Ahad, April 17, 2011

Sedih bila orang Islam sendiri pertikai azan.


Assalamualaikum WBT,

Hari ini sangat sedih bila salah seorang rakan FB saya boleh keluarkan kenyataan sebegini


Apa maksud dan tujuannya? Dan seorang rakannya yang bukan beragama telah suka dengan menekan button 'LIKE' di posting yang dibuat. Seorang ustaz memberitahu saya kenyaataan itu membahayakan akidahnya.

Azan diwaktu subuh yang sunyi sepi memang akan kedengaran lebih kuat dari waktu-waktu biasa. Ini kerana keheningan waktu itu tanpa diganggu oleh lain-lain bunyi. Dan biasanya pada waktu Subuh bukan sahaja dari masjid/surau terdekat kita akan mendengar laungan azan, malah dalam jarak 2 km pun masih boleh kedengaran azan pada waktu subuh.

Yang saya kesalkan adalah kenapa dia seperti mempertikaikan laungan azan tersebut. Mereka yang anti Islam  memang menunggu-nunggu kenyataan sebegini bagi menguatkan apa yang pernah mereka pertikaikan. Azan, adalah satu dakwah yang sempurna dan Nabi SAW sendiri telah mengajarkan bagaimana azan itu perlu dilaungkan. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Muslim
 "Daripada Abu Mahzurah r.a. bahawa Nabi s.a.w. telah mengajar kepadanya cara-cara Azan dengan mengulangi dua kalimah syahadah (dengan suara yang tinggi pada permulaannya dan rendah pada akhirnya) dikeluarkan oleh Muslim tetapi ia menyebut takbir(Allahu Akbar) pada permulaan dua kali sahaja. Perawi-perawi yang lima meriwayatkan pula dengan menyebut (Allahu Akbar) sebanyak empat kali." 
Dan Nabi SAW sendiri telah memilih sahabatnya yang bersuara lantang dan nyaring, Bilal Bin Rabah r.a, sebagai muazzin pada permulaan azan dilaungkan. Ini memberi maksud, azan itu perlu dilaungkan dengan kuat agar semua manusia dapat mendengarinya.

Azan adalah syiar Islam dan sebagai umat Islam wajib kita berbangga dengannya. Jangan kita jadi alat kepada mereka yang membenci Islam dengan kita mempertikaikan syiar yang sepatutnya kita sentiasa pertahankan.

8 ulasan:

  1. Gila sedih orang cakap macam ni..bukan nak bangun pi solat kat masjid..ni siap marah sebab azan kuat..Memang jahil tak nak belajar budak ni..

    BalasPadam
  2. Salam...nape jd mcm2 sekali.fikir guna akal & jgn ikutkan perasaan.memg betul pkcik tue kena bertaubat & istighfar...moga diberi hidayah...amin

    BalasPadam
  3. haishhh... nape la dia pk g2... kira besyukur rumah dekat dgn surau... org lain rumah jauh dari surau, lgsung tak dengar azan...

    BalasPadam
  4. sudah lebih 50 tahun hidup dlm negara konon2 islam.. fikir2kan lah..

    BalasPadam
  5. tu namanyer islam atas keturunan jer....(bapak islam anak pon islam lah) tu yg tak tau apa tu....

    BalasPadam
  6. inilah yang dikatakan ISLAM yang mempertikaikan ISLAM....azan kuat pun nak komen ke????syukorlah mSIH DAPAT dengar AZAN...

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama2/5/11 6:53 PG

    saya sokong penulis.kata2 mcm ni kua hny dr hati n mulut org y kurg mengamalkan agamanya.pakcik ni hny pandai fb je kot.haha.

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...