Jumaat, Februari 18, 2011

Main dengan Isteri Orang?


Assalamualaikum WBT,

Gambar diatas adalah sebuah tajuk yang mungkin sudah basi bagi kita. Kita juga sering membicarakan isu keruntuhan moral dikalangan remaja dan banyaknya kes-kes tangkapan khalwat dikalangan remaja-remaja yang belum berkahwin dan ada juga yang masih belajar.

Tetapi tidakkah kita tahu bahawa kebelakangan ini telah menular satu perkara yang sangat membimbangkan kita. Kes khalwat dan persetubuhan haram diantara suami orang dengan isteri orang. Astaghfirullahhal'azim..... Beristighfar panjang saya mendengarnya. Ini bukan perkara yang biasa. Kerana kalau mengikut hukuman Islam yang sebenar (hudud) perzinaan antara suami orang dan isteri orang ini kedua-duanya boleh dikenakan hukuman rejam hingga mati. Ya.. REJAM hingga mati.

Kenapa hukuman seberat itu yang dikenakan?

Bagi saya, hukuman ini memang setimpal buat pelakunya kerana mereka ini telah mencemarkan institusi kekeluargaan itu sendiri. Remaja-remaja yang berkahwin berzina yang akhirnya melahirkan anak tidak sah taraf kita tahu dari mana asal usulnya. Sudah pasti anak yang dilahirkan itu tidak mempunyai bapa yang sah. Akan tetapi ISTERI ORANG yang berzina tidak kira samaada dengan suami orang, gigolo, Pakistan mahupun Bangla, sedangkan dia masih mempunyai suami yang sah, dan ditakdirkan mengandung hasil persetubuhan haram tadi, bagaimana nak dilabelkan anak yang lahir itu? Anak tidak sah taraf juga kah? Sedangkan isteri tadi masih mempunyai suami yang sah.

Inilah gejala yang merungsingkan kita sebenarnya. Bagaimana keturunan manusia akan datang? Tidak perlu saya masukkan link berita mahupun cerita tentang kes tangkapan khalwat dan persetubuhan haram isteri orang ini. Rasa benci sangat. Kalau dah tertangkap senang cerita. Bagi yang tak tertangkap bagaimana pula? Dan lebih ditakuti jika persetubuhan haram itu membuahkan hasil.

Sebab itulah pentingnya untuk kita ambil peduli atau dalam bahasa lain, jaga tepi kain orang. Jiran-jiran baru kita, hendaklah kita pastikan kesahihan perkahwinan mereka. Hotel-hotel pula perlu diberi peringatan keras agar pasangan yang mahu menginap perlu menunjukkan kad pernikahan mereka. Gejala ini adalah satu gejala yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah SWT. Dan kita semua bertanggungjawab untuk mencegah agar kemurkaan Allah SWT tidak tertimpa di negara kita ini.

9 ulasan:

  1. citer ni mmg menakutkan...lagi pulak bila dh membuahkan hasil...klu blm kawin ..org kata gatal nk kawin..tp klu dah kawin buat camtu...nk panggil ape ye??semoga Allah jauhkan benda laknat ni daripada keturunan aku....

    BalasPadam
  2. sgt menyedihkan....bila suami saya yg mengaku umat Muhammad s.a.w. yg mengajak manusia kepada hidup beragama....tetapi sanggup mengenepikan agama, malah hidup bertunjangkan nafsu dgn meruntuhkan rumahtangga org lain....kerana merebut isteri org....
    astaghfirullah...
    kenapakah kawan2nya di kalangan org2 yang buat usaha agama tiada yg mahu menyelamatkannya?...

    BalasPadam
  3. salam..


    minta2 di jauhkan segala yg x baik tuu

    BalasPadam
  4. cuba bygkan hukum hudud dijalankan di malaysia.. mesti tak ada kes2 macam ni.. tp masalahnye.. hukum Allah seolah dipermainkan je kat sini walaupun negara malaysia ni d kenali sebagai negara ISLAM!

    BalasPadam
  5. i like this entry...sy tambah...sebab utama direjam sampai mati ialah "kemungkinan terdapatnya pernyebaran penyakit yang mungkin boleh berjangkit ke pasangan yang sah...sb itu harus dihkum sebegitu," Allah alah engineer kita, sesungguhnya Allah lebih mengetahui ciptaanNya. :)

    BalasPadam
  6. Kalau Allah nk tunjuk dlm sekelip mata jer kan tp kenapa masih terjadi hal sedemikian?

    BalasPadam
  7. macam macam zaman sekarang... yang dipanggil ustazah juga tak tahu yang mana halal dan haram

    BalasPadam
  8. Betul ke tidak cerita ni? Tajuk bombastik shj nak melariskan jualan surat khabar.

    BalasPadam
  9. menyedihkan dan memalukan. lebih2 lg bila org alim agam turut terlibat dlm perkara2 mcm ni...

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...