujuran
g) Kesabaran

Jumaat, Februari 06, 2009

Cintailah Sunnah Baginda Rasulullah SAW

Salam..

Malam tadi sebelum ambik wudhuk dimasjid sempat berseloroh dengan seorang Pakistan yg dah lama menetap kat kampung aku ni. Aku tanya dia "Bila nak kahwin?". Dia cakap "Tak mau kahwin la bang. Susah. Ada anak macam u, macam2 nak fikir". Aku cakap lagi kat dia "Kahwin ni sunnah Nabi. Cinta sunnah Nabi, kena buat apa yang Nabi buat". Dia cakap "Sembahyang, tilawah quran pun sunnah. Cukuplah." Aku cakap kat dia "U makan nasi saja takde lauk cukup ke? Tak cukupkan. Mesti ada lauk, kena letak garam, ada sayur baru la sedap". Dia cakap "Betul la bang. Nanti kalau abang boleh cari utk saya satu saya kahwin la". Hehehehe

Hasil perbualan ringkas tu, aku terfikir betapa pentingnya untuk kita mencintai dan mengamalkan seluruh Sunnah Rasulullah SAW. Kadang-kadang orang boleh pertikaikan sunnah Nabi ni. Siap boleh mengejek lagi. Depan aku memang aku tak dengar la. Kalau aku dengar mmg saja je makan pelempang aku. Sebagai orang awam dan sememangnya tak mampu nak amalkan keseluruhan Sunnah Baginda, apa yang penting adalah kita cinta dan suka pada sunnah Baginda. Kita yang tak mampu buat jangan kita perlekehkan. Kita patut bangga dengan orang yang dapat amal keseluruhan sunnah dan kita kena ada niat untuk amalkan benda yang sama. Contoh yang selalu kita dengar orang bercakap tentang orang yang memakai jubah / kurta. "Ala.. Nak tunjuk alim la tu. Perangai pun lebih kurang aku je. Tah2 lagi teruk". Dah la mengata, pastu macam mempelekeh orang yg cinta kepada sunnah. Jadi saya menyeru kepada diri saya dan anda semua sama-sama kita pasang niat untuk jadikan sunnah Nabi sebagai cara hidup kita. Berdikit-dikitlah.

Rabu, Januari 28, 2009

Boling Lagi...

Salam...

Satu kejohanan bowling amal anjuran JKKKP & Komuniti Bestari Dengkil akan diadakan seperti butiran berikut :-

Tarikh : 1 Februari 2009
Hari : Ahad
Masa : 10.00 pagi
Tempat : ARL Bowl, Alamanda, Putrajaya.
Yuran : RM 25.00 satu orang (satu orang 3 games)

Penyertaan adalah terhad kepada 20 orang sahaja. Siapa cepat dia dapat. Confirm dan join bank in terus ke akaun saya Azwan Bin Muhamad ( 112447044815 Maybank) dan email ke azwandengkil@yahoo.com . Tp sebelum bank in call dulu tanya dah full ke belum. 016-2382974. (tutup sebelum/pada Jumaat ni)

Khamis, Januari 08, 2009

Jom Boikot

Salam...

Sejak kebelakangan ini tajuk utama berita di tv, akhbar dan radio sering memaparkan berita tentang peperangan yang meletus ke Palestin. Askar2 Zionis boleh diibaratkan sebagai satu pasukan tentera yang pengecut dan terdesak utk mencapai kemenangan sehingga sanggup membedil kawasan awam. Hasilnya banyak nyawa-nyawa orang awam yang kebanyakkannya saudara seagama kita terkorban. Amat menyedihkan semalam Utusan Malaysia memaparkan gambar seorang kanak-kanak kecil yang terkorban. Hampir menitik air mata aku dibuatnya. Dan atas sebab itu sangat wajar utk kita semua memberikan tekanan ke atas ekonomi negara-negara yang bersekutu dengan tentera Zionis tersebut dengan harapan (walaupun kecil) dapat memberikan satu tamparan kepada mereka akibat perbuatan mereka. Berikut adalah senarai produk dan jenama yang harus kita boikot. Antaranya telah pun saya boikot awal dulu dan insyaAllah selepas ini akan saya pastikan tiada jenama tersebut didalam rumah saya. Sebelum ni, Carrefour mmg tempat membeli barangan keperluan harian saya, mulai sekarang mari kita bertukar ke MYDIN (khusus utk penduduk Putrajaya dan sekitar). Bagi saya secara peribadi, membeli produk mereka umpama 'merestui' perbuatan mereka.

Isnin, Januari 05, 2009

Anggaplah cikgu sebagai ibubapa yang kedua.


Salam..

Sessi persekolahan 2009 bermula hari ini. Jalan berdekatan sekolah yang selama sebulan setengah 'aman' kembali hangat dengan deretan kenderaan yang menghantar dan mengambil anak masing-masing. Tak terkecuali aku yang buat pertama kalinya menghantar anak aku kesekolah. Macam tak percaya pun ada. Rasa macam baru semalam berkenalan dengan isteri aku. Tup tup, hari ni dah masuk darjah satu anak aku yang sulong.

Mula-mula melangkah masuk kesekolah aku bisikkan kat telinga anak aku. "Inilah sekolah ayah dulu". Sekolah yang sama tempat nenek anak aku belajar. Sekarang giliran anak aku pula. Dah 3 generasi keturunanku belajar disini. Di Sekolah Kebangsaan Dengkil. Hari pertama, bermacam gelagat dapat dilihat. Ada yang kena dukung sambil menangis, ada yang asyik berkepit dengan ibu, ada juga yang langsung tak hiraukan ibu bapa sebab seronok jumpa kawan-kawan baru. Bagi aku agak mudah kerana kakak dapat menyesuaikan diri dengan cepat. Masakan tidak. Seawal 4 tahun aku dah hantar ke tadika. Jadi aku hanya memerhati dari jauh sahaja. Alhamdulillah berjalan lancar tanpa perlu bantuan.

Seingat aku, zaman persekolahan ku dulu hanya ada 2 kelas dengan maksima 25 orang pelajar. Kini dengan 4 kelas (walaupun sikit berbanding sekolah lain dibandar), tetapi jumlah murid sehingga 40 orang satu kelas. Keadaan ini tentu memeningkan guru yang mengajar. Bayangkan 40 orang lain-lain perangai dan kebolehan sudah tentu agar sukar untuk guru membahagikan masa yang cukup (sehari 5jam setengah) bagi memastikan anak-anak kita dapat perhatian yang teliti. Tapi itulah tugas mereka.

Akan tetapi bila dikenang kembali, agak menghairankan masih ada lagi ibu bapa yang tidak memahami susah payah guru dalam mendidik anak mereka. Ada yang sanggup menyaman guru, melemparkan fitnah, melontarkan kata-kata kesat dan berbagai-bagai lagi. Entahlah... Satu perkataan yang terlintas dikepalaku bila mengenangkan semua itu ialah "Mereka ni semua tak tahu nak bersyukur".. Jadi, bila aku menjemput anakku balik dari sekolah aku berpesan pada anakku, "Anggaplah cikgu sebagai ibu dan bapa yang kedua. Sayangi dan hormatilah mereka".

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...