Assalamualaikum WBT,
Nurin Safiyyah atau Fifi, hari ini genap berusia 2 tahun. Dilahirkan dihospital Serdang dan mamanya hanya sakit 10 minit dilabor room sebelum kelahirannya. Lahir dengan berat 2.99 kg serta turut dimasukkan ke wad NICU setelah beberapa hari kelahirannya kerana demam kuning. Cerita mengenai kelahirannya ada di catatan ini.
Nurin Safiyyah atau Fifi, hari ini genap berusia 2 tahun. Dilahirkan dihospital Serdang dan mamanya hanya sakit 10 minit dilabor room sebelum kelahirannya. Lahir dengan berat 2.99 kg serta turut dimasukkan ke wad NICU setelah beberapa hari kelahirannya kerana demam kuning. Cerita mengenai kelahirannya ada di catatan ini.
Baru sahaja menerima adik 26 hari yang lepas namun sehingga kini masih belum faham yang dia dah jadi kakak. Adiknya tak boleh dibiarkan sendirian dengannya kerana agak berbahaya. Setakat ini Aliff pernah diconteng pada muka dan dialihkan oleh Fifi dari tilamnya. Sangat manja dan kini mula sensitif kerana mungkin hadirnya Aliff.
Anak keempat dari lima adik beradik ini sangat aktif dan ada sahaja aktivitinya dirumah. Sangat kreatif menghiasi rumah dengan lukisan di dinding dan kuat memprotes jika apa yang dihajati tidak ditunaikan. Mungkin Fifi tak pandai baca lagi dan tak tau pun apa itu harijadi tapi rasa tidak adil jika ayah tidak mengucapkannya disini seperti kakak-kakak Fifi yang lain. Selamat hari jadi Fifi. Ayah sayang Fifi.
selamat hari jadi buat Fifi.
BalasPadamTP suka baca entri tentang anak2 ni.
suka gelagat budak2.
Selamat hari jadi Fifi..
BalasPadamSelalu saya perhatikan, bebudak yg ada adik beradik ramai ni lebih berdikari & tak banyak ragam. Kalau yang sorang2 tu memang sangat manja...
Hepi besday Fifi..
BalasPadamIkan Patin Temerloh
Selamat ulang tahun ke-2...
BalasPadamSemoga menjadi seorang anak yang membanggakan ibu dan ayah Fifi nanti.. InsyaAllah...
Slamat ari jadi FIFY...
BalasPadamAyah bagi hadiah apa Fify?
selamat hari jadi fifi..dah lambat ....Fifi buat adik..sbb dia cemburu..tp FIFI anak saya (smlm befday dia 2 thn)buat kakak sebab dia cemburu..beza umur 4 thn, tp dia pakar dlm membuli kakak..ada sj ideanya utk buat kakak menangis..
BalasPadamida