Rabu, Disember 31, 2008

12 kilometer 3 jam 30 minit.

Salam..

28 Disember 2008 - 30 Disember 2008 aku bawak family pergi berehat di Cameron Highland. Mula2 rancang nak ke Bukit Merah Laketown Resort. Tapi memandangkan tarikh yang sama, kawan baik aku kawin di Kuala Lipis so, aku adjust la ke Cameron Highland. Yelah dari Lipis ke Cameron tu dekat la sikit kalau nak dibandingkan dengan Lipis ke Bukit Merah.

Aku start gerak dari rumah pengantin di Kg Aur Gading, Kuala Lipis jam 2.30 petang. First time aku pergi kampung dia ni. Dari main road nak masuk 12km. Mak aih.. Macam jungle tracking la pulak. Kena tempuh hutan baru jumpa kampung. Ambik masa dekat sejam gak. Itu ok la. Dengan keadaan jalan yg mmg adventure yang mana kalau berselisih nak kena bergaduh la dulu.

Yang aku nak citer ni bila nak naik Cameron Highland ni. Masuk ikut Blue Valley dari Gua Musang. Sampai kat simpang tiga (antara Gua Musang & Simpang Pulai) pukul 5.30 petang. Pelan2 naik dan ngam2 sampai kat area Rose Valley, 12km ke Tanah Rata jem pun dah start. Masa tu aku jeling jam pukul 5.55 ptg. Dari KM12 - KM9 aku tak set la brp masa yg diambil. Tp start KM 9 - KM6 dengan hati yang dah panas, tgk org berlumba-lumba potong Q lagi aku pun mula la set timing. KM9-KM8 46min26saat. KM8-KM7 20min43saat. KM7-KM6 25min6saat. Lepas tu hati dah panas. Tgk lori pun selamba je potong Q, dengan perut yg dah lapar, aku pun ambik keputusan utk potong Q gak. Lantak lah. Sampai kat Tanah Rata, ngam2 pukul 9.30mlm. Alhamdulillah dah niat utk buat jamak takhir. Punya la ramai org kat sini. Semua kedai makan penuh. Wife aku pegi la KFC.. Dengan dukacitanya dimaklumkan semua stok ayam dah habis. Lori tak sampai2 sebab jem. Huhuhuhu..

Kesimpulannya, jem yg paling hampas tu adalah disebabkan oleh pasar malam tepi jalan di Brinchang. Kat situ org slow pasal ada pasar malam, kesannya, jem panjang berjela-jela. Ada kete yang berasap dan macam2 lagi la. Yang berenti tak sanggup nak teruskan perjalanan byk gak. Ada darah tinggi kot diorang ni. Jadi pada Majlis Daerah Cameron Highlands, tolong la ambil action. Disebabkan hal macam ni, serik orang nak dtg Cameron Highland lagi. Alih la pasar malam tu ke tempat sesuai.

Jumaat, Disember 19, 2008

Mari kita baling Bush pakai kasut

Salam..

Pagi2 ni bukak mail jumpa lak link untuk baling muka Bush guna kasut. Best pulak tu. Setakat aku menulis blog ni dah 43472797 balingan kasut kena kat muka dia. So, mari kita sama-sama tunjukkan tanda sokongan atas balingan yang telah dilakukan oleh wartawan dari Iraq tempohhari. Untuk mencuba klik ke link http://play.sockandawe.com/

Isnin, Disember 15, 2008

Tak faham orang merungut tentang email dari yahoogroup.

Salam..

Semalam dan hari ni, ahli2 yg subscribe dengan Sahabat Interaktif Malaysia dibanjiri dengan email2 dengan topik "Email SIM mengganggu saya". Memula aku baca rasa nak tergelak pun ada. Macam2 perangai orang kita ni. Dari dulu lagi sebenarnya topik2 seumpama ni dah dibangkitkan. Tapi masih ada lagi yang tak paham2. Guna internet dah bertahun-tahun. Malas la aku nak ajar kat sini.

Berkenaan dengan ratusan email yg tiap2 hari masuk dalam inbox sampat tak larat nak baca satu2 pun jadi isu. Takde sapa pun yg paksa suruh baca satu persatu email yg masuk tu. Jadi apa yg kecoh sangat. Tak paham..memang sangat tak paham. Ingat makin canggih teknologi makin bijak. Tapi sayang, sebaliknya la pulak. Apa pun utk pengunjung blog ini khususnya yg dtg dari SIM aku dah buat satu undian utk menyatakan pendapat anda ttg email yg anda terima dari SIM. Harap dapat lah memberikan undian. Pada yg masih tak paham2 tu.. Lu pikirlah sendiri.. Assalamualaikum..

Rabu, Disember 10, 2008

Jemputan Perkahwinan Halimie..

Salam..

Musim2 cuti sekolah ni berpusu-pusu orang melangsungkan perkahwinan. Boleh dikatakan setiap minggu ada je jemputan yang perlu dihadiri. Walimatulurus ni jatuh wajib untuk kita menghadirinya jika tiada halangan. Tak ketinggalan sahabat lama aku ni sejak form 4 yang agak rapat dengan aku nak melangsungkan perkahwinannya. Atas permintaannya dia suruh aku masukkan kad jemputan yang dia forward kat aku dalam blog aku ni. Jadi utk tidak menghampakan permintaannya aku sertakan kad jemputan perkahwinannya dibawah ni. Bagi yg mengenali dirinya sama-samalah kita hadir meraikan majlis perkahwinan beliau.



Selasa, Disember 09, 2008

Salam AidilAdha 1429H



Salam...

Memula sekali tak terlambat rasanya nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha buat semua pengunjung blog ini dan semua rakan2 yang mengenali.

Kalau nak ikutkan raya haji ni lebih besar dan perlu dihayati lebih mendalam lagi oleh seluruh Umat Islam. Alasannya simple je. Raya puasa takbir habis lepas solat raya. Raya haji takbir hingga hari keempat selepas asar. Puasa pun diharamkan utk 4 hari tersebut. Mungkin suasana nak menyambut raya takde kot. Yelah pasal raya puasa kita bermuhajah menahan nafsu dengan sebulan berpuasa. Raya korban ni tup2 je raya. Takyah citer org la, saya sendiri hari Sabtu tu sempat ke PD bawak anak2 berjalan duk satu malam kat sana. Kebetulan terjumpa lak Ustazah Siti Norbayah kat sana gak malam Ahad tu. Kalau raya puasa, lagi 3-4 hari nak raya semua dah sibuk nak balik kampung la, buat kuih raya la, pasang langsir dan sebagainya.

Berbalik kepada cerita raya korban ni, pada tahun ni masjid kampung aku telah menumbangkan 9 ekor lembu dan 2 ekor kambing. Aku seperti tahun2 sebelum diletakkan sebagai Ketua Pengagihan. Cuma beza tahun ni dengan tahun2 lepas, dari awal pagi sampai ke petang hujan. Jadi tahun ni pengorbanan utk melakukan ibadah korban digandakan dengan melakukannya didalam hujan. Memang agak terharu melihat orang ramai sama-sama bergotong-royong membantu melaksanakan ibadah korban ni walaupun dalam hujan. Ucapan tahniah dan terima kasih buat mereka. Kehadiran pemain2 import (Bangla & Indon) banyak membantu. Alhamdulillah, lagi 15 minit nak masuk zohor semua urusan selesai. Selepas solat zohor jamuan disediakan di masjid. Gambar-gambar turut sempat dirakamkan dan bolehlah dilihat di Cerita Bergambar. Apa pun aku sangat tertarik pada kata seorang ustaz yang mana katanya "Pengorbanan yang terbaik dan tertinggi sekali ialah berkorban diri, harta dan masa dengan bermujahadah di jalan Allah SWT"..

Wallahhua'lam.

Jumaat, Disember 05, 2008

Jangan Melintas Dihadapan Orang Yang Sedang Bersolat

Salam..

Agak lama nak berbicara tentang hal ini. Dan rasa nak menulis ni agak memuncak semalam bila aku solat zohor kat surau Mid Valley semalam. Sudah menjadi lumrah agaknya dalam masyarakat kita ni suka sangat solat disaf-saf belakang. Dalam pemerhatian aku sebab diorang ni suka sangat duduk saf belakang ni pasal diorang takut jadi imam. Bila solat kat saf depan nanti orang tepuk dah kena jadi imam. Ini lah puncanya. Jalan penyelesaiannya, jangan lah solat sorang2. Kalau rasa takut nak jadi imam, suruh orang lain jadi imam. Rugi solat sorang2 ni.

Bila dah solat kat saf belakang ni yang jadi masalah orang yang datang kemudian. Kes ni macam aku la semalam. Saf belakang tu penuh, tapi saf depan kosong. Nak ke saf kedepan terpaksa pulak melintas orang yang sedang bersolat. Teringat aku akan hadis-hadis dari Rasulullah SAW tentang ancaman orang yang melintas depan orang yang sedang solat ni.

Sekiranya seorang yang melalui di hdapan orang yang sedang bersolat ini mengetahui apa jenis dosanya (lalu di hadapan orang solat) nescaya untuk berhenti menunggu empat puluh lebih baik dari lalu di hadapan orang solat ini, berkata perwai : aku tidak tahu samada Nabi menyebut EMPAT PULUH hari atau bulan atau tahun" ( Riwayat Al-Bukhari) Sohih Al-Bukhari, , no 487, 1/191

Dan sebuah lagi hadis menunjukkan besarnya dosa lalu dihadapan orang solat :-

إذا صلى أحدكم إلى شَيْءٍ يَسْتُرُهُ من الناس فَأَرَادَ أَحَدٌ أَنْ يَجْتَازَ بين يَدَيْهِ فَلْيَدْفَعْهُ فَإِنْ أَبَى فَلْيُقَاتِلْهُ فَإِنَّمَا هو شَيْطَانٌ

Ertinya : Apabila seorang kamu sedang solat dan mempunyai sutrah menghalangnya, dan jika tiba-tiba ada orang yang ingin mencerobohi hadapannya maka hendaklah ingin menegahnya, jika ia (yang ingin menyeberang) enggan berhenti, hendaklah kamu bersungguh menghalangnya kerana ia adalah Syaitan" ( Riwayat Al-Bukhari)Sohih Al-Bukhari, , no 486, 1/191

Kadang-kadang kesian tengok orang yang melintas depan orang sedang solat ni. Tapi kadang-kadang yang sedang bersolat ni pun satu hal jugak. Depan2 pintu dia bersolat. Bukan tak tau tempat orang lalu lalang. Kesimpulannya, jangan kita sesekali melintasi orang yang sedang bersolat dan pastikan kita bersolat ditempat yang kita pasti takde orang yang akan melintas.

