Sabtu, Julai 09, 2011

Seorang peserta BERSIH mati?


Assalamualaikum WBT,

Dengan kesibukan yang amat sangat hari ini saya sempat juga mengikuti perkembangan perhimpunan team kuning dengan team merah melalui twitter. Di sukan tahunan sekolah anak saya pasukan Kuning berada ditempat pertama jauh meninggalkan rumah merah ditempat terakhir seperti didalam gambar.

Banyak juga jumlah tangkapan yang telah dibuat dan nama-nama yang telah dilarang untuk memasuki Kuala Lumpur pada hari ini juga turut ditangkap. Tak kira samaada mereka menyebelahi pasukan kuning mahupun pasukan merah. Dan yang paling mengejutkan terdapat satu berita kematian dilaporkan.

Namun begitu agak menyedihkan jika pasukan penguatkuasa dipersalahkan atas kematian tersebut. Arahan dan larangan telah dikeluarkan awal. Sebarang risiko yang terjadi seharusnya diletak atas bahu mereka yang berdegil untuk menyertai perhimpunan tersebut walaupun dilarang keras oleh pelbagai pihak. Pihak polis hanya menjalankan tugas mereka dengan seberapa daya mereka kerana sudah tugas mereka begitu.

Saya tidak memihak sesiapa namun, saya tidak menyokong sama sekali perhimpunan jalanan seperti itu. Banyak urusan tergendala dan keadaan menjadi tidak tentu arah disana sini. Persoalannnya, kenapa mesti di Kuala Lumpur walaupun dilarang keras dan tidak di Shah Alam kerana Menteri Besar Selangor sendiri telah menawarkan stadium yang luas dan selesa?

Kesimpulannya, apa juga kejadian yang menimpa peserta perhimpunan tersebut pada hari ini adalah dibawah tanggungjawab mereka sendiri kerana larangan sudah dikeluarkan. Sendiri pergi langgar, sendiri la tanggung..
Al-fatihah untuk mangsa yang telah kembali kerahmatullah.

1 ulasan:

  1. Hebat sukan sekolah anak En. Azwan...
    Rumah Merah dikedudukan tercorot...

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...