Rabu, Mac 04, 2009

Lirik lagu bole rosakkan akidah

Salam...

Hari ni 2 post aku post kat blog aku ni. Yg satu aku copy paste je. Yang ni memang nak meluahkan satu benda yang dah lama terbuku dihati. Rasanya wajib aku sampaikan lebih2 lagi untuk mengingatkan diri aku yang lagha ni.

Dari lirik-lirik lagu yang saban hari tersiar di radio dari dulu hingga sekarang ada lirik2 lagu yang boleh merosakkan akidah kita sebagai umat Islam. Bait2 perkataan yang digunakan sangat tidak sesuai dan berlebih-lebihan. Antaranya :

Faizal Tahir - Mahakarya Cinta
kau bagaikan udara
yang membantu aku untuk terus hidup diatas dunia
tanpamu ku lemah
pasti aku tak berdaya
kerna kau maha karya cinta
kau takkan dapat aku lupakan
kerna kau lah punca cinta kita
mengajar aku erti bahagia
kembalilah ..
terimalah pesan daku
yang akan terus menunggu


Gigi - 11 Januari
Akulah Penjagamu
Akulah Pelindungmu
Akulah Pendampingmu
Di setiap langkah-langkahmu
Pernahku Menyakiti Hatimu
Pernah kau melupakan janji ini
Semua Karena kita ini manusia


Banyak lagi sebenarnya... Korang boleh tafsir sendiri kenapa aku kata merosakkan akidah. Tapi itulah menjadi siulan dan penghayatan ramai anak2 remaja sekarang ni. Aku kalau dengar lagu2 yg liriknya aku rasa boleh merosakkan akidah mmg aku tukar cepat utk dgr cenel lain. Nak ikut atau tidak terpulang. Yang penting aku dah sampaikan. Dan lagi satu buat peminat2 fanatik Agnes Monica yg nyanyi lagu Matahari tu korang semak la balik lagu dia yang ni.. Kalau aku dengar ada orang Islam yang nyanyi lagu ni mmg boleh dipancung je. Aku tak pasti ada kuar kat radio atau tak. Tapi kalau ada tersiar di radio kat Malaysia ni minta tolong diban lagu ni.

Lagu by Agnes Monica
Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sbab Allah Yesus ku
mengerti

5 ulasan:

  1. bodohnye ko ni.. mende rosak akidah.. ikut kita la dak tafsirkan camne. llirik faisal tahir tu mungkin kita boleh tafsirkan sebabgai cinta kepada tuhan.. macam lagu m. nasir 'kepada mu kekasih' atau [pun lagu mentari merah diufuk timur - search ( cite pasai hari kiamat )

    agnes monica tu kristian.. dalam kristian mmg sebut allah pun dalam injil atau jehova dalam hebrew... adus ko buat pandai tapi tak research... kalo nak kira rosak akidah tak ke.. lagu2 melayu tradisional lagi bahaya.. cth ulek mayang tu ko tahu tak itu asal mentera panggil hantu laut tu...brader.. pi sekolah sebelum jadi pandai jgn ajak org lain bodo cam ko

    BalasPadam
  2. Terima kasih la atas nasihat. Tapi sayang ID yang ditingalkan tidak dapat dikesan. Kesilapan saya ialah tidak memaparkan keseluruhan lirik yg cuba saya highlightkan. Kalau Syakirin betul2 study pada lirik lagu tersebut dari awal hingga ke akhir saya tak nampak dimana kita nak tafsirkan lirik lagu tersebut utk Tuhan. Sama macam lagu Tanpa-Sixth Sense.. Boleh la dikaitkan untuk menyatakan cinta pada Tuhan. Tapi bila tgk video klip agak mendukacitakan... Saya pun budak baru belajar. Sebab itu saya tolak tawaran untuk menjadi imam di masjid tempat saya ni. Wallahua'lam..

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama4/3/09 3:54 PTG

    Aloo Syakirin.. Kau suruh org pi sekolah aku ingat kau yg tak abis sekolah ni. Masa sekolah kau pegi memonteng. Lepas tu jd bodoh. Dah tu nak membodohkan org pulak. Mana boleh samakan tuhan dengan udara la bodoh. Apa la bengap sangat kau ni. Sia-sia je mak kau lahirkan kau.

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama4/3/09 8:13 PTG

    Saya sangat bersetuju dengan pendapat En.Azwan ni. Walaupun saya minat giler ngan Faizal Tahir ni. Kalau tak bersetuju jgnlah nak mengata orang bodoh pulak kerana ia akan menyerlahkan lagi kebodohan yang ada pada diri sendiri. Kepada syakirin, Lu fikir la sendiri!!!

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...