Sabtu, November 08, 2008

Kem Remaja Bestari Solat keArah Bina Insan Bertaqwa

DARUL QURAN BANDAR SUNWAY
- Program Musim Cuti Sekolah -

Mempersilakan Tuan/Puan untuk memenuhkan musim cuti remaja dengan
"Kem Bestari Solat keArah Bina Insan Bertaqwa"

KONSEP BERASRAMA DAN SEPENUH MASA BERIBDAT

TARBIAH ISLAM AM UNTUK REMAJA
(UMUR: 10 TAHUN HINGGA 15 TAHUN)
ASRAMA DI SEDIAKAN TERMASUK MAKAN MINUM

PROGRAM

- Qiamullail
- Bimbingan Solat, Latihan Azan/Iqqamat/Jadi Imam - Sessi kaunseling - Asas Fardu Ain - Kisah Anbia - Tajwid Al Quran - Tafsir Al Quran - Sunnah Nabi

Matalamat: 1. Menanam ruh solat dan pengaruh dalam kehidupan harian 2. Meninggkat kan insan robanni

Tarikh: 28 November 2008 hingga 30 November, 2008

Tempat:Darul Quran, Bandar Sunway,
Selangor No. 14A, Jalan PJS 10/32
Bandar Sri Subang 46000 Petaling Jaya
(Belakang Masjid Bandar Sunway bertentangan dengan Sunway Lagoon)

Yuran:RM 120.00 (Makan,Minum,Nota dll)

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
- Ustaz Ismail Tel: 012-3617494,019-2662771
- Ustaz Nik Tel: 016-3558053, 012-2219811

(TOLONG HEBAH KAN KEPADA KENALAN ANDA)

Sabtu, November 01, 2008

Labbaikallah..hummalabbaik..

Salam..

Masuk hari ni dah 3 hari hari kita meninggalkan Syawal. Bermakna hari ni dah 3 Zulkaedah. Dan masuk hari ketiga jugalah jemaah haji kita berlepas ke Tanah Suci untuk menunaikan rukun Islam yang kelima. Fardhu yang menjadi kewajipan bagi yang berkemampuan. Mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Lembaga Urusan & Tabung Haji jumlah minimum Wang Naik Haji bagi tahun 1429H di Semenanjung RM 8,973.00,
Sabah RM 9,054.00 dan Sawarak pula RM 9,096.00. Itu jumlah minimum. Ada juga yang menggunakan pakej-pakej tertentu mengikut kemampuan masing-masing. Tahun lepas, seorang rakan yang agak sibuk dengan urusan perniagaannya telah membelanjakan RM100,000.00 bagi menunaikan fardhu haji untuk dirinya bersama isteri. Bermakna seorang RM50,000.00. Itu utk pakej VIP. 2 minggu je kat sana. Tapi layanan yang diberikan first class. Kemana saja pergerakan diescort.

Bagi tahun ini, di Dengkil seramai 14 orang akan menunaikan fardhu Haji. Hampir kesemuanya pergi awal. Bermakna mereka akan terus ke Madinah melawat maqam Nabi Muhammad SAW terlebih dahulu. Bagi yang menunaikan haji pada tahun ini semoga selamat pergi dan balik dan mudah-mudahan mendapat Haji yang Mabrur.

Bagi kita yang belum menunaikan Rukun Islam yang kelima ni cepat-cepatlah mendaftar. Syarat untuk mendaftar adalah sekurang-kurangnya mempunyai simpanan sebanyak RM1,300.00 didalam akaun Tabung Haji. Disamping itu kita kena rajin berdoa agar dipilih oleh Allah SWT utk melaksanakan Ibadah Haji ini. Kerana wang ringgit bukan jaminan. Ada orang yang kaya raya. Tapi masih belum lagi dapat melaksanakan ibadah haji ini. Kenapa? Kerana ini semua pilihan Allah. Jika Allah belum menjemput untuk kita hadir kerumahNya, bawaklah duit berguni-guni ke Tabung Haji tu pun takde tempat kita untuk kesana. Oleh itu, mari sama-sama memasang niat dan tidak putus-putus berdoa agar Allah memilih kita untuk menjadi tetamu Nya bagi tahun depan dan tahun-tahun berikutnya. Amin...

Rabu, Oktober 22, 2008

Perubatan Tradisional Nabawiyyah

Bismillahirrahmanirrahim

Firman Allah Subhanahuwata'ala:

"Dan Kami telah menurunkan Al-Quran sebagai Penyembuh dan Rahmat bagi orang-orang yang telah beriman dan tidak menambahkan apa-apa pun kepada orang-orang yang Zalim melainkan Kerugian semata-mata"

Mafhum surah Al-Isra ayat ke 82.

Hadith Nabi Sallallahualaihiwasallam:dari Abu Darda' Radhiallahuanhu:

" Sesungguhnya Allah telah menciptakan ubat bagi setiap penyakit maka berubatlah kamu sekalian tetapi jangan berubat dengan sesuatu yang diHaramkan "

Riwayat Abu Daud

PTN merupakan sebuah pusat rawatan Islam mengikut kaedah Al-Quran dan Sunnah Rasullullah S.A.W untuk merawat pelbagai jenis penyakit.Rawatan untuk semua golongan lelaki ,wanita dan kanak-kanak. Diantara rawatan yang disediakan adalah:-

1.Bekam

2.Akupunktur

3.Urut Badan,Urat Saraf dan Refleksi

4.Resdung

5.Herbalisma dan Herba HPA

6.Spiritual Islam

7.Agama dan Motivasi Islam

Pelbagai jenis penyakit dapat dirawat secara altenatif seperti:

a).Migrain/Sakit kepala yang berlarutan
b).Darah Tinggi/Hypertension
c).Diabetes
d).Sakit Badan/Sendi/Tulang Belakang
e).Saraf
f).Resdung
g).Gatal-gatal pada badan/Alergik
f).Lemah Syahwat
g).Gout
h).Athma
i).Gangguan makhluk halus
j).Kanser

Sebarang Urusan Sila Hubungi:

Ustaz Nizam +6017-604 9396

Ummu Ihsan +6017-605 9974

Website - http://perubatantradisionalnabawiyyah.com/

Khamis, Oktober 16, 2008

Azan 24 jam

Salam...

Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ku ini.
Subhanallah. ..

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah SWT Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad SAW Adalah Rasul Allah.'

Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta.
Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang
dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia . Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.
Belumpun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di-Malaysia.

Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas
Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.

Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India .

Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan .

Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di-Afghanistan dan Muscat .

Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman , Kuwait dan Iraq .

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur
Atlantik.

Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke
pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.

Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia . Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.

Allahu Akhbar!

Jumaat, September 26, 2008

Salam AidilFitri 1429H


Ikhlas dari Azwan sekeluarga



BUAT SEMUA PENGUNJUNG BLOG INI DAN SESIAPA JUGA YANG MENGENALI DIRI INI SECARA PERIBADI MAHUPUN TIDAK, MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN ATAS SEGALA KESILAPAN YANG DISENGAJAKAN MAHUPUN TIDAK. MINNALAIDIL WALFAIZIN...

Sabtu, September 13, 2008

Waktu Paling Sesuai Untuk Bersahur

Bilakah waktu yang paling sesuai untuk bersahur? Dalam masyarakat kita ni bermacam-macam ragam dan kerenah orang bersahur. Ada yang bersahur selepas moreh di masjid / surau, ada yang sebelum masuk waktu tidur, ada yang seawal jam 3 pagi dan ada yang lagi setengah jam nak subuh. Jadi untuk menyelesaikan masalah ini Ulama’ telah membahagikan malam lepada 6 bahagian. Dan waktu yang paling afdhal yang mana akan mendatangkan keberkatan seperti yang disebutkan didalam beberapa hadith Nabi SAW hádala waktu yang terakhir dalam 6 bahagian tadi. Contohnya : malam ada 11jam 30 minit. Ini bermakna waktu 1/6 yang terakhir adalah 1 jam setengah sebelum masuk waktu Subuh. (Permulaan malam adalah maghrib dan akhir malam adalah waktu Subuh).

Perkara ini telah ditegaskan oleh melalui amalan yang dibuat oleh Rasullullah SAW seperti yang dinyatakan oleh sahabat Baginda iaitu Zaid bin Thabit pernah berkata: “Kami pernah bersahur bersama nabi, kemudian kami bangun untuk melakukan solat (Subuh).
Zaid ditanya : “Berapa lama masa antara kedua-duanya (yakni antara makan sahur dan solat Subuh)?” Berkata Zaid: “Sekadar membaca 50 ayat al-Quran.” (Hadis riwayat Bukhari)

Ini dikuatkan lagi dengan sebuah hadith dari Rasullullah SAW yang bermaksud : “Sentiasa umatku dalam kebaikan selama mereka mahu bersegera berbuka puasanya dan mengakhirkan makan sahurnya.” (Riwayat Imam Ahmad)

Amalan bangun untuk bersahur membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani. Perkara ini telah dinyatkan dengan jelas di dalam sebuah hadith Rasulullah SAW “Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.” (Riwayat Imam Muslim)

Kelebihan lain apabila kita melewatkan waktu untuk bersahur ialah secara tak langsung kita dapat menjaga solat subuh kita secara berjemaah di masjid / surau. Kebanyakkan mereka yang bangun awal untuk bersahur pasti akan tidur balik dikhuatiri waktu solat subuh hampir dengan waktu terbit matahari. Kelebihan bagi orang yang menunaikan solat subuh secara berjemaah telah disebutkan di dalam sebuah hadith.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.” (Hadis riwayat Muslim).
Semoga kita sama-sama dapat amal dan sampaikan pada orang lain…

Jumaat, September 12, 2008

Tradegi Waktu Bersahur







Daripada Anas r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya

Rabu, September 10, 2008

Larangan Bersetubuh Pada Siang Ramadhan

Hadis Rasulullah s.a.w. daripada Abu Hurairah r.a. yang bermaksud: Telah mengadu seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w. dengan berkata: “Aku telah memusnahkan diriku wahai Rasulullah, baginda bertanya: Apa yang menyebabkan kamu musnah? Lelaki itu menjawab: “Aku telah melakukan persetubuhan di siang hari pada bulan Ramadan”. Baginda bertanya kepada lelaki itu : “ Adakah engkau memiliki hamba untuk dibebaskan? Lelaki itu menjawab: Tiada wahai Rasulullah. Baginda bertanya lagi adakah kamu mampu berpuasa selama dua bulan berturut-turut? Lelaki itu menjawab tidak mampu wahai Rasulullah. Kemudian baginda bertanya lagi, adakah kamu memiliki makanan yang cukup untuk diberi makan kepada 10 orang? Masih lagi dia menjawab tidak mampu. Kemudian Nabi s.a.w. duduk. Dalam pada itu Nabi s.a.w. telah diberikan satu karung yang berisi tamar. Baginda meminta dia menyedekahkan tamar tersebut sebagai kaffarah terhadap perbuatannya itu. Lantaran lelaki itu menjawab kepada Rasulullah dengan berkata: Adakah perlu saya berikan tamar ini kepada orang yang lebih fakir daripada kami, kerana tiada rumah yang lebih berhajat kepada tamar ini melainkan rumah kami (lelaki itu menggambarkan kemiskinan keluarganya ), pergilah kamu dengan bekalan ini dan berilah ahli keluarga kamu makan daripadanya. (riwayat al-Bukhari: 2600 dan Muslim: 1111) .

