Salam..
Sekali lagi utk satu tempoh waktu yang agak lama aku tak menulis disini. Dengan kesibukan yang telah sampai ketahap gaban membuatkan ramai kawan2 yang rajin berkunjung kesini tertanya-tanya. Ada yang hantar email, ada yang sms dan ada jugak yang call tanya khabar. Terima kasih semua.
Kali ni bukan la aku nak berceritakan ttg kesibukan aku. Mungkin korang dah tgk gambar yg tertera seperti diatas. Gambar ni aku rakam di site opis aku. Lama dah sebenarnya sejadah ni kat site opis tu. Byk kali gak dah digunakan. Cuma ini kali pertama aku gunakan disebabkan kelewatan nak pergi ke masjid. Dah abis solat lak tu baru perasan. Nak aku buang ada satu lak tu sejadahnya kat situ. Jadi aku pun ambil gunting aku kerat la lambang salib tu. So, boleh la digunakan lagi. Musuh2 Islam ni ada je modal dia nak kenakan umat Islam ni. Kadang2 aku sedih gak tgk adik2, abang2, bapak2 yang pakai jersi bola yg ada lambang salib kat logo team yang diorang minat tu. Aku dulu ada dapat hadiah jersi AC Milan dari kawan aku yang baru balik dari Itali. Nak dibuang hadiah orang. Kalau kat sini harganya RM200++. Jadi aku simpan jelah. Suruh bini aku buang lambang tu langsung berlubang baju tu. Huhuhu. Alamak.. Kalau kawan aku baca ni mesti dia marah. Sorry ye geng. Tapi nak wat camner. Ada benda yang tak sepatutnya.
Ada ustaz bagi tau aku, "sebenarnya..bila sejadah dibuat corak dan warna..banyak jin duduk kat situ..tu yg solat terganggu.."
Salam
BalasPadamSebab itu kita di sunatkan solat atas kain putih. Tak ada gangguan kerana putih aje. Kalau berwarna imiginasi kita mula merewang.
kt bhgn mn erk lambang salib tu?x dpt nk detect la..
BalasPadambetul-betul kat kubah tu.
BalasPadamsalam,
BalasPadami came across al quran salib recently, let's hop in my blog.
Ini bukan kesilapan tenunan, tetapi diSENGAJAkan. Coraknya obvious dan tak kena dengan corak kubah.
BalasPadamsebenarnya musuh islam sentiasa mencari ruang untuk memesongkan akidah kita semua.. Kalaulah kita sentiasa mengamalkan ajaran islam sepenuhnya, sudah pasti mereka akan mengalah kepada kita....
BalasPadamHukum nya makruh menggunakan sejadah yang bergambar, termasok gambar Kaabah.
BalasPadam