Khamis, Februari 17, 2011

Solat ada excuse ke?


Assalamualaikum WBT,

Gambar diatas dirakam oleh rakan FB merangkap orang kampung saya. Gambar ini dirakamkan didalam ERL sewaktu perjalanannya pulang dari KL Sentral ke Putrajaya. Pemuda tersebut sedang menunaikan solat maghrib.

Inilah satu contoh terpuji yang perlu diikuti. Namun yang menyedihkan kebanyakkan orang kini solat bila ada masa lapang. Saya pernah membuat posting tentang ini.

Ada pulak boleh ber'excuse' dalam solat. Siapa cakap ada excuse dalam solat? Excuse untuk perempuan yang datang haid dan dalam keadaan nifas sahaja. Yang lain selagi ada nyawa dan berakal, wajib untuk menunaikan solat dalam apa jua keadaan.

Kadang-kadang sedih sangat tengok kawan-kawan yang dengan sengaja meninggalkan solat. Kalau tak sanggup buat macam pemuda diatas tu yang mana aku sendiri pun tak sanggup, kat Malaysia ni terlalu byk tempat yang memudahkan kita untuk bersolat. Dimana-mana sahaja pasti ada surau atau ruangan yang disediakan khas untuk kita tunaikan solat. Jadi takde alasan dan tiada excuse. Oleh itu marilah kita solat sebelum kita disolatkan.

4 ulasan:

  1. salam,

    saya sgt setuju. Tidak ada alasan untuk meninggalkan.

    perempuan pun, jika datang haid, kena tgk bila datang atau bila stop..bukan kalau dah habis, lambat2 nak mandi wajib..

    kan rugi tu..

    BalasPadam
  2. Allahu Akhbar,

    Semuga Allah swt memberikan kekuatan Iman untuk amalkan agama ini dengan sempurna kepada kita semua sehingga ke akhir hayat kita.

    Amin.

    BalasPadam
  3. Alhamdulilah.jarang sangat ada orang yang sangat peka dengan isu solat ni..

    BalasPadam
  4. sangat setuju. sekarang surau surau bersepah walupun di tempat isi minyak. bersih lagi

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...