Hadis di atas menjelaskan perihal kaffarah, sekali gus menjelaskan pensyariatan kaffarah serta perkara yang membatalkan puasa dan menuntut kaffarah.

Persoalannya, adakah kaffarah di wajibkan bagi orang yang membuka puasanya dengan makan kemudian bersetubuh. Pertamanya setiap orang yang beriman yang dituntut ke atasnya berpuasa jika berbuka di siang hari, sepakat ulama wajib keatasnya mengqada.

Ada pun sekiranya dia berbuka puasa dengan tujuan mengadakan hubungan kelamin, ulama memberi dua pandangan yang tersohor seperti berikut:

Pertama : wajib ke atasnya kaffarah. Pendapat ini merupakan pandangan ulama dari mazhab Malik, Ahmad dan Abu Hanifah. Hujah mereka puasa adalah amalan yang difardukan ke atas setiap mukallaf yang cukup syarat-syaratnya.

Menahan nafsu

Puasa itu sendiri bermaksud menahan diri daripada makan dan minum. Maksudnya adalah haram ke atasnya makan minum tanpa sebarang keuzuran.

Sekiranya dia makan mahu membatalkan puasa dia berkewajipan memelihara perkara-perkara yang ditegah melakukannya di siang Ramadan.

Justeru itu, perbuatannya membatalkan puasa sudah menjadi suatu perbuatan yang berdosa malah ditambah dengan suatu yang ditegah melakukannya di siang Ramadan.

Jadi dua kesalahan, kesalahan pertama kerana membatalkan puasa dengan makan wajib diganti dengan hari yang lain. Kesalahan kedua ialah melakukan persetubuhan di siang hari di bulan Ramadan.

Kumpulan ulama ini juga berpendapat sekiranya tidak dikenakan kaffarah bersetubuh di siang hari, bulan Ramadan akan dilihat suatu yang biasa.

Kaffarah dielakkan dengan memakan terlebih dahulu. Ini merupakan satu helah dalam memandang ringan terhadap amalan yang menjadi rukun dalam Islam.


Kedua : Tidak wajib kaffarah, ini menurut mazhab as-Syafie. Hujah bagi mazhab as-Syafie ialah puasa itu terbatal dengan makan. Maka keadaan orang yang telah batal puasanya adalah seperti orang yang tidak berpuasa, dan tidak terikat dengan perkara-perkara yang membatalkan puasa.

Orang yang melakukan persetubuhan di siang hari bulan Ramadan didahului dengan membatalkan dengan memakan, maka tidak wajib ke atasnya kaffarah.

Namun demikian setiap kita maklum bahawa bulan Ramadan bukan sahaja menuntut kita menahan diri daripada makan dan minum tetapi melatih kita menahan nafsu. Justeru kita dituntut memelihara kemuliannya. Allah s.w.t. menghalalkan dan mengharuskan suami mendatangi isterinya di malam-malam Ramadan.

Ini dijelaskan melalui firman Allah s.w.t:
Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka.Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), Iaitu waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukum-Nya kepada sekalian manusia supaya mereka bertakwa. (al-Baqarah: 187).

Bulan ini adalah bulan didik nafsu dan menundukkannya pada perkara-perkara yang perlu ditahan. Jika helah dicari untuk memuaskan nafsu dengan mengorbankan didikan rabbani, sebenarnya kita kalah dan tersungkur dengan kehendak nafsu dan terkuburlah kehendak tuhan.

Sebab itulah Allah menjanjikan pahala puasa dibayar oleh-Nya, kerana orang yang berpuasa itu meninggalkan makannya, minumnya dan syahwatnya kerana Allah s.w.t.

Semuanya itu ditinggalkan kerana Allah? Takkanlah satu permintaan dan harapan itu dihampakan di bulan al-Mubarak ini?

Ikut nafsu tanpa dikawal kita akan kecundang, ikut bicara hati nurani yang beriman pasti bertemu cinta maha pencipta.


Terdahulu, saya ada membaca kiriman dari seorang sahabat di SIM tentang ancaman bagi orang yang meninggalkan puasa secara sengaja. Bagi orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja tanpa uzur syar’i adalah wajib ke atasnya mengqada puasa yang ditinggalkan itu dan dikira sebagai menderhaka kepada Allah Subhanahu Wataala kerana meninggalkannya dan pemerintah berhak menghukum (ta’zir) ke atas mereka. Perbuatan meninggalkan puasa Ramadan itu sangat merugikan dirinya. Perkara ini telah dijelaskan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:

"Sesiapa yang berbuka puasa sehari daripada bulan Ramadan dengan tiada keuzuran dan tidak sakit, dia tidak akan dapat menggantikannya dengan puasa sepanjang tahun.’’ (Hadis riwayat Bukhari).

Jadi.. kawallah nafsu dengan sebaik mungkin kerana kegagalan untuk kita mengawal nafsu akan menyebabkan diri kita dikawal oleh nafsu. Wallahhua'lam....

Khamis, Ogos 28, 2008

Solat Sunat Istikharah

Salam..
Kita selalu menghadapi kesulitan dan delima untuk membuat sesuatu keputusan. Kadangkala kita merasakan A adalah yang terbaik buat kita namun hati berbisik B mungkin lebih baik. Begitulah sebaliknya. Namun sebagai manusia biasa kita tak mampu untuk melihat sesuatu yang akan datang. Sesuatu yang akan datang adalah sebenarnya apa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT buat kita. Jadi sebagai penyelesaian terbaik dalam untuk kita membuat sesuatu keputusan dan diri kita sebagai seorang mukmin yang mengamalkan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan Nya,
buatlah solat sunat istikharah.. . Allah SWT akan bagi yang terbaik buat kita.


Kaedah solat sunat istikharah utk panduan kita bersama :-

Lafaz dan niat ..


Sahaja aku solat Sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.

Kaedah 1
Selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat yang pertama, baca ayat Al-Kursi (7 kali). Selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat yang kedua, baca Surah Al-Ikhlas (11 kali). Dalam sujud yang terakhir, baca tasbih/doa berikut sebanyak 40 kali:



Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah S. W.T. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.



Doa Selepas Solat Sunat Istikharah:
Ya Allah, sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dari-Mu, dengan ilmu-Mu, aku minta kekuatan dariMu dengan kekuatan-Mu. Aku meminta dari-Mu dari kelebihan-Mu yang banyak, maka sesungguhnya Engkau berkuasa, aku tidak berkuasa, Engkau mengetahui dan Engkaulah yang paling mengetahui perkara-perkara ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untukku pada agamaku, duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka tentukannya untukku dan permudahkannya kepadaku, jika kamu mengetahui bahawa perkara ini tidak baik untukku pada agamaku dan duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka elakkannya dariku dan elakkan diriku daripadanya, tentukanlah kebaikan untukku di mana sahaja aku berada sesungguhnya Engkau berkuasa di atas segala sesuatu."

Kaedah 2 (yang lebih ringkas)

Selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat yang pertama, baca Surah Al-Kafiruun (1 kali). Selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat yang kedua, baca 1 Surah Al-Ikhlas (1 kali). Selepas selesai memberi salam, bacalah doa seperti dalam Kaedah 1 di atas.

Isnin, Ogos 18, 2008

Pengertian Kawan

1) kawan tu bkn mcm main FUTSAL. Mula-mula kejar..dah dapat sepak..

2)kawan tu bkn mcm main SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak...

3)kawan tu bkn mcm main RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..

4)kawan tu bknnya mcm PAMPERS.. dah pakai, buang..

5)kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.

6)kawan tu bkn mcm PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..

7)kawan tu bkn mcm KERETA. Rosak skit, jual.. ambik kereta baru..

8)kawan tu bkn mcm CHIPSMORE.. kejap ade kejap takde..

9)kawan tu bkn mcm BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.

10)lagi..... kawan tu mcm ape ye???? Haa..kawan tu mcm AWAK LA. . :-) bila saya hantar msg, awak akan baca msg saya dgn teliti sampai habis.

Walau ape pun tanggapan org tentang kawan.. bagi saya, kawan tu penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya. Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara. Yang penting, seorang kawan akan sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan serta hidayat untuk kawan-kawannya. . :)

Khamis, Ogos 07, 2008

Menguap

Salam... Kebetulan malam tadi baru je dengar pengajian hadis dari Dato Mufti Selangor kat masjid kariah saya ni..
Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :

“Sesungguhnya Allah suka pada orang-orang yang suka bersin dan membenci orang yang menguap. Maka ketika seseorang itu bersin dan memuji Allah, maka adalah menjadi hak kepada bagi setiap orang muslim yang mendengarnya untuk mendoakan berkat ke atasnya. Adapun menguap, maka sesungguhnya hal itu daripada syaitan, maka tolaklah ia sekuat tenaga, maka ketika seseorang berkata: “Haa”, syaitan mentertawakannya.”

(Hadis riwayat al-Bukhari)


- Bersin yang dimaksudkan adalah tidak melebihi 3 kali- Jika lebih dari 3 kali maka cepat-cepatlah kita minum air suam- Berusaha dengan sedaya mungkin agar tidak terjadinya menguap- Kerana menguap adalah didorong oleh syaitan- Menguap menunjukkan kemalasan

Selasa, Ogos 05, 2008




"Ya Allah Ya Tuhanku... Kau jauhkan sifat-sifat di atas dari seluruh keturunanku".. Amin...

Rabu, Julai 30, 2008

ISRAK & MIKRAJ

Bersama-sama kita mengejar pahala akhirat……

Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.

Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, "Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah S.W.T. telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-anaman, beberapa gunung dan lain-lain."


Berkata langit, "Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, 'arasy, kursi dan syurga ada padaku."


Berkata bumi, "Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik)."


Bumi berkata lagi, "Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari'atnya juga di tempatku."


Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah S.W.T dengan berkata, "Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga."


Lalu Allah S.W.T mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah S.W.T memberi wahyu kepada Jibrail A.S pada malam tanggal 27 Rejab, "Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau 'Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini."


Jibrail A.S. bertanya, "Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?" Allah S.W.T berfirman, maksudnya, "Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah Buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu."


