Isnin, April 18, 2011

Selamat Hari Jadi Fifi



Assalamualaikum WBT,

Nurin Safiyyah atau Fifi, hari ini genap berusia 2 tahun. Dilahirkan dihospital Serdang dan mamanya hanya sakit 10 minit dilabor room sebelum kelahirannya. Lahir dengan berat 2.99 kg serta turut dimasukkan ke wad NICU setelah beberapa hari kelahirannya kerana demam kuning. Cerita mengenai kelahirannya ada di catatan ini.

Baru sahaja menerima adik 26 hari yang lepas namun sehingga kini masih belum faham yang dia dah jadi kakak. Adiknya tak boleh dibiarkan sendirian dengannya kerana agak berbahaya. Setakat ini Aliff pernah diconteng pada muka dan dialihkan oleh Fifi dari tilamnya. Sangat manja dan kini mula sensitif kerana mungkin hadirnya Aliff. 

Anak keempat dari lima adik beradik ini sangat aktif dan ada sahaja aktivitinya dirumah. Sangat kreatif menghiasi rumah dengan lukisan di dinding dan kuat memprotes jika apa yang dihajati tidak ditunaikan. Mungkin Fifi tak pandai baca lagi dan tak tau pun apa itu harijadi tapi rasa tidak adil jika ayah tidak mengucapkannya disini seperti kakak-kakak Fifi yang lain. Selamat hari jadi Fifi. Ayah sayang Fifi.

6 ulasan:

  1. selamat hari jadi buat Fifi.

    TP suka baca entri tentang anak2 ni.
    suka gelagat budak2.

    BalasPadam
  2. Selamat hari jadi Fifi..

    Selalu saya perhatikan, bebudak yg ada adik beradik ramai ni lebih berdikari & tak banyak ragam. Kalau yang sorang2 tu memang sangat manja...

    BalasPadam
  3. Selamat ulang tahun ke-2...

    Semoga menjadi seorang anak yang membanggakan ibu dan ayah Fifi nanti.. InsyaAllah...

    BalasPadam
  4. Slamat ari jadi FIFY...
    Ayah bagi hadiah apa Fify?

    BalasPadam
  5. selamat hari jadi fifi..dah lambat ....Fifi buat adik..sbb dia cemburu..tp FIFI anak saya (smlm befday dia 2 thn)buat kakak sebab dia cemburu..beza umur 4 thn, tp dia pakar dlm membuli kakak..ada sj ideanya utk buat kakak menangis..

    ida

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...