Isnin, April 18, 2011

Susu cap gantung

Assalamualaikum WBT,


Kebiasaannya selepas melahirkan bayi dihospital, rutin yang biasa dilakukan oleh doktor-doktor adalah memberi penerangan tentang kebaikan dan khasiat susu ibu. Doktor juga akan menyarankan agar setiap bayi seharusnya diberi susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan pertama tanpa dicampur dengan apa-apa susu formula mahupun makanan tambahan yang lain.


Antara kebaikan susu ibu adalah seperti berikut :-
* Susu awal ibu yang menitis pekat berwarna kekuningan mengandungi kolostrum yang tinggi khasiatnya untuk si manja. Antaranya: melindungi bayi daripada jangkitan dan alahan kerana ia kaya dengan antibodi, mencegah jangkitan dan penyakit mata kerana mengandungi vitamin A & E, kematangan usus dan mencegah alahan dan mengeluarkan mekonium dan mencegah jaundis (susu ibu juga sejenis laksatif).
* Mengandungi khasiat zat yang lengkap bagi memenuhi keperluan bayi
* Mengandungi protein, lemak dan asid lemak yang tinggi dan mudah dihadam. Perkembangan sistem penglihatan bayi yang menyusu juga mengumpul DHA di dalam korteks. (Kajian menunjukkan bayi yang menyusu adalah 5.2 mata lebih tinggi daripada yang tidak menyusu susu ibu. - American Journal Of Clinical 1991)
* Melindungi bayi daripada kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan
* Mengurangkan penyakit-penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia, meningitis dan cirit-birit.
* Mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti kanak-kanak bila mereka dewasa
* Mengurangkan risiko sindrom kematian bayi
* Mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang
* Mengurangkan risiko pencemaran berbanding penyusuan yang lain.


Faedah penyusuan terhadap ibu pula ada seperti berikut :-
* Melindungi kesihatan ibu, merendahkan risiko terhadap barah buah dada dan ovari
* mengelakkan pendarahan selepas bersalin
* Menjarakkan kelahiran kerana ia merupakan cara perancang keluarga semula jadi
* Mempercepatkan proses pengurangan berat badan dan mengempiskan perut kerana hormon oksitosin membantu mengecutkan rahim
* Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
* Penyusuan ibu boleh dilakukan pada bila-bila masa saja dan di mana-mana sahaja.



Dan antara keajaiban yang Allah tunjuk pada ibu-ibu yang menyusukan bayinya, dia akan tahu bila masa bayinya memerlukan susu. Akan ada rasa 'rese' pada payudara ibu dan bayi yang sedang tidur pun akan bangun dan menangis mencari susu. Seorang rakan pernah bertanya pada awal kelahiran bayinya pada saya. Susu formula jenis apa yang selalu saya gunakan semasa anak-anak saya masih bayi. Dengan selamba saya berkata 'Susu Cap Gantung'.

2 ulasan:

  1. Sedar tak harga susu tepung semakin lama semakin mahal??
    Dulu terdapat pek untuk 1.2 kg...
    Kemudian pembungkusan semula dgn pek 1 kg..
    Dan terkini terdapat pek baru 900g...
    Kesemuanya bertujuan mengekalkan harga, tetapi secara senyap mengurangkan kuantiti...
    Saiz pembungkus tetap sama....

    BalasPadam
  2. susu ibu yang terbaik...
    berkat doa dan usaha, di izinkan allah dapat susukan anak sehingga 2 tahun seperti dalam quran....alhamdulillah...

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...