Isnin, Januari 05, 2009
Anggaplah cikgu sebagai ibubapa yang kedua.
Salam..
Sessi persekolahan 2009 bermula hari ini. Jalan berdekatan sekolah yang selama sebulan setengah 'aman' kembali hangat dengan deretan kenderaan yang menghantar dan mengambil anak masing-masing. Tak terkecuali aku yang buat pertama kalinya menghantar anak aku kesekolah. Macam tak percaya pun ada. Rasa macam baru semalam berkenalan dengan isteri aku. Tup tup, hari ni dah masuk darjah satu anak aku yang sulong.
Mula-mula melangkah masuk kesekolah aku bisikkan kat telinga anak aku. "Inilah sekolah ayah dulu". Sekolah yang sama tempat nenek anak aku belajar. Sekarang giliran anak aku pula. Dah 3 generasi keturunanku belajar disini. Di Sekolah Kebangsaan Dengkil. Hari pertama, bermacam gelagat dapat dilihat. Ada yang kena dukung sambil menangis, ada yang asyik berkepit dengan ibu, ada juga yang langsung tak hiraukan ibu bapa sebab seronok jumpa kawan-kawan baru. Bagi aku agak mudah kerana kakak dapat menyesuaikan diri dengan cepat. Masakan tidak. Seawal 4 tahun aku dah hantar ke tadika. Jadi aku hanya memerhati dari jauh sahaja. Alhamdulillah berjalan lancar tanpa perlu bantuan.
Seingat aku, zaman persekolahan ku dulu hanya ada 2 kelas dengan maksima 25 orang pelajar. Kini dengan 4 kelas (walaupun sikit berbanding sekolah lain dibandar), tetapi jumlah murid sehingga 40 orang satu kelas. Keadaan ini tentu memeningkan guru yang mengajar. Bayangkan 40 orang lain-lain perangai dan kebolehan sudah tentu agar sukar untuk guru membahagikan masa yang cukup (sehari 5jam setengah) bagi memastikan anak-anak kita dapat perhatian yang teliti. Tapi itulah tugas mereka.
Akan tetapi bila dikenang kembali, agak menghairankan masih ada lagi ibu bapa yang tidak memahami susah payah guru dalam mendidik anak mereka. Ada yang sanggup menyaman guru, melemparkan fitnah, melontarkan kata-kata kesat dan berbagai-bagai lagi. Entahlah... Satu perkataan yang terlintas dikepalaku bila mengenangkan semua itu ialah "Mereka ni semua tak tahu nak bersyukur".. Jadi, bila aku menjemput anakku balik dari sekolah aku berpesan pada anakku, "Anggaplah cikgu sebagai ibu dan bapa yang kedua. Sayangi dan hormatilah mereka".
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
assalamualaikum..
BalasPadamalhamdulillah lah masih ada ibubapa yang memberi kepercayaan kepada guru2 untuk menjadikan kami guru2 ibubapa ke2 mereka.
saya wakil guru2 semua amat berbesar hati menerima anak2 didik ini untuk diberi tunjuk ajar.
alhamdulillah...
saya mengharapkan anak2 didik saya akan terus suka datang ke sekolah.jgn serik...cikgu tak makan org la...
minggu pertama ni memang mencabar kesabaran guru2 seperti kami yang ingin mendidik anak2 kecil yang baru berusia 5/6 tahun ni.
harapan pada ibubapa tu berikan kepercayaan dan kerjasama utk sama2 membentuk anak2 ini.