Khamis, Jun 28, 2012
Kami Sudah Berpindah
Assalamualaikum WBT,
Sukacita dimaklumkan bahawa kami sudah berpindah ke azwandengkil.com
Segala catatan terbaru akan dicatat di azwandengkil.com
Namun begitu blog ini akan dibiarkan begini sahaja buat masa ini.
Jadi, marilah jemput ke rumah baru saya di azwandengkil.com
Akan bersiaran di rumah baru tidak lama lagi.
Assalamualaikum WBT,
Alhamdulillah. Kunci rumah dah dapat. Sekarang tengah berkemas-kemas dan nak bawak semua yang ada ke dalam rumah baru. InsyaAllah sedikit masa saja lagi, Catatan Dari Dengkil akan bersiaran dirumah sendiri di http://azwandengkil.com . Kita berjumpa disana nanti insyaAllah.
Rabu, Jun 27, 2012
Kembara Amal 4X4 Kelab D'Harung - Hari Ketiga
Assalamualaikum WBT,
Masuk hari ketiga kembara kami. Setelah selesai solat subuh berjemaah, ada yang mengambil kesempatan untuk tidur semula sementara menunggu sarapan disiapkan. Setelah selesai membersihkan diri masing-masing dengan kedinginan yang mencengkam, kami bersarapan dan terus berkemas-kemas untuk pulang.
Selesai berkemas-kemas satu sessi penyerahan alat-alat bantuan mengajar dan belajar berlangsung di dewan Kg.Bersah. 2 orang tenaga pengajar hadir dan mengucapkan berbanyak terima kasih atas sumbangan yang diberikan.
Dan Kg.Bersah merupakan kampung yang ke-4 untuk penyerahan sumbangan barangan keperluan. Seramai 27 buah keluarga menerima sumbangan dan selebihnya kami serahkan pada Tok Batin Kg.Bersah Pak Adu yang telah melayan kami dengan sangat baik.
Sebelum bertolak pulang dari Pos Kuala Mu kami bergambar kenangan beramai-ramai. Ternyata kehadiran kami sangat dialu-alukan oleh mereka walaupun ada lagi segelintir masyarakat orang asli disini tidak mahu menerima tetamu dari luar.
Dalam perjalanan pulang kami melalui kembali kampung tempat kami berhenti untuk solat subuh semalam, ada Bangla jual aiskrim disitu. Mengambil keputusan untuk berhenti kerana melihat ada kanak-kanak orang asli berdekatan dan membelanja mereka makan aiskrim yang mana kami pun ingin sama.
Kami juga sempat singgah disebuah anak sungai yang mengeluarkan air panas yang belum lagi diteroka oleh masyarakat luar.
Sampai di Ipoh kami singgah di Restoran Mee Rebus Ramli mengisi perut sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Dengkil dan kami tiba di Masjid As-Shariff tempat kami dilepaskan tepat pada waktu maghrib. Begitulah Kembara Amal kami sepanjang 3 hari. Kami sangat berpuashati kerana dapat menyampaikan bantuan yang kami terima dari tuan/puan penyumbang yang budiman. Seluruh masyarakat orang asli di Pos Kuala Mu, Sg.Siput, Perak, menyampaikan salam dan berterima kasih kepada tuan/puan semua. InsyaAllah pada kembara akan datang akan kami war-warkan lagi untuk memberi peluang kepada tuan/puan yang terlepas peluang menghulurkan sumbangan untuk memberi sumbangan semua.
Terima kasih daun keladi,
Lain kali boleh menyumbang lagi.
Selasa, Jun 26, 2012
Kembara Amal 4X4 Kelab D'Harung - Hari Kedua (CakRaya)
Assalamualaikum WBT,
Selesai memuatkan juadah untuk 'CakRaya' (makan besar) atau kenduri ke dalam kenderaan kami bergerak ke Kg.Kuala Mu untuk menjamu seluruh penduduk di Pos Kuala Mu. Tiba saja kami dihadapan rumah penghulu Pos Kuala Mu, kanak-kanak terus saja menyerbu kami.
