Isnin, Mei 10, 2010

TNB menindas pengguna?

Salam,

Caj yang dikenakan TNB adalah berbeza-beza mengikut unit penggunaan.
500 unit pertama X 0.286 = RM143.00
100 unit seterusnya X 0.378 = RM37.80
100 unit seterusnya X 0.387 = RM38.70
100 unit seterusnya X 0.397 = RM39.70
100 unit seterusnya X 0.417 = RM41.70
no limit unit seterusnya X 0.446 = (tgk jumlah penggunaan)

Ok. Katakan dalam sebulan kita biasa gunakan 700 unit. Jadi jumlah bil yang sepatutnya kita terima adalah RM219.50
Sepatutnya... bulan kedua pun dengan penggunaan 700 unit yg sama kita terima bil RM219.50.
Tetapi, jika TNB hanya dtg dalam tempoh 2 bulan dengan penggunaan total 1400 yang sepatutnya kita bayar RM439.00 kita kena
bayar RM523.90. Kita terpaksa bayar lebih RM84.90.

Kita ambil kiraan bagi kebanyakkan rumah kat Malaysia ni pulak.
Dengan penggunaan 300 unit sebulan bil yg sepatutnya diterima ialah RM85.80.
Tapi bila dah dtg 2 bulan sekali bil dah jadi RM180.80 (300+300=600). Kalau ikut yg sepatutnya 85.80 + 85.80 = RM171.60. TNB dah untung RM9.20 untuk satu rumah. Kira jelah berapa banyak rumah kat Malaysia ni.

Jadi, inilah yang dinamakan membebankan pengguna. So far, dikawasan saya TNB masih dtg memeriksa bil setiap bulan.
Tak pasti ada ke tempat yang TNB hanya datang 2 bulan sekali. Jika ada, memang satu bentuk penindasan kepada pengguna.

1 ulasan:

  1. Salam..

    I was not aware bout this until I read your posting.. 2 mingu sudah, TNB ambik reading kat umah saya lepas 1 setgh bulan and bill saya melonjak jadi RM 120 padahal kalu ikut kiraan sepatutnyer dalam RM 90 jer (RM 60 utk bill sebelumnyer bagi 1 bulan penuh).. tapi nak buat camner, TNB conquer letrik seluruh negara... kalu kita tertindas pun diorang pedulik hapa...

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...