Kemudian Jibrail A.S. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail A.S. terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya.


Jibrail A.S. menghampiri buraq itu lalu bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?" Berkata buraq, "Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan."
Berkata Jibrail A.S., "Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu."

Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk dan Mikraj.

10 Seksaan Wanita Diperlihatkan Semasa Iraq Mikraj Rasululullah

SEPULUH jenis seksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj, membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya.


Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan

(1) perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah

(2) perempuan yang digantung dengan lidahnya dan

(3) tangannya dikeluarkan daripada punggung dan

(4) minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

Baginda juga melihat bagaimana

(5) perempuan digantung buah dadanya dari arah p! unggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.
Ada pula

(6) perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking . Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.

Selain itu, Baginda melihat

(7) perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala . Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.
Baginda juga melihat

(8) perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.

Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah

(9) perempuan yang kepalanya seperti kepala BABI dan badannya pula seperti keldai . Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

Ada pula perempuan yang Baginda nampak yang

(10) rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.


Falsafah Israk Dan Mikraj.

Di bulan Rejab yang mulia ini, telah berlaku satu peristiwa yang amat mengejutkan masyarakat arab

jahiliyyah. Gempar;hinggakan ia tersebar ke seluruh pelusuk Tanah Arab dengan begitu cepat,

walaupun tiada kemudahan internet, handphone, akhbar, televisyen, radio, pesawat serba canggih

dan pelbagai lagi alat komunikasi sejagat. Hanya ada kuda, unta dan kaldai;




Persoalannya; Mengapakah ia terjadi demikian? Logiknya, ia menunjukkan bahawa peristiwa Isra' dan Mi'raj ini adalah satu peristiwa yang amat penting. Keramat, Pelik, Tidak Logik dan Kisah Dusta. Itulah ungkapan yang dilabelkan oleh tok-tok Arab Jahiliyyah yang diketuai oleh Abu Jahal ketika itu. Di satu pihak yang lain (mereka yang benar-benar beriman), ia adalah satu Kisah Benar ala X-Files yang sukar diterima akal, logik tetapi hanya dapat ditafsirkan melalui keimanan yang teguh. Ia merupakan satu perjalanan Illahiyah yang tidak ada tolok bandingnya dalam sejarah peradaban manusia yang menjadi mukjiz dan lambang kebesaran dan kemuliaan Rasulullah SAW serta keberkatan bulan Rejab yang diisytiharkan sebagai Syahrullah (Bulan Allah).




Saudara sekelian, Ringkasnya, ia merupakan "Holy Tour" yang dilakukan di suatu malam yang sunyi, bukannya bak mencari temasya hiburan di malam hari, tetapi ia adalah pengembaraan suci mengadap Tuhan Rabbul Jalil Yang Maha Suci. Sebagaimana yang kita sedia maklum, peristiwa Isra' dan Mi'raj ini berlaku di 'Tahun Dukacita' bagi Rasulullah SAW setelah baginda kehilangan Siti Khatijah tersayang, kemudian menyusul pergi pula bapa saudaranya padahal keduanya cukup banyak berkorban mempertahankan baginda dalam menegakkan Islam, ditambah pula cacian penduduk Thaif dan masyarakat Makkah sendiri, lalu Allah mengisra'mi' rajkan baginda bagi memperkukuhkan keimanan di samping menghiburkannya.




Sesungguhnya, secara tidak langsung ia menjelaskan kepada kita bahawa, cara yang tepat untuk menyelesaikan masalah, kedukacitaan dan sebagainya adalah dengan cara mengadu kepada Allah SWT sama ada dengan zikrullah atau mendirikan solat, sesuai dengan penerimaan perintah mendirikan solat dalam peristiwa Isra' dan Mi'raj tersebut. Sehubungan dengan itu, adalah satu tindakan yang salah, sesat dan menyesatkan apabila kita beranggapan bahawa cara untuk menghiburkan diri adalah melalui hiburan-hiburan artis pujaan yang mana akhirnya menyemai baja ke arah budaya mungkar dan maksiat serta membutakan hati daripada etika dan syariat Islam.

Ikhwah yang budiman, Sesungguhnya peristiwa Isra' dan Mi'raj ini turut mengambarkan keselarasan sistem peraturan antara langit dan bumi. Langit melambangkan kekuasaan dan kerajaan langit, sementara bumi melambangkan kekuasaan dan kerajaan bumi. Kerajaan Bumi tidak boleh bertindak bebas tanpa berpandukan peraturan dan undang-undang dari kerajaan Langit. Pendek kata, segala tindak-tanduk manusia di bumi mestilah diselaras dan diseimbangkan dengan kemahuan dan kehendak kerajaan Langit sama ada dari aspek individu, masyarakat, negara, ekonomi, undang-undang dan sebagainya. Ini bermakna sekiranya makhluk dan kerajaan Langit itu beriman, patuh dan tunduk kepada Iradah Allah, tiada pilihan kepada makhluk bumi, melainkan tunduk patuh menyerah diri kepada peraturan Allah SWT.




Begitu jugalah manusia yang dikurniakan akal dan dilantik menjadi Khalifah di muka bumi ini mestilah patuh dan tunduk kepada Allah sebagaimana patuh dan tunduknya makhluk bumi yang lain seperti binatang, tumbuhan dsb. Wahai sekelian manusia&ldots;.INGATLAH amaran ALLAH "Mengapakah mereka mencari agama selain daripada agama Allah ? Walhal segala apa yang ada di langit dan bumi telah menyerah diri kepadaNya dengan sukarela dan terpaksa. Dan kepadaNyalah mereka akan dikembalikan" Surah Ali Imran :83

Peristiwa Isra' dan Mi'raj telah mendedahkan kepada kita bahawa IBLIS, YAHUDI, KRISTIAN dan DUNIA bersengkokol menentang ISLAM. Mereka mencipta berbagai kaedah dan taktik-taktik licik seperti mewujud dan menaja budaya seronok supaya umat Islam lupa syariat dan lalai daripada mengingati mati sedangkan menurut Iman Al-Ghazali dalam kitabnya Kasyfu Yaumil Qiamah, Malaikat Maut sentiasa merenung manusia 70 kali sehari dan menziarahi setiap rumah yang berpenghuni sekurang-kurangnya 5 kali sehari. Semua ini menyebabkan umat Islam meninggalkan tanggungjawab mereka sebagai Khalifah di muka bumi ini. Akibat keperkasaan dan kejayaan strategi yang digunakan, mereka (umat Islam) telah terkeliru dengan falsafah amal, dosa dan pahala.

Lebih-lebih lagi dicanangkan dengan slogan "enjoylah masa muda ini puas-puas, nanti kalau dah tua baru bertaubat", golongan remaja seolah-olah 'hilang akal' dengan trend-trend moden yang disogok dan dimomokkan dengan pelbagai pesta. Seks, arak dan judi sudah menjadi pesta rutin saban hari&ldots; sesat sesesat sesatnya. Tanpa disedari, maut pasti datang. Ingatlah, daun yang muda kadang-kadang gugur dahulu begitulah juga nyawa manusia. Mereka bebas, semahunya tanpa ada kokongan agama dan budaya, halal dan haram tidakdiperdulikan, maklumlah apabila nafsu dan syaitan berkerjasama semua yang jahat dianggap baik dan sebaliknya.

Sedangkan menurut Islam, semua yang baik atau buruk tetap dikira amal. Apabila ditanya Mungkar dan Nakir barulah mereka menyesal kerana mereka tidak terfikir apa yang mereka lakukan di dunia dulu adalah AMAL JAHAT yang pasti mengundang ke NERAKA...

Secara ringkasnya, peristiwa yang dialami oleh Rasulullah SAW ketika Isra' dan Mi'raj adalah seperti berikut ;




Peristiwa Isra'




1. Orang yang bercucuktanam mengeluarkan hasil yang banyak dan cepat. Gambaran orang yang membelanjakan harta di jalan Allah.

2. Mencium bau yang wangi iaitu bau tukang sikat Firaun yang beriman kepada Allah.

3. Sekumpulan manusia menghempap kepala masing-masing dengan batu berulangkali. Gambaran orang yang berat melakukan solat fardhu.

4. Kumpulan manusia telanjang memakan rumput berduri, buah zakkum yang sangat pahit dan makan bara api Jahannam. Balasan orang yang tidak suka menderma, bersedekah dan tidak mengeluarkan zakat.

5. Orang yang mengguntingkan lidah tidak berhenti-henti. Balasan orang yang bercakap tetapi tidak mengamalkannya.

6. Sekumpulan manusia makan daging busuk sedangkan ada daging baik, balasan orang yang berzina sedangkan dirinya ada isteri yang sah.

7. Orang yang tenggelam timbul dalam lautan darah dan dilemparkan dengan batu. Balasan orang yang makan riba.

8. Kumpulan manusia mencakar-cakar muka dan dada dengan kuku yang tajam. Balasan orang yang suka mengumpat.

9. Orang yang membawa berkas kayu yang banyak tidak terangkat olehnya. Balasan oarang yang menerima amanah tetapi tidaksanggup melaksanakannya.

10. Seekor lembu keluar dari lubang kecil tetapi tidak dapat masuk semula ke dalam lubang tersebut. Gambaran orang yang suka bercakap besar.

Peristiwa Mi'raj

1. Wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu. Gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya.

2. Wanita tergantung pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk. Balasan wanita yang tidak menutup auratnya (rambut)

3. Wanita berkepala seperti babi, badannya seperti kaldai dan menerima berbagai balasan. Wanita yang suka membuat fitnah, bermusuh dengan jiran dan membuat dusta.

4. Wanita yang mukanya hitam dan memamah isi perutnya sendiri. Balasan wanita yang mengoda dan menghairahkan lelaki.

5. Lelaki dan wanita yang ditarik kemaluannya ke depan dan ke belakang serta dilontar mukanya ke api neraka. Kemudian ditarik dan dipukul hingga keluar api dari badannya. Balasan orang yang membesarkan diri dan takabur kepada orang ramai.

6. Lelaki dan wanita dimasukkan besi pembakar daging dari duburnya, keluar hingga ke mulutnya. Balasan orang yang membuat fitnah, mengejek dan mencaci.

7) Wanita tergantung rambutnya di pohon Zakkum, api neraka membakarnya lalu kering kecut dagingnya terbakar. Balasan wanita yang minum ubat untuk membunuh janin.

8. Wanita dibelenggu dengan api neraka, mulutnya terbuka luas, keluar api dari perutnya. Balasan wanita yang menjadi penyanyi tidak sempat bertaubat.

9. Lelaki dan wanita yang masuk api ke dalam perut dari duburnya lalu keluar dari mulut. Balasan orang yang makan harta ay.

