Isnin, Jun 25, 2012

Kembara Amal 4X4 Kelab D'Harung


Assalamualaikum WBT,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT xpdc Kembara Amal 4X4 Kelab D'Harung bagi menghantar bantuan barang keperluan harian serta alatan mengajar dan belajar di Pos Kuala Mu, Sg.Siput, Perak telah berjaya dilaksanakan pada 22 - 24 Jun 2012. Xpdc ini adalah anjuran bersama antara Kelab D'Harung dan Biro Pemuda, Masjid As-Shariff, Kg.Dato Ahmad Razali, Dengkil.

6 buah kenderan pacuan empat roda (4WD) dari Kelab D'Harung Dengkil dengan 22 orang peserta yang terlibat dalam xpdc kali ini. Hasil sumbangan syarikat dan orang ramai kami telah berjaya mengumpulkan sumbangan wang tunai sebanyak RM 7,350.00, beras sebanyak 60kg, alat2 tulis, alat bantuan mengajar, pakaian, sabun, buku-buku dan cenderamata. 

Antara barang sumbangan yang dibawa ke Kuala Mu
Bagi sumbangan wang tunai kami telah membeli barangan keperluan harian seperti beras, gula, minyak, kopi, teh dan garam untuk 113 keluarga orang asli disana. Kami juga menggunakan sumbangan wang tunai tersebut untuk membeli bahan mentah untuk menjamu masyarakat orang asli di 4 buah kampung di Pos Kuala Mu yang dianggarkan seramai 500 orang. Sedikit baki kami peruntukkan untuk membiayai perjalanan kami kesana.

Semua sumbangan telah berjaya disampaikan kepada seluruh penduduk orang asli di Pos Kuala Mu yang tinggal jauh ditengah hutan (sempadan Perak/Kelantan) serta aktiviti jamuan makan 'Cakraya' (makan besar) berjaya kami adakan untuk mereka dan mereka sangat berterima kasih kepada kita semua. 



Catatan perjalanan akan saya coret di catatan seterusnya... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...