'Cakraya' atau makan besar adalah upacara memberi makan kepada masyarakat orang asli secara beramai-ramai. Mereka akan keluar dari rumah masing-masing membawa 'ayan' (pinggan) dan membawa pulang makanan yang diagihkan untuk dimakan dirumah masing-masing. Berbagai kerenah dapat dilihat dan berikut antara gambar yang telah dirakam.
Pengagihan bermula |
Alhamdulillah |
Berbaris panjang |
Semakin ramai |
Kecerian terpancar |
Yang muda pun turut ceria |
Periuk nasi yang kedua |
Kepuasan terpancar diwajah kami |
Gambar penuh perjalanan Hari Kedua boleh dilihat DISINI
Bersambung di catatan seterusnya .....
Kembara Amal 4X4 Kelab D'Harung - Hari Kedua (Agihan Sumbangan)
Assalamualaikum WBT,
Selesai membersihkan diri peserta konvoi meneruskan tugas masing-masing. Sebahagian menyediakan juadah untuk 'Cakraya' (makan besar) menjamu seluruh penduduk di Pos Kuala Mu. Menunya sangat mudah. Nasi putih, ayam goreng dan ayam masak kari. 50 ekor ayam diperlukan untuk 'Cakraya'.
Sebahagian yang pula termasuk saya sendiri membawa barang-barang keperluan harian yang siap dibungkus semula untuk diagihkan kepada 3 buah kampung terlebih dahulu. Kami pergi ke Kg.Gapeh yang mempunyai bilangan rumah terbesar di Pos Kuala Mu dengan bilangan 43 buah keluarga.
Selesai di Kg.Gapeh, kami menyampaikan pula sumbangan bagi pihak tuan/puan di Kg.Kuala Mu yang mempunyai bilangan ketua keluarga seramai 24 orang.
Seterusnya kami ke Kg.Toh yang mempunyai 19 buah keluarga. Disamping menyampaikan sumbangan kami turut menjemput mereka semua bagi menghadiri 'Cakraya' yang akan kami buat jam 9.00 malam di Kg.Kuala Mu.
Sebanyak 120 bungkus barangan keperluan yang dapat kami sediakan hasil sumbangan tuan/puan semua. Setiap bungkusan mengandungi 2kg beras, 1kg gula, 1 peket garam, 1 peket minyak masak, kopi dan teh.
Selesai menyampaikan bantuan di 3 buah kampung kami balik semula di Kg.Bersah tempat kami berehat serta bersiap-siap untuk solat jamak maghrib dan isyak. Sementara menunggu persiapan untuk 'Cakraya' selesai, kami dijamu dengan hidangan Ubi Jaga goreng dan air kopi yang disediakan oleh isteri tok batin yang kami panggil Ummi.
Ummi turut sama membantu kami menggoreng ayam untuk 'Cakraya'
Bersambung di catatan seterusnya .....
Kembara Amal 4X4 Kelab D'Harung - Hari Kedua
Assalamualaikum WBT,
Melepasi tol Ipoh kami bergerak menuju Chemor. Tiba di stesyen minyak Esso di Chemor kami memenuhkan untuk kami memenuhkan kembali tangki pada jam 2.35 pagi. Sangat meriah stesyen minyak ini disinari cahaya lampu tapi sayangnya kedai serbanekanya tidak dibuka.
Sebelum memulakan kembara melalui off-road, kami singgah dulu untuk 'bersarapan' seawal jam 3.15 pagi di sebuah restoran tomyam di Sg.Siput sambil melayan perlawanan antara Greece dan Germany.
Selesai 'bersarapan' kami terus memulakan perjalanan off-road kami membelah keheningan pagi menuju perkampungan orang asli Perjek dan tiba lebih kurang jam 5.15 pagi. Selesai solat subuh kami bermesyuarat untuk merangka aktiviti yang akan diatur sebelum meneruskan perjalanan.
