Isnin, Jun 25, 2012

Kembara Amal 4X4 Kelab D'harung - Hari Pertama


Assalamualaikum WBT,

Setelah semua barang dimuatkan kedalam kenderaan masing-masing bermula selepas solat Asar, tepat jam 8.00 malam kenderaan pacuan empat roda (4WD) dari Kelab D'harung mula tiba di perkarangan Masjid As-Shariff, Kg. Dato Ahmad Razali Dengkil satu demi satu. Namun yang paling awal tiba ialah 2 buah BMW RT1200 marshall perjalanan kami untuk acara pelepasan dan salah satunya milik rakan blogger Kang Latep



Selesai solat fardhu isyak kami berkumpul untuk mendengar sedikit pesanan dari Nazir masjid Tuan Hj Mohd Ansor Bin Sarmidi (mantan Penghulu Mukim Dengkil). Selepas itu Imam 1 masjid Tuan Hj Ishak Bin Jamil memimpin bacaan doa agar perjalanan kami ini dipermudahkan oleh Allah SWT.


Selesai bacaan doa, kami bergambar beramai-ramai bersama sebahagian pegawai dan AJK Masjid As-Shariff sebelum Nazir masjid melepaskan konvoi kami. 


Dengan diiringi marshall, konvoi bergerak untuk menunggu beberapa peserta yang belum tiba sambil mengisi perut di Lan Corner, Pekan Dengkil. 


Setelah tiba semua peserta kembara, kami mula bergerak menuju ke Sg.Siput keluar melalui tol Putrajaya dan tiba di tol Ipoh pada jam 2.05 pagi.

Gambar penuh untuk hari pertama boleh lihat DISINI

Bersambung hari kedua...


Tiada ulasan:

Catat Komen

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...