Jumaat, Oktober 28, 2011

Kerana RM50 laman web FAM di Hack.


Assalamualaikum WBT,

Kerana harga tiket bagi perlawanan akhir Piala Malaysia esok dikatakan mahal, laman web milik Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) http://www.fam.org.my telah dihack. Sehingga saya menulis catatan ini, saya masih gagal untuk melihat apa yang terkandung dalam laman tersebut.

Berita lanjut tentangnya boleh diikuti disini

Sebagai antara penggemar bolasepak tempatan, saya juga senada dengan peminat yang lain, adalah tidak wajar FAM menaikkan harga tiket tersebut. Untuk perlawanan akhir bolasepak bertaraf antarabangsa pun harga tiket yang dikenakan hanyalah RM30.

Apa-apa pun, selamat maju jaya kepada kedua-dua pasukan. Namun pilihan saya, sudah tentulah Terengganu. Peteh Ganu Peteh...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...