10. Lelaki dan wanita kepalanya terbenam dalam api, dituang pula air panas ke badannya lalu melecur seluruh tubuhnya. Balasan orang yang berusaha ke arah pergaduhan sesama manusia.


ISRAK Mikraj adalah dua peristiwa kembar menakjubkan yang dialami oleh Nabi Muhammad SAW pada malam 27 Rejab. Peristiwa yang sangat besar dan luar biasa yang dialami oleh Nabi Muhammad itu dianggap sebagai penganugerahan yang tinggi nilainya dari segi kerohanian. Kedua-dua peristiwa itu adalah kurniaan Allah kepada Baginda untuk memperlihatkan tanda keagungan dan kekuasaan-Nya.
- Israk bererti perjalanan Nabi dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis di Palestin. Peristiwa ini terakam di dalam al-Quran, seperti firman Allah bermaksud: "Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram (di Makkah) ke Masjidil Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jugalah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." – (Surah al-Israa', ayat 1).

- Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Baginda dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit ketujuh, dekat singgah sana Allah seperti yang digambarkan oleh al-Quran yang bermaksud: "Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain iaitu di Sidratil Muntaha. "Dekatnya ada syurga tempat tinggal, (Muhammad melihat Jibril) ketika Sidratil Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya.

- "Penglihatan (Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. "Demi sesungguhnya Baginda telah melihat sebahagian daripada sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya." – (Surah an-Najm, ayat 13-18). Sidaratil Muntaha adalah tempat yang paling tinggi di atas langit ketujuh, yang dikunjungi Nabi Muhammad ketika Mikraj.

- Oleh itu, Israk Mikraj dapat disimpulkan sebagai satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Baginda kemudian naik ke langit sampai ke Sidratil Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama. Antara pengajaran peristiwa Israk Mikraj:

- Manusia hendaklah sentiasa mengadakan hubungan dengan Allah, baik ketika ditimpa kesusahan mahupun mendapat kesenangan. Perkara ini penting kerana hanya Allah yang berkuasa memberikan pertolongan, menghilangkan segala kesedihan, duka cita dan kesusahan pada diri manusia.

- Nabi juga ditimpa beberapa musibah sebelum berlakunya Mikraj. Dalam keadaan demikian, datang perintah untuk Israk Mikraj iaitu untuk berhadapan dengan Allah.

- Perkara itu memberi pengajaran kepada kita agar mendekatkan diri kepada Allah sewaktu didatangi musibah dan pelbagai permasalahan dalam kehidupan. Caranya ialah dengan melaksanakan semua perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya, di samping terus meningkatkan ketakwaan dan amal ibadat.

i. Menjauhi perkara mungkar dan maksiat. Sewaktu Israk Mikraj, tepatnya ketika Nabi diajak meninjau keadaan neraka, Baginda ditunjukkan pelbagai bentuk penyeksaan dahsyat yang sedang dialami oleh pelbagai kaum, akibat kejahatan yang pernah mereka lakukan di dunia.

Misalnya, Rasulullah diperlihatkan kepada satu kaum yang memecahkan sendiri kepala mereka dengan batu besar, setelah pecah ia kembali bertaut seperti sedia kala.

Nabi juga melihat bentuk penyeksaan yang lain seperti seksaan bagi pemakan riba, penzina, pengumpat dan yang suka memfitnah.

Ini semua memberi iktibar supaya kita yang hidup di dunia ini tidakmelakukan segala perbuatan tercela dan pekerjaan lain yang jelas dilarang Allah. Mereka akan mendapat seksaan di akhirat nanti sekiranya melakukan perbuatan yang dilarang Allah.

ii. Perintah solat sebagai suatu bentuk ibadah yang Allah sendiri menggariskan ketentuan mengenainya.

iii. Mengakui dan tunduk kepada kebesaran Allah sebagai pencipta agarkeyakinan terhadap kekuasaan-Nya benar-benar bersemi di jiwa manusia.

Perkara ini perlu dilaksanakan oleh setiap umat Islam kerana sewaktu Israk Mikraj, Allah memperlihatkan kepada Nabi akan keagungan dan pelbagai keajaiban ciptaan- Nya di alam tinggi bernama langit seperti Sidratil Muntaha dan syurga.

iv. Anjuran memberi salam. Sepanjang perjalanan Mikraj, Nabi tidak pernah lupa mengucapkan salam kepada rasul yang Baginda temui. Hal ini mengingatkan kita kepada keutamaan memberi salam dan galakan supaya selalu memberi salam kepada saudara sesama Islam sebagai tanda penghormatan dan untuk mengeratkan hubungan.


v. Mengingatkan usia dunia yang sudah tua yang mana dibayangkan melalui pertemuan Nabi dengan seorang nenek tua. Ia memberi gambaran kepada kita yang umur dunia sudah lanjut dan hampir berlaku kiamat.
Hakikat ini memperingatkan setiap Muslim bahawa segala kemewahan dan kesenangan dunia hanya bersifat sementara. Hanya ketakwaan dan amal salih menjadi bekalan untuk ke akhirat.


vi. Berwaspada dengan rayuan dan tipu daya iblis, di mana sewaktu Israk, pada awal perjalanan lagi jin ‘Afrit' telah mengejar Baginda dengan membawa obor untuk menghalang perjalanan Nabi dan berusaha memperdayakan Baginda.

Peristiwa ini memperingatkan kita bahawa syaitan dan iblis tidak akan jemu-jemu untuk menyesat dan memperdayakan umat manusia dengan pelbagai cara.

Jumaat, Julai 18, 2008

APA YANG BOLEH KITA SOMBONGKAN - SATU CERMIN DIRI (M. Rian Rahardi)

Seorang lelaki yang bertamu ke rumah seorang guru terpegun kehairanan ketika melihat Guru tersebut sedang sibuk bekerja; ia mengangkut air dengan timba dan membersih lantai rumahnya dengan bersungguh-sunguh. Peluhnya bercucuran. Menyaksikan keganjilan itu lelaki berkenaan bertanya, apa yang sedang Anda lakukan ?.

Si Guru menjawab, tadi saya didatangi serombongan tetamu yang meminta nasihat. Saya memberikan banyak nasihat yang bermanfaat bagi mereka. Mereka pun nampaknya berpuas hati. Namun, setelah mereka pulang tiba-tiba saya merasa menjadi orang yang hebat. Kesombongan mula muncul dalam diri saya. Kerana itu, saya melakukan ini untuk membunuh perasaan sombong saya.


Sombong adalah penyakit yang sering menghinggapi kita semua, yang benih-benihnya terlalu kerap muncul tanpa kita sedari.Ia penyakit yang diwarisi dari Iblis dan disebarkan oleh tenteranya Syaitan dan ia kekal sehingga kita menemui ajal. Di peringkat terbawah, sombong disebabkan oleh faktor material. Kita merasa lebih kaya, lebih rupawan, dan lebih terhormat daripada orang lain. Di tingkat kedua, sombong disebabkan oleh faktor kecerdasan. Kita merasa lebih pintar, lebih kompeten, dan lebih berwawasan dibandingkan orang lain. Di tingkat ketiga, sombong disebabkan oleh faktor kebaikan. Kita sering menganggap diri kita lebih bermoral, lebih pemurah, dan lebih tulus dibandingkan dengan orang lain. Kita lupa bahawa sombong adalah hak ALLAH, kerana ALLAH MAHA SEGALANYA.


Yang menarik, semakin tinggi tingkat kesombongan, semakin sukar pula kita mengesannya. Sombong kerana material sangat mudah terlihat, namun sombong kerana pengetahuan, apalagi sombong kerana kebaikan, amat sukar dikesan kerana ia seringkali hanya berbentuk benih-benih halus di dalam batin atau naluri kita.


Akar dari kesombongan ini adalah ego yang berlebihan. Pada tahap yang lumrah, ego menampilkan dirinya dalam bentuk harga diri (self-esteem) dan kepercayaan diri (self-confidence). Akan tetapi, apabila kedua hal ini berubah menjadi kebanggaan (pride), Anda sudah berada sangat dekat dengan kesombongan. Batas antara bangga dan sombong tidaklah terlalu jelas.


Kita sebenarnya terdiri dari dua kutub, iaitu ego di satu kutub dan kesedaran sejati di kutub lain. Pada masa kita dilahirkan ke dunia, kita dalam keadaan telanjang dan tak punya apa-apa. Akan tetapi seiring dengan pembesaran dan waktu, kita mulai memupuk berbagai keinginan, lebih dari sekadar yang kita perlukan dalam hidup. Keenam-enam indra kita selalu mengatakan bahawa kita memerlukan lebih banyak lagi.


Perjalanan hidup manusia cenderung menggiringi kita menuju ke kutub ego. Ilusi ego inilah yang memperkenalkan kita kepada dualisme, ketamakan dan kebencian . Inilah akar dari segala permasalahan.


Perjuangan melawan kesombongan merupakan perjuangan menuju kesedaran sejati. Untuk dapat melawan kesombongan dengan segala bentuknya, ada dua perubahan paradigma yang perlu kita lakukan.


Pertama, kita perlu sedar bahawa pada hakikatnya kita bukanlah makhluk fizik, tetapi makhluk spiritual. Kesejatian kita adalah spirituality, sementara tubuh fizikal hanyalah sarana untuk hidup di dunia. Kita lahir dengan tangan kosong, dan (ingat!) kita pun akan mati dengan tangan kosong. Kita yang mencorakkan fizikal.Justeru itulah adanya istilah patung bernyawa bagi mereka yang rosak spiritualnya.


Pandangan seperti ini akan membuatkan kita melihat semua makhluk dalam kesetaraan universal. Kita tidak akan lagi terkelabui oleh penampilan, label, dan segala sifat luaran lainnya. Yang kini kita lihat adalah kesan dalaman. Pandangan seperti ini akan membantu menjauhkan kita dari berbagai kesombongan atau ilusi ego.


Kedua, kita perlu menyedari bahawa apa pun perbuatan baik yang kita lakukan, semuanya itu semata-mata adalah juga demi diri kita sendiri. Kita memberikan sesuatu kepada orang lain juga demi kita sendiri. Dalam hidup ini berlaku hukum tenaga kekal . Energi yang kita berikan kepada dunia tak akan pernah habis. Energi itu akan kembali kepada kita dalam bentuk yang lain. Kebaikan yang kita lakukan pasti akan kembali kepada kita dalam bentuk persahabatan, cinta kasih, makna hidup, maupun kepuasan batin yang mendalam. Jadi, setiap perbuatan baik kepada pihak lain, kita sebenarnya sedang berbuat baik kepada diri kita sendiri.


Kalau begitu, apa yang boleh kita sombongkan?

