Khamis, Februari 17, 2011
Check dulu sebelum send.
Assalamualaikum WBT,
Trend forward 'memoward' email kini sudah menjadi kebiasaan di alam cyber ni. Lebih-lebih lagi kerjanya terlalu mudah. Cuma perlu masukkan alamat email yang hendak dikirimkan dan tekan send. Yang paling ghairah orang nak forward email apabila ada berita tentang kecurian, kehilangan, penculikan dan yang sewaktu dengannya.
Tapi tidakkah kita sedar selama ini, ada email yang kita forwardkan kepada rakan-rakan kita yang mana rakan kita tadi forward kepada saudara maranya pula, yang mana saudara mara tadi forward kan kepada orang kampungnya pula, dan ..... kalau nak tulis kesemuanya sampai esok pagi tak abis. Sambung balik. Ada email yang kita forwardkan itu adalah PALSU. Ya.. saya ulangi.. adalah PALSU.
Tujuannya baik.. tapi dari satu segi mendatangkan kesusahan kepada orang lain.
Banyak kali dah saya dapat email palsu sebegini. Tajuknya serius. Mengenai penculikan, kehilangan kereta dan maklumatnya lengkap siap dengan nombor telefon untuk dihubungi. Bila kita hubungi orang yang dihubungi tu boleh jawab terus tanpa kita soal. "Maaf ye saya takde anak hilang." Dan ada juga yang menjawab "Encik, saya ni bukan kaunter pertanyaan..".
Cubalah yang kena dajal tu nombor kita. Sekejap-sekejap orang telefon. Tak ke letih kita dibuatnya. Kalau kita kat opis ok lagi, kita boleh caj bateri henpon kita tu, tapi kalau kita diluar sampai habis bateri henpon kita orang asyik call je. Pastu bini nak call suruh belikan asam boi masa kita balik keje nanti dah tak dapat. Sapa sendiri yang susah. Kita jugak. Nak nak pulak tu, malam ni malam jumaat. Memang melepas...
Jadi, peringatan buat mereka-mereka yang dapat email macam ni tolong la check dulu sebelum forward. Call dulu nombor yang disertakan sebelum anda tekan SEND. Sebagai moderator untuk beberapa group di Yahoo Group saya akan pastikan kesahihan email yang berbentuk begini sebelum saya melepaskannya. Kesian orang yang jadi mangsa tu.
Ingat.. Cek dulu sebelum tekan Send.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
t'igt satu email yg diforward pasal kete myvi putih culik budak tu... ntah mcm mana rasa tergerak hati tanak forward walaupun saya membayangkan kalau saya orangnya, mesti saya harap org forward juga...tp kalau org buat dajal mcm ni mmg rasa nak sepak je
BalasPadamsaya sekaran memang dah jarang sangat nak forward mail ni..takut camtulah PALSU...tak pasal2 dapat dosa..huhuhu...
BalasPadamnasib baik sebelum saya forward, saya akan pastikan betul atau tidak email tu.
BalasPadamtakut nanti sebarkan benda palsu
Sebab tu saya tak minat nak foward foward ni..kenkadang nampak isinya macm serius...padehal...fake...
BalasPadam