Salam..
Semalam dan hari ni, ahli2 yg subscribe dengan Sahabat Interaktif Malaysia dibanjiri dengan email2 dengan topik "Email SIM mengganggu saya". Memula aku baca rasa nak tergelak pun ada. Macam2 perangai orang kita ni. Dari dulu lagi sebenarnya topik2 seumpama ni dah dibangkitkan. Tapi masih ada lagi yang tak paham2. Guna internet dah bertahun-tahun. Malas la aku nak ajar kat sini.
Berkenaan dengan ratusan email yg tiap2 hari masuk dalam inbox sampat tak larat nak baca satu2 pun jadi isu. Takde sapa pun yg paksa suruh baca satu persatu email yg masuk tu. Jadi apa yg kecoh sangat. Tak paham..memang sangat tak paham. Ingat makin canggih teknologi makin bijak. Tapi sayang, sebaliknya la pulak. Apa pun utk pengunjung blog ini khususnya yg dtg dari SIM aku dah buat satu undian utk menyatakan pendapat anda ttg email yg anda terima dari SIM. Harap dapat lah memberikan undian. Pada yg masih tak paham2 tu.. Lu pikirlah sendiri.. Assalamualaikum..
kdg2 tu Azwan ada yang saja nak bikin havoc....
BalasPadamtapi saya pun ada kemusykilan juga, knp ada email yang dihantar member group tak siarkan. Sampai sekarangpun tgk masih ada komen & komplen emails depa tak disiarkan.
bukan apa.. kami buat bisnes.. tak tau macamana termasuk dalam senari sim.. Kalau dah tetiba lebih dari 100 email tak ke pening.. bukan soal baca atau tidak.. masalah nak semak mana satu client and mana satu spam..
BalasPadamHehe...manusia adakalanya hilang pertimbangan untuk sementara. Tapi sekiranya mereka bertenang tentu takkan jadi mcm tu.
BalasPadammanusia ni kan pelik. Teknologi dah senang, nak lagi senang. Dah ada teknologi receive newsletter pakai digest, tak pakai. Pastu inbox penuh merungut. Unsubscribe ajelah, SIM pun x perlukan org2 mcm tu.
BalasPadamApa pun SIM mmg best :D
salam en azwan. sesetengah orang guna pop3, sambung ke emel ofis. jadi bila ratus2 masuk sehari dalam emel ofis, pening jugaklah dia nak baca atau delete satu2.
BalasPadamuntuk pengetahuan puan sherrina, untuk ubah setting yahoogroup, seseorang kena masuk website mygroup. kalau dia lupa password yahoo, atau takde akaun yahoo, jadi susah sikit nak buat. bukan semua orang guna yahoomail.
Lagi pun saya rasa masalah ni datang dari usaha moderator yang promote semua orang join yahoogroup dia. Kalau dia invite, masalah ni tak akan timbul sebab persetujuan diperlukan untuk join atau tidak.
Salam...
BalasPadamMasalahnya yahoogroups main add orang mudah2 tu yang orang bengang. Dia join kerana terpaksa dan dipaksa tanpa rela.. tulah jadinya.
Banyak yahoogroups wat camtu... Orang yang tak biasa ngan groups benganglah tetiba berlambak e.mail...
Azwan moderator SIM ke???
Salam...
BalasPadamHehe. Tak pelikpun saudara Wan... memang bosan kalau beratus sehari dan bukan kehendak kita. Ada kawan saya... dah 5 kali dia unsub pastu tetiba disub balik tanpa kerelaan dia... Penat wooo kena unsub sub unsub sub...
Banyak lagi kerja lain nak buat, dari dok unsub sub groups je... Kepada moerator mana-mana groups janganlah add ahli... kalau rajin sangat invitelah. Bila invite kita ada pilihan nak tolak atau terima. Bila di add itu sudah paksa orang namanya...
Oklah... itu yang saya nampak. jangan kerana nak ramai ahli kita paksa orang join. Tgk groups yang tidak memaksa orang... tak berlakupun macam ni.
Salam Anon,
BalasPadamSaya rasa ketiga-tiga diatas adalah org yang sama. Saya bukan moderator SIM. Tapi saya kenal dengan moderator SIM. Insya Allah, saya akan forwardkan apa disampaikan. Terima kasih atas info.
Salam...
BalasPadamUntuk pengetahuan semua... yahoo memberi ruang mod add 100 e.mail sehari, dan banyak groups melakukannya agar ahli naik dengan mendadak...
Oleh kerana ramai mod yahoogroups telah menyalahi etika ini, maka yahoo menarik semula kemudahan ini dengan hanya menghadkan 10 orang sahaja sehari, mana-mama mod yang mudah2 meng add itu, dah takde lagi peluang besar...
Tak lah berlaku kenaikan mendadak. Kalau tak percaya cuba cek dan lihat perkembangan sesuatu yahoogroups tersebut.
Makluman sahaja.
Salam en Azwan (pengerusi sementara).
BalasPadamSaya ingin buat bantahan..
Saya dan pengkomen yang ke5 adalah sama. Saya tak ada kena mengena dengan pengkomen ke6 dan ke7.
sekian terima kasih.
Salam Azwan...
BalasPadamSaya telah lama menjadi pemerhati didalam SIM... banyak kemusykilan...
Teluskah SIM?
Terbaru sekali SIM nak buat kutipan sumbangan kununnya untuk dihadiahkan pada "moderator" SIM...
Boleh jelaskan dengan bukti yang kukuh bahawa SIM mempunyai lebih dari 5 orang Moderator?
Saya musykil...sepengetahuan saya, SIM hanya ada seorang Moderator sahaja iaitu soekre...
Siapa lagi selain soekre?
Ada pencerahan untuk itu?
-pemerhati
Hi..
BalasPadamSebenarnya saya ada buat komen di yahoogroups sim pasal... Sumbangan untuk moderator tapi tak keluar.
Pada saya, adalah tidak wajar... kerana kita tahu SIM berkonsepkan bisnes... Untuk iklanpun berbayar... (sayapun pernah bayar iklan hehe ), dan ada banyak lagi bisnes mangkuktingkat dan lain-lain.
Rasa lebih manis kalau digunakan duit tersebut sebagai menghargai jasa baik moderator yang bertugas.
Sekadar pandangan.
Tq