Khamis, Jun 19, 2008

Laporan Polis Terhadap Pak Lah

Aduan dibuat terhadap :-
Dato’ Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi
Perdana Menteri Malaysia

Pendahuluan

Pada 6 Jun 2008 yang lalu, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan kenaikan harga minyak petrol sebanyak RM 0.78 seliter iaitu daripada RM 1.92 kepada RM 2.70. Manakala harga diesel dinaikkan RM 1 seliter iaitu daripada RM 1.58 kepada RM 2.58. Kenaikan petrol dan diesel masing-masing 40.6 peratus dan 63.3 peratus adalah merupakan yang tertinggi dalam sejarah negara kita.Kali terakhir kerajaan menaikkan harga petrol dan diesel ialah pada 28 Februari 2006 iaitu sebanyak 30 sen seliter. Walaupun kerajaan mengumumkan pelbagai langkah termasuk penstrukturan subsidi, pemberian rebet, pemotongan elaun keraian menteri dan lain-lain, ia gagal mengawal kesan negatif yang akhirnya memudaratkan kehidupan rakyat.

Aduan

1. Tindakan gopoh dan tergesa-gesa Perdana Menteri dan kerajaan menaikkan harga minyak walhal baru mendapat mandat semula pemerintahan menerusi pilihanraya umum kali ke 12 tidak sampai 3 bulan. Ianya bertentangan dengan manifesto yang ditawarkan kepada rakyat. Rakyat merasa tertipu, diinaya dan sangat marah dengan tindakan tidak bertanggungjawab Perdana Menteri dan Kerajaan.

2. Perdana Menteri dan Kerajaan berbohong apabila memberi jaminan harga minyak tidak akan dinaikkan dalam masa terdekat, bahkan kerajaan memaklumkan bahawa kajian semula harga minyakakan diumumkan pada Ogos yang akan datang.

3. Kenaikan harga minyak yang diumumkan oleh Perdana Menteri terlalu tinggi dan tidak boleh diterima sama sekali. Ianya akan menyebabkan harga barang dan perkhidmatan awam melambung naik. Tambang bas ekspres dan bas sekolah, kos pengangkutan, harga barang dan segala-galanya naik tanpa dapat dikawal.

4, Tindakan Perdana Menteri dan Kerajaan menimbulkan mudarat kepada keselamatan negara. Pelbagai pihak seperti parti politik, badan bukan kerajaan dan kesatuan sekerja mengadakan tunjuk perasaan dan siri perhimpunan aman di pelbagai lokasi. Rakyat menjadi takut, peniaga menjadi bimbang dan pengguna jalanraya tersekat perjalanan mereka, kesan kemarahan rakyat melalui bantahan yang ditunjukkan.

5. Tindakan Perdana Menteri dan Kerajaan mendorong para peniaga disemua sektor menaikkan harga barang sesuka hati. Agensi kerajaan yang terbabit bahagian penguatkuasaan tidak mampu membuat pemantauan. Rakyat tertekan dengan kenaikan harga barang yang cukup membebankan.

6. Tindakan Perdana Menteri dan Kerajaan akan menyebabkan ekonomi lumpuh dan kadar inflasi meningkat lebih 4 peratus. Perbelanjaan rakyat meningkat sedangkan pendapatan tidak berubah. Peruntukan kepada rakyat seperti pendidikan, kesihatan dan kemudahan asas terjejas teruk. Sesetengah golongan peniaga kehilangan pendapatan ataupun gulung tikar.

7. Tindakan Perdana Menteri dan Kerajaan menyebabkan institusi keluarga bermasalah. Rakyat perlu bekerja lebih masa atau mencari pendapatan sampingan. Masa kualiti bersama keluarga berkurangan. Gejala sosial dikalangan anak-anak pasti meningkat. Kesejahteraan hidup masyarakat akan terjejas.

8. Tindakan Perdana Menteri dan Kerajaan akan mengundang peningkatan kadar jenayah. Keselamatan hidup rakyat akan tidak terjamin. Tugas polis dan institusi keselamatan semakin sukar. Tanggungjawab membenteras jenayah semakin meningkat.

9. Tindakan Perdana Menteri dan Kerajaan akan menyebabkan pembuangan pekerja apabila ekonomi parah. Pengangguran meningkat manakala peluang pekerjaan berkurangan.

Saya mendesak agar laporan polis ini disiasat walaupun ianya melibatkan Perdana Menteri Malaysia dan tindakan segera perlu dilakukan.Sekian laporan saya.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor

Sumber :http://minda-kembara.blogspot.com/

Khamis, Jun 12, 2008

Warkah Buat Paklah

Warkah Buat Dolah-Patrick_ Badawi-KJ & Secompany.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepade pak lah kerana menaikkan rege minyak..
selepas ini apebile rege minyak naik..
rege barang yg lain akan naik..
saya akan merubah tabiat saya dari makan ikan kembung yg dah merah mate dan pecah ,perut kepade ikan kering sahaja..
saya sanggup berkorban untuk UMNO dan bn...
anak saye yg seramai 5 org itu boleh bekerje selepas waktu sekolah untuk membantu keluarga dan meneruskan tradisi menyokong UMNO dan bn
saya akan merubah bilik bilik yg ade di rumah saya untuk dijadikan tempat menternak ikan dan menanam sayur secare hidroponik.. ......... .....
saya terpakse tanam dalam bilik kerna saya dok kat umah flat..rebet yg diberikan kepade saya memang melebih dari keperluan saya...apebile saya congak.. saya hanya menggunakan 20 sen aje duit minyak moto sehari.. ade untung 21 sen saya tak pakai pon kete... sebab bile minyak naik..saya kene jual datsun kotak mancis saya.. dapat gak duit..
anak anak saya, saya akan soh eksesais setiap hari dengan berjalan kaki atau naik beskal ke sekolah.. sejauh 5 km walaupon saye berpendapatan rm 1000..ia terlebih cukup untuk keluarga saya...buat permulaan untuk merubah kehidupan saya..
saya tidak akan menggunakan gula...tak akan menggunakan tepung untuk buat jempot-jempot akan menggantikan beras ngan ubi....
setiap hari saya dan keluarga akan berpuasa (kecuali pade hari hari yg dilarang ajerk) saya akan buat minyak masak sendiri itu antara care saya merubah hidup..
ade banyak lagi care semuanya kerna UMNO dan bn...dan saya ingin meminta pak lah supaya menaikkan lagi rege minyak yg ade..bukan tu ajerk..diminta menaikkan lagi rege tol kerna org sebelah rumahsaya nih org pembangkang dia selalu ikut highway, bior padan ngan muke dia.
mungkin pak lah boleh melawat saya dan bersedekah kepade saya sehelai kain pelikat dekat-dekat pilihanraya nanti....... ...insyaallah kain pelikat itu saya akan framekan dan gantung dirumah..tapi jangan lupa.. pak lah tandatangan yerk..!
jgn lupe pak lah.naikkan lagi rege minyak.. jgn turun kan gaji menteri menteri dan tuan penasihat 25%.. saya tetap akan menyokong pak lah..akhir kata bior pak lah senang, janji kami susah.. hidup UMNO, hidup bn...sekian terima kasih..

Sumber : YahooGroups Prowaris

Rabu, Jun 11, 2008

AGAMA BUKAN CANDU UNTUK MENGKHAYALKAN ORANG MISKIN

PENULIS: DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
MUFTI KERAJAAN NEGERI PERLIS

Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27).

Saya tertarik apabila membaca membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.

Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga.

Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab:

Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).

Saya suka dengan jawapan al-Imam al-Nawawi ini. Saya tahu, selepas ini banyak forum-forum perdana, ceramah-ceramah di radio dan televesyen akan memperkatakan tentang kewajipan berjimat cermat. Maka ustaz, ustazah dan penceramah pun –atas pemintaan penaja yang membayar harga ceramah- akan bersungguh-sungguh menyuruh orang-orang bawahan untuk berjimat cermat.

Dalil-dalil pun akan dibaca. Mungkin akan ada ustazah yang mencari cerita-cerita ajaib yang baru untuk dikaitkan dengan bab jimat cermat dan jangan membazir. Mungkin akan ada penceramah yang cuba menangis-menangis –seperti seorang pelakon berjaya yang menerima anugerah- bercerita kepada makcik-makcik yang kusyuk menonton tentang azab seorang yang membazir ‘nasi lemaknya’.

Datanglah orang-orang kampung mendengar forum perdana dengan basikal atau motosikal sebagai menyahut seruan agar tidak membazir petrol. Adapun penceramah, datuk-datuk pengajur, YB-YB hanya menggunakan kenderaan mewah yang berkapasiti atas daripada 2000cc. Tujuannya untuk mengelakkan pembaziran wang kerajaan yang terpaksa dibayar kepada empunya kenderaan 2000cc ke bawah, lebih tinggi daripada 2000 ke atas.

Maka insaflah mak cik dan pak cik yang barangkali teringatkan tulang ikan yang pernah dibuangnya padahal masih ada sedikit sisa isinya yang melekat. Itulah membazir namanya. Maka, atas keinsafan dan taubat itu, mungkin ada yang akan mula mengurangkan makan nasi lemak daripada sebungkus seorang kepada sebungkus yang dikongsi bersama. Air kopinya yang memang sudah ‘ceroi’ akan ditukar kepada yang warna hitamnya antara kelihatan dan tidak. Maka selamat negara kita ini, disebabkan pakcik dan makcik, pak long dan mak long, pak lang dan mak lang di kampung sudah mengubah gaya hidup mereka.

Jika saya hadir ke forum yang seperti itu, saya ingin bertanya soalan, tapi soalan yang belum ‘dijakimkan’, “apakah agama ini dihantar oleh Allah untuk menghukum manusia bawahan dan menghalalkan yang lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan?”.

Sebelum harga minyak naik, telah sekian mereka yang berada di teratak usang itu menjimat makan dan pakai. Saban hari mereka mengira belanja untuk memboleh mereka terus hidup di kala negara dunia belum menghadapi krisis harga minyak.

Saya tidak mahu membicarakan tentang kenaikan harga minyak dari sudut perjalanan ekonomi antarabangsa. Telah banyak pakar-pakarnya bicarakan. Tapi saya ingin bincangkan tentang soal pembaziran dan jimat-cermat. Ya, memang Islam memusuhi pembaziran. Bahkan al-Quran tidak pernah mempersaudarakan antara mana-mana pembuat dosa dengan syaitan, melainkan mereka yang membazirkan.

Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya): “Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27).

Demikianlah Allah persaudarakan pembazir dengan syaitan. Kesan pembaziran sangat besar. Lihat negara kita yang kaya dengan berbagai hasil. Sepatutnya kita akan tetap kukuh dan setiap rakyat akan menikmati kekayaan ini dengan adilnya. Namun, disebabkan pembaziran, harta negara yang sepatutnya dapat dimakan puluhan tahun, tetapi surut mendadak dalam masa beberapa tahun.