Melepasi tol Ipoh kami bergerak menuju Chemor. Tiba di stesyen minyak Esso di Chemor kami memenuhkan untuk kami memenuhkan kembali tangki pada jam 2.35 pagi. Sangat meriah stesyen minyak ini disinari cahaya lampu tapi sayangnya kedai serbanekanya tidak dibuka.
Sebelum memulakan kembara melalui off-road, kami singgah dulu untuk 'bersarapan' seawal jam 3.15 pagi di sebuah restoran tomyam di Sg.Siput sambil melayan perlawanan antara Greece dan Germany.
Selesai 'bersarapan' kami terus memulakan perjalanan off-road kami membelah keheningan pagi menuju perkampungan orang asli Perjek dan tiba lebih kurang jam 5.15 pagi. Selesai solat subuh kami bermesyuarat untuk merangka aktiviti yang akan diatur sebelum meneruskan perjalanan.
Kemudian, Presiden D'Harung mengetuai aktiviti konvoi untuk memulakan perjalanan off-road yang dijangka lebih mencabar. Selesai mengurangkan tekanan angin dalam tayar kami pun memulakan perjalanan untuk menuju terus ke Pos Kuala Mu. Anggaran waktu awal yang ditetapkan untuk sampai lebih kurang 4 jam. Namun keadaan jalan yang agak selesa menjadikan waktu perjalanan kami lebih cepat.
Disebabkan hujan yang tidak turun sudah agak lama, disamping pihak askar sedang menambahbaik keadaan jalan laluan yang kami jangka sukar menjadi mudah. Halangan kami hanya debu. Kami hanya mengambil masa 1 jam sahaja untuk sampai ke Pos Kuala Mu dari Perjek. Bermakna kurang 2 jam perjalanan off-road kami dari permulaan pos kawalan selepas habis jalan berturap. Untuk rekod, kebiasannya perjalanan mengambil masa 6-7 jam dan pernah mencapai 12 jam.
Kami sampai ke tempat yang dituju jam 8.45 pagi. Tidak dijangka begini awal kami tiba dan ini memberi kami peluang untuk berehat setelah semalaman kami tidak tidur berkonvoi. Suasana persekitaran yang sangat mendamaikan tok batin menyambut kami dengan senyuman lebar.
Setelah melepaskan lelah, kami menurunkan barang-barang yang disumbangkan oleh tuan/puan yang budiman untuk kami packing semula. Kanak-kanak orang asli turut ceria meringankan tulang membantu kami menurunkan semua barang-barang.
Habuannya, kanak-kanak ini diberi hadiah biskut wafer. Sungguh gembira mereka kerana jarang sangat mereka makan makanan ringan kerana tiada satu kedai pun yang terdapat disini. Setelah menerima habuan masing-masing, tangan ditadah dan mereka ramai membaca doa sebelum makan.
Peserta kembara pun masing menjalankan tugas masing-masing. Sebahagiannya memasak, sebahagian melayan kanak-kanak dan mengajar mereka, sebahagian lagi pula membungkus barang-barang keperluan harian yang dibawa untuk diagihkan-agihkan kepada 113 keluarga yang terdapat di 4 buah kampung di seluruh Pos Kuala Mu.
Selesai makan tengahhari dan solat jamak zohor dan asar kami semua turun ke sungai yang dingin bagi membersihkan badan masing-masing yang pada perkiraan saya lebih 18 jam badan masing-masing tidak disentuh air kecuali wudhuk.
Bersambung di catatan seterusnya .....
Isnin, Jun 25, 2012
Kembara Amal 4X4 Kelab D'harung - Hari Pertama
Assalamualaikum WBT,
Setelah semua barang dimuatkan kedalam kenderaan masing-masing bermula selepas solat Asar, tepat jam 8.00 malam kenderaan pacuan empat roda (4WD) dari Kelab D'harung mula tiba di perkarangan Masjid As-Shariff, Kg. Dato Ahmad Razali Dengkil satu demi satu. Namun yang paling awal tiba ialah 2 buah BMW RT1200 marshall perjalanan kami untuk acara pelepasan dan salah satunya milik rakan blogger Kang Latep.
