Selasa, April 07, 2009

Solat bila ada masa lapang?

Salam...

Hampir 2 minggu saya tak menulis diblog ini. Bukan takde masa terluang, tetapi takde topik yg menarik utk diperkatakan. Kerana sepanjang tempoh tersebut, adalah hari politik negara dengan perubahan pemimpin dan pilihanraya kecil yang agak hangat. Seorang kawan pernah mengesyorkan, kalau nak blog jadi popular dan mempunyai hit yang ramai tulis tentang politik. Hmmm.. Malaslah.. Sekadar ambil tahu sudahlah. Cukuplah kehadiran pembaca yang setia dengan purata 20 orang sehari kat blog aku ni.

Berkenaan dengan tajuk diatas aku nak cerita lah perihal manusia yang sebangsa dan seagama dengan aku ni. Hari Ahad lepas, isteri aku ajak la pusing2 kat Putrajaya. Bawak anak2 bermain basikal kat depan Masjid Putra. Walaupun cuaca agak muram, demi nak memenuhi kehendak isteri aku yang bila2 masa akan bersalin, aku redah je la. Dari Putrajaya, pukul 7.00pm terus ke Bangi mencari tempat untuk makan. Malas nak balik rumah dulu. Boleh dikatakan kebanyakkan tempat2 makan di Bangi ada menyediakan surau. Jadi bolehlah solat maghrib disitu. Selesai sahaja mengambil order, waktu maghrib pun masuk. Kami sekeluarga ke surau utk solat maghrib.

Selesai solat, alhamdulillah makanan dah siap dihidangkan. Kedudukan meja kami betul2 hampir dengan surau dan sepanjang tempoh waktu masuk solat hingga kami selesai makan dan beredar lebih kurang jam 8.40 malam, takde sorang pun yang kesurau walaupun dtg lebih awal dari kami sekeluarga dan ngam2 waktu maghrib. Eh, adalah sorang makcik ni dan beberapa orang pekerja di situ. Sedih betul aku lihat saudara seagama ku sendiri dengan sewenang-wenangnya tinggalkan solat. Kupujuk hati ku dengan beranggapan mereka ni semuanya musafir dan akan buat jamak takhir nanti. (tapi takkan lak kesemuanya).

Aku pun pernah menaikkan hadis2 celaan orang yang meninggalkan solat. Tak perlulah aku nak mengulas panjang. Kadangkala aku tertanya-tanya sendiri adakah solat ni mereka lakukan bila ada masa lapang sahaja? Padahal kalau kat Malaysia ni dengan masjid dan surau yang begitu banyak serta tempat2 utk solat disemua premis takde sebab utk kita tinggalkan solat. Kat tengah padang golf pun ada tempat untuk solat. Aku semakin tak faham dengan keadaan sekarang ni. Kalau pasangan2 yang bujang tu tak berapa sangat hati ni, tapi bila dah berkeluarga dan ada lak yang pangkat atuk dan nenek macam buat dek je hal2 solat ni, inilah antara sebab mengapa Islam dihina disana sini. Mungkin satu akta/penguatkuasaan perlu dibuat keatas orang2 yang tinggalkan solat ni. Bersesuaian dengan satu sabdaan nabi yang maksudnya “Suruhlah anak-anak kamu bersembahyang pada usia tujuh tahun dan pukul mereka sekiranya tidak bersembahyang pada usia 10 tahun dan pisahkan antara mereka di tempat tidur."

6 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. Salam,

    Menggunakan nama Rasulullah SAW sewenang-wenangnya tanpa perawi boleh mendatangkan masalah dan dosa. Astagfirullah.

    Kisah ini saya terima melalui email dari seorang rakan. Disebabkan tiada tulis perawi atau dipetik dari mana-mana sumber, maka saya letakkan 'wallahu'alam' ... kerana saya juga tidak jumpa kisah ini dalam koleksi hadis Muslim yg ada dalam simpanan.

    Setelah di'Mr Google'kan kisah ini, ia dipetik dari sebuah buku, Judul Asli : 'ukubat Tarok Al-Sholat, Nara sumber : Sheikh Ali Al Umry di Makkah Al-Mukaramah, Penerjemah : Sdr Saifudin Maksum (http://www.darulnuman.com/cgi-bin/forum/YaBB.pl?board=2&action=display&num=2494).

    Tidak pasti akan kesahihan kisah ini. Saya mohon maaf atas sikap terlepas pandang tentang hal ini.

    Mohon saudara delete komen saya yang pertama yang lepas.

    Terima kasih.

    BalasPadam
  3. Yes...Maaf lah kalau komen saya ta sehaluan dengan pandangan sudara..saya tidak mahu ikut kata saudara dengan buta tuli..sekarang ni blog yahoo yang anda tumpang SIM dah jam...semua orang panas dan melenting...ingat jagan komen hal-hal sabegini dengan sebarangan kalau kita tidak sanggup berkorban.. berjihad,,berdakwah bah kan sanggup mati demi menegak kebenaran dalam agama kalau kita komen buat ala kadar sahaja lebih baik kita perkuatkan iman kita dahulu dan sanggup menerima chemohan ,,kata- kata kasar dan lain-lain lagi daripada orang lain. Mari lah suadara berjihad bersama saya dan teman yang lain untuk menegakan hal sembahyang ini.

    BalasPadam
  4. En. Hassan,

    Mungkin Encik dah salah faham. Apa yang tulis disini adalah untuk melahirkan rasa kerisauan saya atas apa yang berlaku. Bila timbul risau dan bimbang, maka saya, tuan dan seluruh masyarakat yang ada kerisauan yang sama akan, berganding bahu menjalankan usaha dakwah yang suci murni ini. Apa yang saya nak cetuskan ialah fikir. Dari fikir baru kita akan sama-sama bekerja dan kita kena ingat dakwah yang kita buat yang paling penting adalah untuk betulkan diri kita sendiri. Saya sendiri dan rakan2 di Dengkil ada buat usaha ziarah rumah ke rumah bercerita tentang iman, solat, ilmu & zikir, ta'alim, khidmat dan dakwah. Terima kasih atas komen saudara dan maaf sekali lagi.

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama9/4/09 10:39 PG

    salam,

    saya mintak maaf tentang solat ini kenapa orang dok menpertikaikan kenapa tak menpertikaikan tentang dua kahlimah sahada. mungkin org tak tak solat itu ada sebab nya kenapa kita tidak bertanya kepada nya. saya nak bertanya kenapa org bukan melayu hendak memeluk islam kena ada akat dua kahlimah kenapa kita tak perlu. adakah kita ni islam keturunan? tolong beri penjelasan kepada saya?

    BalasPadam
  6. Very effectively written information. It is going to be worthwhile to anybody who usess it, together with myself. Keep up the good work – for positive i will take a look at more posts.
    I've to confess that i generally get bored to learn the entire thing however i feel you may add some value. Bravo !
    Many thanks for posting this, It?s simply what I used to be researching for on bing. I?d rather a lot relatively hear opinions from an individual, barely than a company internet web page, that?s why I like blogs so significantly. Many thanks!
    Hey – good blog, just trying around some blogs, appears a pretty nice platform You Are using. I’m currently utilizing Drupal for a couple of of my websites but trying to change certainly one of them over to a platform very a lot the same to yours as a trial run. Anything in particular you'd advocate about it?
    Actually like your websites details! Undoubtedly an exquisite offer of information that is extraordinarily helpful. Keep it up to carry publishing and that i’m gonna proceed reading by way of! Cheers.

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...