Maka, yang patut mendapat bantuan dan hak, tidak cukup untuk sampai kepadanya. Barang keperluan pula bertukar menjadi mahal. Pembaziran memusnahkan kehidupan rakyat bawahan dan menghalang hak yang sepatutnya sampai kepada mereka. Maka betapa wajar untuk para pembazir itu dipersaudarakan dengan syaitan. Apatah lagi dalam banyak keadaan, pembaziran itu lahir dari keangkuhan dan kesombongan. Sifat-sifat itulah jua yang menjadi asas kepada kekufuran syaitan.

Soalannya, mengapakah apabila kita membicarakan tentang pembaziran, kita hanya terbayang orang-orang bawahan di kampung ataupun bandar. Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas. Bukan sekadar untuk ‘mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi. Mengapa kita hanya terbayang rakyat yang berada dalam rumah persendirian dan berbelanja dengan wang poketnya yang sudah lelah?

Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri?. Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh ‘orang biasa’.

Apakah patut di saat yang sebegini, ada istana atau kediaman rasmi menteri yang hendak ditambahmewahkan? Apakah patut orang-orang besar ini diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka. Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat.

Apakah dalam masa yang sebegini mereka masih mendapat peruntukan untuk bersantai, bermain golf dan ‘berhiburan’ dengan menggunakan wang rakyat bawahan yang disuruh menjimatkan nasi lemak dan air kopi mereka?. Pembaziran sebegini lebih rapat menjadi saudara syaitan dibanding wang persendirian yang dibelanjakan.

Meminjam falsafah al-Imam al-Nawawi yang saya sebutkan tadi, jika orang atasan telah benar-benar berjimat, maka wajarlah untuk dikurangkan subsidi rakyat. Al-Nawawi telah dibuang negeri kerana enggan bersekongkol dengan perkara yang seperti ini. Namun, jika itu tidak dilakukan, ulama bukan burung kakak tua.

Saya mengambil risiko menulis hal ini. Tanggungjawab di hadapan Allah lebih besar daripada segala-galanya. Para ulama dahulu jauh lebih mulia, tidak dibandingkan kedaifan saya ini. Pun mereka telah menunaikan tanggungjawab al-Amr bil Ma’ruf dan al-An-Nahy ‘an al-Munkar ini. Semoga Allah menimbang tinta para ulama dengan darah para syuhada.

Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab. Dikenali dengan ‘Am al-Ramadah kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan.

Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa ‘Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar.

Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. ‘Umar enggan makan bahkan berkata:

“Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?”. (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr).

Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu diceduk masakan itu untuk dihidangkan juga buat ‘Umar. Tiba-tiba yang diceduk itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu ‘Umar bertanya:

“Dari mana diperolehi ini?”. Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata ‘Umar: “Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa” (Ibn Sa’d, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir).

Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini.

Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos cuti itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim! Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa.

Saya kadang-kala begitu hairan apabila seseorang dianggap ‘berjiwa rakyat’, hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat?

Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai. Orang seperti ‘Umar bin al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan manusia. Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan RasulNya. Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan RasulNya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya. Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat. Beliau idola kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah.

Kenaikan harga minyak menaikkan harga barang. Orang berpendapatan rendah menjadi mangsa. Agama berperanan untuk menyedarkan semua pihak tentang tanggungjawab terhadap rakyat. Dalam keadaan begini, antara perkara pertama yang patut dibentang kepada rakyat adalah pengurusan kemasukan dan pengagihan zakat. Zakat yang mungkin sampai kepada peringkat bilion ringgit di seluruh negara mesti diagihkan secara telus dan bijaksana.

Mengapa masih ada fakir miskin yang bagaikan meminta sedekat kepada pihak yang menguruskan zakat? Mengapa program tv lebih menjumpai si miskin dibanding pihak yang menguruskan zakat? Mengapa zakat masih berbaki dengan begitu banyak setiap tahun sedangkan kemiskinan masih banyak? Mengapa pihak yang menguruskan zakat kelihatan bertambah mewah, sementara yang patut menerima hak kelihatannya bertambah letih dengan keadaan sekarang?
Di masa inilah peranan zakat bagi memastikan setiap yang memerlukan memperolehinya tanpa kerenah birokrasi yang bukan-bukan. Jangan sampai untuk mendapat RM150 si miskin berulang alik berkali-kali dengan tambang sendiri, sementara yang mendakwa amil zakat mengisi minyak kereta dengan wang zakat atas nama amil! Ramai kata kita berjaya menguruskan zakat sebab kutipan yang tinggi. Saya katakan, pengurusan yang berjaya itu bukan sahaja kutipan semata, tetapi juga pengagihan secara telus, bijaksana dan bertanggungjawab.

Dalam usaha kerajaan menangani kemelut ekonomi hari ini, perkara-perkara yang disebutkan ini mestilah dipandang serius. Kejayaan sesebuah kerajaan menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi dan disokong. Jika orang atas mengubah cara hidup, kita akan berkempen untuk semua agar mengubah cara hidup. Jika orang agama disuruh berkempen orang bawahan agar mengubah cara hidup, sementara melupai yang di atas, mereka sebenarnya cuba menjadikan agama sebagai candu agar seseorang melupai masalah yang sebenar.

Selasa, Mei 13, 2008

Fitnah Rosakkan Ukhuwah

SATU sikap yang merosakkan persaudaraan dan perpaduan umat Islam ialah ‘suka membawa mulut’, mereka-reka serta menambah cerita buruk, malah melaga-lagakan orang se hingga kisah yang pendek menjadi panjang. Ia juga disebut menabur fitnah atau ‘namimah’ iaitu men ceritakan keburukan orang di khalayak ramai dengan tujuan menimbulkan kebencian dan permusuhan terhadapnya.

Kesan daripada perbuatan itu bukan hanya merugikan seorang dua, malah menyebabkan hilangnya perasaan kasih sayang, hormat dan kepercayaan di kalangan masyarakat, sehingga runtuh segala sendi kebahagiaan hidup berma syarakat.Sikap seperti itu sangat tercela. Ia satu daripada perbuatan dosa besar yang akan mendapat ancaman seksa amat berat di hari pembalasan kelak.

Antara faktor yang menimbulkan fitnah ialah dorongan perasaan iri hati atau dengki terhadap orang lain, ditambah kekurangan iman dan tiada kefahaman mengenai larangan dan kemurkaan Allah, malah hati dan jiwa seseorang yang kotor, lemah tahap pemikirannya dan sukar menerima kebenaran.“Adapun orang yang berpenyakit dalam hati mereka, maka surah itu menambahkan kekotoran pada kekotoran yang sedia ada pada mereka; dan mereka mati, sedang mereka berkeadaan kafir.” (at-Taubah:125)

Faktor lain yang mendesak seseorang melakukan fitnah kepada saudaranya ialah kerana ingin mendapatkan kuasa, pengaruh serta kepercayaan orang terhadap diri dan dakwaannya, malah ingin menunjukkan dirinya seorang yang lebih baik daripada saudaranya itu.Islam menasihati umatnya agar melindungi rahsia saudaranya, bukan sengaja mencari kelemahan dan membuka aibnya kepada khalayak, kerana dengan tindakan itu boleh menjatuhkan maruahnya.Rasulullah s.a.w menegaskan, menyelidiki rahsia dan mem fitnah orang lain yang baik, termasuk ciri orang munafik yang mengaku beriman dengan lidahnya, sedangkan hatinya benci. Mereka di hari kiamat akan dibebani dengan dosa besar di depan Allah.

Hari ini medan menabur fitnah terlalu banyak. Dengan perkembangan teknologi, semakin mudah pula mengadakan berita palsu, fitnah dan segala celaan, dengan cepat tersebar ke seluruh ceruk rantau.Cukup dengan memasukkannya ke dalam Internet atau blog, semudah itulah manusia berbuat dosa dan semudah itu juga umat Islam boleh bersatu dan berpecah belah.

Bagi Muslim sepatutnya perlu bertanggungjawab atas apa yang ditulis, diucap dan disebar, bukannya menulis, bercakap dan menyebarkan berita mengikut sesedap hati tanpa di selidiki, kerana semua itu akan ditanya Allah.“Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak ketahui; sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan ditanya apa yang dilakukan.” (al-Isra:36)

Orang yang menyebarkan fitnah nanti di dalam kubur akan diseksa Allah. Perkara ini dapat dibuktikan melalui kisah yang diceritakan Rasulullah s.a.w. Suatu ketika Rasulullah s.a.w melalui dua kubur lalu baginda bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya penghuni dua kubur ini diseksa. Keduanya tidak diseksa kerana dosa besar. Adapun seorang daripadanya tidak bersuci daripada kencingnya dan yang satu lagi suka memfitnah.Kemudian Rasulullah s.a.w mengambil pelepah kurma yang basah dan memotong dua, lalu dipacakkan pada kedua-dua kubur terbabit sambil berdoa: “Semoga Allah meringankan seksaan atas keduanya.”Allah tidak membenarkan perkara keji, berita palsu berkembang dalam masyarakat Islam, lebih-lebih lagi jika ia membabitkan kehormatan dan maruah seseorang.Orang yang suka mengadu domba tidak akan masuk syurga, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba.”

Sebagai Muslim, sepatutnya masing-masing menghayati pengertian terhadap ‘Islam’ yang dianuti dan dijadikan cara hidup, iaitu kesejahteraan.Agama kesejahteraan bukan hanya menjamin kesejahteraan kepada diri sendiri, malah ia juga memberikan kesejahteraan kepada orang lain, dengan tidak mengata terhadap saudara seagama, tidak menyakiti mereka dan tidak mencabuli hak mereka.Perbuatan menabur fitnah sebenarnya lebih kejam daripada membunuh, kerana kesan kerosakannya lebih teruk. Jika dengan membunuh, walaupun ia tetap salah, tetapi mang sanya mungkin seorang, tetapi dengan fitnah mungkin mengakibatkan ramai orang dan kesannya berentetan sehingga bertahun-tahun.

