Sabtu, Oktober 29, 2011

Ribut Melanda Dengkil

Assamualaikum WBT,

Satu suasana yang belum pernah berlaku kini telah berlaku. Satu ribut yang berlaku sekelip mata telah menerbangkan atap rumah dan meranapkan sebuah pondok bas siang tadi.

Ini semuanya kehendak Allah SWT. Allah telah mengeluarkan peringatan yang paling jelas kepada saya dan seluruh warga Dengkil khususnya, yg selama ini hanya melihat dan mendengar musibah yang menimpa dari jauh. Kini perkara tersebut terjadi didepan mata.

Setelah saya bersama rombongan ADUN Dengkil meninjau seluruh rumah yang terlibat, terdapat 12 buah rumah yang mengalami kerosakan minor dibahagian bumbung dan sebuah rumah mengalami kerosakan dibahagian garaj. Sebuah kenderaan ditimpa pokok dan sebuah lagi kenderaan kemek ditimpa atap yang terbang.

Insya Allah, segala kerosakan yang berlaku akan segera dibaiki dan ucapan terima kasih kepada kedua-dua wakil rakyat, Ahli Parlimen Sepang dan ADUN Dengkil atas sumbangan yang diberikan dalam masa yang begitu cepat. Semoga mangsa yang terlibat bersabar dan saya serta seluruh penduduk kampung amnya harus segera bermuhasabah atas perkara ini.

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” Ar-Rum : 41

Sent from Blackberry device

4 ulasan:

  1. slm bw kat sini.owh tadi kite dr office terus menghala ke cyberjaya nak celebrate birhday anak kembar saya dgn family semua.masa kat dengkil tiba2 hujan lebat dan angin kuat lain macam.petang semalam pun sama.mmg kalau turun dari kereta pakailah payung sekali pun,.habis basah baju tempias hujan sebab angin kuat!tapi tadi subhanallah kat cyberjaya nampak pelangi kembar.....

    BalasPadam
  2. ptg Jumaat tu masa balik kerja dlm jem tiba2 alam di selubungi kegelapan. Awan hitam sedang menutupi langit. Kemudian hujan turun lebat beserta angin kencang & kilat. Terasa jugaklah gerunnya. Rupa2nya kat Dengkil lagi dahsyat yer.

    BalasPadam
  3. dasyat ribu tuu... nasib baik kemah pengantin umah abg cek tak melayang...

    BalasPadam
  4. saya rasa ini laa bus stop yang paling cantik di dengkil .... sayang seribu kali sayang... kuasaNYA tiada tandingan...

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...