Selesai solat fardhu isyak kami berkumpul untuk mendengar sedikit pesanan dari Nazir masjid Tuan Hj Mohd Ansor Bin Sarmidi (mantan Penghulu Mukim Dengkil). Selepas itu Imam 1 masjid Tuan Hj Ishak Bin Jamil memimpin bacaan doa agar perjalanan kami ini dipermudahkan oleh Allah SWT.
Selesai bacaan doa, kami bergambar beramai-ramai bersama sebahagian pegawai dan AJK Masjid As-Shariff sebelum Nazir masjid melepaskan konvoi kami.
Dengan diiringi marshall, konvoi bergerak untuk menunggu beberapa peserta yang belum tiba sambil mengisi perut di Lan Corner, Pekan Dengkil.
Setelah tiba semua peserta kembara, kami mula bergerak menuju ke Sg.Siput keluar melalui tol Putrajaya dan tiba di tol Ipoh pada jam 2.05 pagi.
Gambar penuh untuk hari pertama boleh lihat DISINI
Bersambung hari kedua...
Kembara Amal 4X4 Kelab D'Harung
Assalamualaikum WBT,
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT xpdc Kembara Amal 4X4 Kelab D'Harung bagi menghantar bantuan barang keperluan harian serta alatan mengajar dan belajar di Pos Kuala Mu, Sg.Siput, Perak telah berjaya dilaksanakan pada 22 - 24 Jun 2012. Xpdc ini adalah anjuran bersama antara Kelab D'Harung dan Biro Pemuda, Masjid As-Shariff, Kg.Dato Ahmad Razali, Dengkil.
6 buah kenderan pacuan empat roda (4WD) dari Kelab D'Harung Dengkil dengan 22 orang peserta yang terlibat dalam xpdc kali ini. Hasil sumbangan syarikat dan orang ramai kami telah berjaya mengumpulkan sumbangan wang tunai sebanyak RM 7,350.00, beras sebanyak 60kg, alat2 tulis, alat bantuan mengajar, pakaian, sabun, buku-buku dan cenderamata.
Antara barang sumbangan yang dibawa ke Kuala Mu |
Bagi sumbangan wang tunai kami telah membeli barangan keperluan harian seperti beras, gula, minyak, kopi, teh dan garam untuk 113 keluarga orang asli disana. Kami juga menggunakan sumbangan wang tunai tersebut untuk membeli bahan mentah untuk menjamu masyarakat orang asli di 4 buah kampung di Pos Kuala Mu yang dianggarkan seramai 500 orang. Sedikit baki kami peruntukkan untuk membiayai perjalanan kami kesana.
Semua sumbangan telah berjaya disampaikan kepada seluruh penduduk orang asli di Pos Kuala Mu yang tinggal jauh ditengah hutan (sempadan Perak/Kelantan) serta aktiviti jamuan makan 'Cakraya' (makan besar) berjaya kami adakan untuk mereka dan mereka sangat berterima kasih kepada kita semua.
Catatan perjalanan akan saya coret di catatan seterusnya...
Isnin, Jun 18, 2012
XPDC 4X4 sambil beramal - Sumbangan anda diperlukan.
Assalamualaikum WBT,
Kelab 4X4 D'Harung sekali lagi dengan XPDC Off-Road sambil beramal akan menuju ke perkampungan orang asli Pos Kuala Mu, Sg.Siput Perak pada 22 - 24 Jun 2012. Konvoi akan bertolak dari Dengkil jam 10.00 malam. XPDC amal kali ini seperti biasa akan membawa barang keperluan harian bagi masyarakat orang asli yang majoritinya beragama Islam.
Atas usaha yang tak pernah jemu rakan-rakan membuat usaha dakwah atas masyarakat orang asli, telah lahir seorang ustaz dikalangan anak orang asli di Kuala Mu. Beliau berhasrat untuk mengadakan program Celik Al-Quran dan asas Fardhu Ain untuk masyarakat orang asli disana dan sedia menjadi tenaga pengajar. Atas maksud itu, XPDC kali ini juga akan membawa barangan bantuan pembelajaran bagi menjayakan hasrat murni beliau. Barangan yang diperlukan adalah seperti berikut :-
- 2 buah papan putih (white board) besar.