Pada zaman nabi dulu pernah berlaku peristiwa fitnah, sebagaimana dialami isteri baginda, Saidatina Aisyah r.a. Beliau dituduh melakukan perbuatan keji dengan Safwan bin al-Ma’athal selepas perang umat Islam dengan Bani Mush thalaq pada tahun kelima hijrah.Akibat kejadian itu, lebih sebulan Aisyah sakit dan di asingkan Rasulullah sehingga turun ayat yang menegaskan kesucian beliau.“Sesungguhnya orang yang membawa berita dusta itu golongan daripada kalangan kamu; jangan kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang antara mereka akan beroleh hu kuman sepadan dengan kesalahan dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat).“Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang yang beriman lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri mereka sendiri, dan sepatutnya mereka berkata: Ini ialah tuduhan dusta yang nyata. “Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat saksi itu, maka mereka itu pada sisi hukum Allah adalah orang yang dusta. “Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab seksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu. “Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai penge tahuan mengenainya; dan kamu pula menyangka perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya. “Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: Tidakkah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau (ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)! Ini adalah satu dusta besar yang mencengangkan. “Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini lamanya, jika betul kamu orang yang beriman. “Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukum-Nya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. “Sesungguhnya orang yang suka menghebah tuduhan yang buruk di kalangan orang yang beriman, bagi mereka azab yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui. “Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, dan sesungguhnya Allah amat melimpah belas kasihan-Nya.” (an-Nur: 11-20)

Melalui keterangan itu jelas kepada umat Islam, apabila menerima sesuatu berita hendaklah terlebih dulu diselidiki, lebih-lebih lagi berita yang menyentuh kehormatan se seorang, kerana mungkin dengan penyelidikan itu dapat mengetahui lebih jelas perkara terbabit, sama ada benar atau palsu. “Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang yang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan suatu mu sibah kepada kaum dengan sebab kejahilan kamu sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan.” (al-Hujuraat:6)

Rabu, Mei 07, 2008

Cium dan sayangi anak-anak

Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.

Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;"Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi. "Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orangyang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anaklelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? "Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Selasa, April 29, 2008

NAFKAH BATIN: BUKAN HANYA KEPERLUAN SEKS

Tidak semua wanita yang tidak mahu berkahwin itu terlalu memilih suami yang berpangkat dan bergaji besar. Ada juga dikalangan mereka yang bercita-cita ingin mencari lelaki yang berilmu dan beramal diatas segala apa yang telah diperintahkan oleh Allah swt.

Oleh itu mereka terpaksa bertangguh untuk mendirikan rumahtangga dan untuk mencari seorang lelaki yang beramal soleh di akhir zaman ini ibarat payahnya mencari sebutir mutiara asli. Sebabnya, ramai suami dewasa ini mencuaikan tanggungjawabnya di dalam mendidik ahli keluarganya malah tugas itu diserahkan sepenuhnya kepada isteri dan guru sahaja.

Kita percaya hampir ke semua suami berjaya menunaikan tanggungjawabnya di dalam memberi nafkah zahir (seperti makan, minum, pakaian dan tempat tinggal) kepada ahli keluarganya. Tetapi bagaimana pula dengan tuntutan nafkah batin? Rata-rata masyarakat sekarang memahami bahawa tuntutan nafkah batin itu sekadar untuk melepaskan keperluan seks melalui jalan yang sah dan tidak lebih dari itu.

Bila sesempit itu pandangan mereka, maka timbullah berbagai masalah di dalam rumahtangga. Contohnya, ahli keluarga tidak pandai bersembahyang, tidak pandai mengaji Al Quran, cuai berpuasa dan tidak tahu hukum halal dan haram. Isteri dan anak-anak hidup terbiar tanpa asuhan dan didikkan Islam yang sewajarnya.

Nabi saw telah mengingatkan para suami dengan sabdanya yang bermaksud:

"Takutlah kepada Allah dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang berada di sampingmu; barangsiapa tidak memerintahkan sembahyang kepada isterinya dan tidak mengajarkan> agama kepadanya, maka ia telah berkhianat kepada Allah dan Rasul-Nya."

Menunaikan nafkah batin bererti mengajar isteri dan anak-anak dengan ilmu serta didikan agama yang sempurna sehingga terbentuknya sebuah keluarga yang dianggotai oleh mereka yang soleh dan solehah. Barangsiapa yang cuai atau lari daripada tanggungjawab ini bererti dia telah menempah jalan ke neraka. Nabi saw pernah bercerita menerusi sabdanya yang bermaksud:

"Tidak ada seseorang yang menjumpai Allah swt dengan membawa dosa yang> lebih besar daripada seorang suami yang membodohkan ahli keluarganya."

Apakah ilmu-ilmu dan didikan yang mesti diajarkan oleh seorang suami kepada ahli keluarga? Setiap suami bertanggungjawab mengajar anak isterinya ilmu-ilmu fardhu ain iaitu tauhid, fekah dan tasauf. tujuan mempelajari ilmu tauhid supaya aqidah mereka bertepatan dengan fahaman ahli sunnah wal jamaah. Contohnya, mempelajari sifat yang wajib, mustahil dan harus bagi Allah dan Rasul. Mempercayai rukun-rukun Iman dan rukun-rukun Islam. Kita diwajibkan mempelajari ilmu fekah sebagaimana penekanan Allah menerusi firmannya bermaksud: "Ketahuilah! Bahawa dianjurkan bagi seorang suami memerintahkan> isterinya (dan mengingatkannya dengan nada yang lembut) dan menafkahinya menurut kadar kemampuannya dan berlaku tabah (jika disakiti oleh isterinya) dan bersikap halus kepadanya dan mengarahkannya ke jalan yang baik dan mengajarnya akan hukum-hukum agama yang perlu diketahui olehnya iaitu hukum bersuci, haid dan ibadah-ibadah (yang wajib dan sunat)." Justeru itu, suami mesti mengajarkan isterinya cara-cara mandi hadas dan berwuduk serta masalah haid, nifas dan wiladah. Juga mengenai cara-cara menyucikan najis serta pembahagian air yang wajib untuk dibuat bersuci, hukum halal dan haram serta banyak lagi.

Tujuan mempelajari ilmu tasauf pula supaya setiap amalan yang dilaksanakan itu benar-benar ikhlas dan dijauhkan daripada bersifat riyak, ujub (hairan kepada diri sendiri) sombong dan lain-lain lagi. Selain daripada perkara-perkara asas tersebut suami juga bertanggungjawab mendidik isteri, berakhlak mulia terhadapnya dan terhadap anak-anak, ibubapa, sesama isterinya sekiranya ada, rakan-rakan, jiran tetangga serta masyarakat. Suami perlu memberitahu isteri tentang adab seorang isteri bersopan santun dalam segala percakapan dan tindakannya. Juga tentang akhlak semasa bersama anak-anak iaitu berbual dengan mereka dengan bahasa yang baik dan jangan suka memaki-hamun mereka dengan bahasa yang kesat. Kerana sesungguhnya kata-kata ibu itu mengandungi doa; jika tercetus dari mulut ibu kata-kata seumpama "Beruk punya anak" maka lahirlah watak beruk pada si anak yang sukar untuk dilentur perangainya.

Ajarkan juga isteri supaya menghormati dan beradap sopan ketika berhadapan dengan ibubapa dan mertuanya. Memuliakan keluarga suami lebih daripada yang lain. Sentiasa memberi nasihat kepada isteri jika ia suka mengumpat, berleter atau memfitnah jiran tetangganya. Ingatkan isteri supaya jangan suka menceritakan keburukan dan kelemahan suami kepada orang lain. Selalu ingatkan isteri supaya banyak bersabar dalam menempuh segala ujian dan perintah-perintah Allah swt. Ajarkannya batas-batas aurat dan batas-batas pergaulan seorang wanita. Pastikan auratnya terkawal ketika pergaulan dengan sanak saudara, sahabat-sahabat perempuan, dan ketika berhadapan dengan lelaki yang bukan muhramnya. Dan supaya isteri tidak keluar rumah tanpa izin daripada suami.

Isteri yang berjaya dididik dengan baik akan menjadi insan yang patuh kepada Allah dan taat pada suaminya dikala susah mahupun senang. Dia akan menjadi insan yang sentiasa menjadi pendorong serta penasihat kepada suami dalam hal-hal kebaikan, malah sentiasa mendoakan keselamatan ke atas suaminya pada setiap waktu. Kesimpulannya, inilah sebahagian daripada tanggungjawab suami dalam menunaikan nafkah batin kepada isteri. Kiranya suami jahil dan tidak mampu untuk mengajar isteri dan anak-anak, dia wajib berusaha mencari guru yang mampu mengajar. Semoga dirinya dan ahli keluarganya terselamat daripada seksa di akhirat kelak. Ibnu Abbas pernah berkata: :"Berilah pengertian agama kepada mereka (ahli keluarga) dan berilah pelajaran budi pekerti yang bagus kepada mereka."

Kebenaran tetap ada walau dalam kesamaran

Isnin, April 28, 2008

Kenalilah Jenis Tudungmu...

Perbahasan berkenaan sama ada tudung muslimah itu patut labuh atau berbentuk tiga segi hanyalah skop yang kecil berbanding bagaimana cara penutupan aurat itu seharusnya diimplikasi secara keseluruhannya supaya menepati roh syariat yang sebenar.

Oleh itu wahai kekasihku terdiri daripada kaum ibu, adik-adik, kakak, isteri dan kekasih serta kawan-kawan marilah sama-sama memerhatikan beberapa gelaran jenis tudung yang boleh dilihat dalam realiti masyarakat hari ini yang perlu diperbetulkan oleh kalangan kaum hawa (dipetik daripada laman web ibnyusof.blogspot. com):-

1.Tudung ' Mickey Mouse'
-Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga.Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher.

2.Tudung Lilit
-Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja.Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.

3.Tudung 'See Through'
-Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat,kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap.Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.

4.Tudung Jambul
-Pemakaian jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta.

5.Tudung 'Singlet'
-Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum.Tiada kelongaran hukum tentang penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.

6.Tudung Saji
-Sekejap pakai,sekejap tidak.Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher.

Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi.

Inilah serba sedikit pemakaian tudung yang kurang sempurna dan perlu diperbetulkan bagi menepati roh syariat yang sebenar sekaligus menggapai hikmah disebalik penetapan kewajiban menutup aurat. Sesungguhnya Rasulullah telah bersabda :

"Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakain namun (hakikatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti pundak unta. Kutuklah mereka karena sebenarnya mereka adalah kaum wanita yang terkutuk."(At- Thabrani Al-Mujamusshaghir : 232)

Selain itu kata laman web terbabit ada juga muslimah bertudung di kalangan kita yang memakai seluar jeans dan sebagainya sehingga menampakkan susuk tubuh mereka dan alasan kepada pemakaian tersebut tidak lebih hanya sekadar untuk menjalani rutin harian.

"Inilah kejayaan musuh Islam apabila perkara ini ummat Islam menganggapnya sesuatu perkara yang biasa dan remeh dalam masyarakat.Perkara yang dianggap biasa ini menular dalam pemikiran masyarakat sehingga konsep penutupan aurat yang sempurna itu dicabuli dengan mudah," kata laman ibnyusof.blogspot. com

Semoga kaum hawa tidak lupa kepada Firman Allah yang jelas:-

"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.Dan hendaklah mereka menutupkan Al-Khimar kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka..."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...