Ahad, Oktober 30, 2011

Sg Klah Hot Springs

Assalamualaikum WBT,

Dah agak lama juga dengar nama tempat ni. Baru semalam berkesempatan ke situ. Itu pun kerana ada rombongan yang dianjurkan oleh tabika anak saya.

Perjalanan 2 jam dari Dengkil dengan menaiki kereta, exit di tol Sungkai, Perak kemudian selepas tol belok ke kiri dan terus mengikut papan tanda yang tersedia, maka sampailah ke tempat yang terletak di tanah Felda ini.

Ternyata satu perjalanan yang berbaloi kerana tempat tersebut agak menarik. Jauh dari hiruk pikuk kota dan bebas dari segala macam pencemaran, ianya adalah satu destinasi yang sesuai untuk bersantai bersama keluarga.

Terdapat kolam air dari gunung dan kolam air panas disini. Sebuah kolam untuk kanak-kanak yang agak besar dan mempunyai gelongsor air yang juga sesuai untuk orang dewasa. Bukan setakat itu, pilihan utk bersantai bersama keluarga dalam kolam air panas juga terdapat banyak pilihan. Dengan suhu antara 30 hingga 35 darjah celcius. Malah terdapat satu kolam air panas yg agak besar dan sesuai untuk berenang.

Saya sangat mengesyorkan tempat ini kerana ianya sesuai utk seisi keluarga. Semua kemudahan termasuk surau ada disediakan dan ianya berada dalam keadaan yang cukup baik. Harga tiket untuk dewasa RM10 dan kanak2 (3-11 thn) RM8 bagi saya sungguh berpatutan dan yang menariknya, bukan seperti taman tema air biasa, anda bebas untuk membawa bekal makanan disini. Bagi yang ingin bermalam, ada bilik hotel dan villa yang bertaraf 3 bintang siap untuk diduduki.

Insya Allah saya akan berkunjung lagi kesini jika diizinkan dan saya sangat mengesyorkan jika anda semua ingin bersantai bersama keluarga disini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...