Salam..
28 Disember 2008 - 30 Disember 2008 aku bawak family pergi berehat di Cameron Highland. Mula2 rancang nak ke Bukit Merah Laketown Resort. Tapi memandangkan tarikh yang sama, kawan baik aku kawin di Kuala Lipis so, aku adjust la ke Cameron Highland. Yelah dari Lipis ke Cameron tu dekat la sikit kalau nak dibandingkan dengan Lipis ke Bukit Merah.
Aku start gerak dari rumah pengantin di Kg Aur Gading, Kuala Lipis jam 2.30 petang. First time aku pergi kampung dia ni. Dari main road nak masuk 12km. Mak aih.. Macam jungle tracking la pulak. Kena tempuh hutan baru jumpa kampung. Ambik masa dekat sejam gak. Itu ok la. Dengan keadaan jalan yg mmg adventure yang mana kalau berselisih nak kena bergaduh la dulu.
Yang aku nak citer ni bila nak naik Cameron Highland ni. Masuk ikut Blue Valley dari Gua Musang. Sampai kat simpang tiga (antara Gua Musang & Simpang Pulai) pukul 5.30 petang. Pelan2 naik dan ngam2 sampai kat area Rose Valley, 12km ke Tanah Rata jem pun dah start. Masa tu aku jeling jam pukul 5.55 ptg. Dari KM12 - KM9 aku tak set la brp masa yg diambil. Tp start KM 9 - KM6 dengan hati yang dah panas, tgk org berlumba-lumba potong Q lagi aku pun mula la set timing. KM9-KM8 46min26saat. KM8-KM7 20min43saat. KM7-KM6 25min6saat. Lepas tu hati dah panas. Tgk lori pun selamba je potong Q, dengan perut yg dah lapar, aku pun ambik keputusan utk potong Q gak. Lantak lah. Sampai kat Tanah Rata, ngam2 pukul 9.30mlm. Alhamdulillah dah niat utk buat jamak takhir. Punya la ramai org kat sini. Semua kedai makan penuh. Wife aku pegi la KFC.. Dengan dukacitanya dimaklumkan semua stok ayam dah habis. Lori tak sampai2 sebab jem. Huhuhuhu..
Kesimpulannya, jem yg paling hampas tu adalah disebabkan oleh pasar malam tepi jalan di Brinchang. Kat situ org slow pasal ada pasar malam, kesannya, jem panjang berjela-jela. Ada kete yang berasap dan macam2 lagi la. Yang berenti tak sanggup nak teruskan perjalanan byk gak. Ada darah tinggi kot diorang ni. Jadi pada Majlis Daerah Cameron Highlands, tolong la ambil action. Disebabkan hal macam ni, serik orang nak dtg Cameron Highland lagi. Alih la pasar malam tu ke tempat sesuai.
Saya ke CH dr 26/12-28/12. Duduk di Tanah rata. tak kemana2 sbb jam jugak. Bayangkan nak ke Brinchang yg cuma 5km tu hampir 1/2 jam. Disamping jam yg teruk, CH juga kotor. Sampah merata2 terutama sekali di Tanah Rata yg merupakan kawasan utama yg bnnyak jabatan kerajaan. kalau Brinchang tu jgn cakaplah. Agak2nya Majlis Tempatan CH tak keluar rumah kot, itu yg tak nampak sampah merata2 dan jamnya kalahkan KL. Malu dgn pelancung luar negara.
BalasPadamMana gambornye misai...? bini aku nak tengok la....
BalasPadamFeq,
BalasPadamBini ko tak percaya ke ko gi Lipis. Tulah.. ko jgn la buat hal yg boleh kurangkan kepercayaan dia kat ko. Gambar kat blog aku lagi satu http://azwandengkil1.blogspot.com
wan,
BalasPadammasa akak p bulan 5 hari tu tersangkut ada tanah runtuh, seram la naik CH skrg, tebing2 tepi jalan nmpk tak stabil..tapi bila dah smpi atas syok pulak..hihi
Salam Ziarah,
BalasPadamBukan ada apapun kat pasar malam berichang tu...tapi dah majoriti cina berniaga mana berani depa nak kacau bro...;
lagi satu kalau tuan nak naik CH tanpa jem dinasihatkan naik jam lapan malam...insya Allah dalam masa dua jam tuan akan sampai tanpa hati yang panas
dan insya Allah lauk pauk di kedai makan masih ada untuk tuan makan sekeluarga..
hehehe!