- marker pen ( hitam & merah) masing2 setiap warna 3 kotak, bermakna 6 kotak.
- pensel (stok dalam 20 kotak)
- pemadam (utk kanak2) memadam semasa menulis. dalam 100 biji.
- pemadam papan putih (white board)
- buku tulis 200/300 muka surat 100 buah.
- buku rujukan asas fardhu ain 50 buah.
- buku jawi utk pengajar & murid-murid.
- kad jawi ( alif, ba , ta)
- buku Iqro' (utk kelas bacaan Quran)
- buku mewarna yang agak versi islamic.
Dengan jarak Off-Road dari jalan yang berturap sejauh 67 km adalah sangat mustahil bagi mereka mendapat barangan tersebut di luar tanpa kenderaan yang bersesuaian. Jika tuan/puan berminat untuk menghulurkan sumbangan, bolehlah terus menghubungi saya di talian 016-2382974. Jika ada sumbangan lain seperti pakaian, barang makanan seperti beras, gula, minyak, dll, boleh juga disalurkan kepada kami untuk kami sampaikan kepada saudara seIslam kita yang jauh tinggal di tengah hutan belantara.
InsyaAllah, moga dengan sebutir beras yang kita dermakan akan memberi keceriaan kepada mereka dan hanya Allah SWT sahaja yang memberi ganjaran atas apa yang kita dermakan.
UPDATE :
Program ini adalah Program Usahama Kelab D'Harung dan Biro Pemuda Masjid As-Sharif Kg.Dato Ahmad Razali, Dengkil.
Segala sumbangan tunai bolehlah disalurkan ke akaun CIMB Masjid As-Sharif Kg Ahmad Razali (12560000018105) atau Cek atas nama MASJID AS-SHARIF KG AHMAD RAZALI
Bagi yang membuat sumbangan terus masuk ke akaun sila maklumkan kepada saya melalui email azwandengkil@yahoo.com
Khamis, Jun 14, 2012
#Euro2012 menyebabkan produktiviti kerja merosot.
Assalamualaikum WBT,
#Euro2012 sudah seminggu berlalu dengan perlawanan peringkat kumpulan telah masuk ke perlawanan yang kedua. Banyak keputusan-keputusan yang tidak diduga berlaku. Sumber dari Riuhters memberitahu mungkin unsur-unsur bookie banyak mempengaruhi keputusan perlawanan.
Itu dari segi keputusan perlawanan. Bagaimana pula dengan keadaan pejabat dan produktiviti kerja sepanjang berlangsungnya Euro2012? Jawapannya, sila lihat gambar diatas. Sangat mendukacitakan. Euro2012 menjadi sebab produktiviti kerja kebanyakkan lelaki di Malaysia turut merosot. Masakan tidak, perlu berjaga sehingga jam 4.30 pagi bagi menonton perlawanan bolasepak di kaca tv. Jam 8.00 pagi, perlu berada di pejabat pula. Jadi bagaimana nak buat kerja dengan baik.
Kadar MC diklinik swasta mahupun klinik kesihatan kerajaan, meningkat mendadak. Peningkatan ini disebabkan sakit betul kerana darah naik tak cukup tidur dan tak kurang juga sakit yang dibuat-buat kerana lewat untuk masuk ke pejabat. Jadi, yang hanya meningkat sepanjang Euro2012 ialah pendapatan klinik-klinik swasta. Tak ketinggalan juga, tokey-tokey kedai mamak mendapat keuntungan yang tinggi sepanjang Euro2012.
Untuk itu suka saya menyeru rakan-rakan seperjuangan yang hantu bola ni, marilah kita sama-sama fokus untuk kembali menjalankan rutin harian kita seperti biasa. Tidur awal dan bangun awal. Tingkatkan produktiviti kerja masing-masing dan jauhi dari ambil MC tipu. Euro2012 sudah kehilangan serinya. Jom kita boikot Euro2012...
Langgan:
Catatan (Atom)