Ahad, Julai 10, 2011

Siapa nak?

Assalamualaikum WBT,

Saya mempunyai lebihan 2 pas masuk ke sessi latihan Arsenal di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari Selasa ini (12 Julai 2011). Bercadang untuk memberikan pas ini secara percuma kepada yang berminat untuk melihat pasukan Arsenal membuat latihan secara langsung.

Ye. Tiada bayaran pun kerana saya mendapatnya pun percuma. Mana boleh dapat free lepas tu nak jual pula. Ok, bagi yang berminat syaratnya hanya perlu memberi seberapa kreatif komen ada mengapa anda berminat untuk mendapatkan pas tersebut diruangan komen. Satu orang satu komen. Yang tiada ID sila letakkan nama dan alamat emel. Tutup pada 12/7 jam 12 tghhari.

Keputusan adalah muktamad. Selamat mencuba...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

9 ulasan:

  1. salam azwan...di sebabkan teman ni adalah peminat sejati ARSENAL,adalah lebih baik d berikn kepada teman...2 ticket dh beli,tp pass nk tgk tranning plak dh abih..frust gak laa..3 tempat teman g cari kedai yg jual ticket,semuanye pass tranning dh abis...kalau bleh,bg la kt teman ni haa....teman nak dua2 sekali psl adik teman pun kaki ARSENAL gak... ;)
    salam...
    yg sebenar2nya,
    hizzat

    BalasPadam
  2. Tapi kalau kome yg terpilih, camne awok nak call kome. Alamat emel pun takde. Ceciter ceciter.

    BalasPadam
  3. Untuk pengetahuan pihak tuan saya yang amat fanatik dengan pasukan arsenal ini tetapi sebagai seorang pelajar saya tida mempunyai wang yang banyak untuk pergi dan melihat pasukan ini berlatih. oleh itu, eloklah di beri kepada saya sebagai tanda sedekah dan golongan marhenis macam saya ni amat memerlukan benda2 percuma.
    khushairi
    khusyei@yahoo.com

    BalasPadam
  4. gua dah lama sokong arsenal. dari gua darjah empat. dari zaman pires lagi gua dah tengok arsenal. masa arsenal jadi invincibles, memang semangat gua menyokong arsenal memuncak.

    sekarang ni gua tengok arsenal dah macam team kanak-kanak tadika. amek player muda, dah up sket, jual. gua cukup geram kat wenger sekarang ni. kalau lu bagi gua tiket tu, boleh jugak gua pergi baling botol kat arsene wenger. biar dia sedar diri sikit..

    djorou pun gua nak maki. main serupa macam ayam berak kapur..fabregas pun gua nak baling selipar..dasar tak mengenang budi..

    tapi kalau gua jumpa wilshere, gua nak nasihat dia supaya main baik-baik..gua tengok dia boleh pergi jauh dengan arsenal..nasri pun sama..boleh pergi jauh diorang ni..cuma jgn didedahkan sgt dengan tabiat-tabiat player macam rooney..nenek pun nak tibai..

    jadi gua harap lu boleh bagi gua pass tu..lu boleh emel gua kat najib.alias@yahoo.com..kalau lu rasa komen gua power sangat, lu boleh kontek terus hp gua..013-7026923..

    terima kasih..

    BalasPadam
  5. xminat bola....phtu jauh lak tu nk g...sajae nk tggl komen je.hehee

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama11/7/11 9:26 PG

    Kalau rezeki kad ini aku punya.. Insyallah aku bawa bawa isteri ku sekali dating kat sana..
    sbb kenangan bersama bukan senang mungkin sekali dalam sejarah, dan bersyukur sekiranya di berikan peluang sebagai penonton pilihan.
    Jadi gunakan peluang ini penghormatan kepada isteri sebagai rakan & sahabat yang berkorban masa untuk aku dan keluarga. Moga rezeki ini aku yang punya..Insyaallah....wallahualam..
    FB : syed.nazarudin al idrus

    BalasPadam
  7. Saudara Azwan
    Ini je komen yang mampu saya berikan
    Saya teringin membawa anak bujang saya
    Sebagai bapa, mestinya kita nak tunaikan impian anak-anakkan
    Tapi apakan daya...ayahnya poket ala-ala budak sekolah tadika..
    Apapun usaha ini telah menjadikan 50% harapan itu mungkin menjadi kenyataan

    FB : Hasmar Bin Ramley
    Email : 2008supernatural@gmail.com
    Websites : www.myardini.com

    BalasPadam
  8. salam azwan...harap maap ler..teman bleh di emailkan di alamt sesawang : azrul_hizzat@yahoo.com...idakpun di FB teman azrul hizzat marzuki...kalau teman adalah insan terpilih laa...
    yg sebenar2nya,
    hizzat

    BalasPadam
  9. Wan, fared SAMTTAJ niew.. bagi ajew kat fared alasan sbb cyberjaya dgn dengkil dekat ajew nak amik tiket tue.. terima kasih.. susah2 ajew.. last man win.. antar before 12 noon yihaaa.....

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...