Assalamualaikum WBT,
Sangat berbaloi menonton sessi latihan Arsenal di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.
Walaupun agak terlewat dan hanya di belakang gol kerana tengah dah penuh, tapi hasilnya sangat memuaskan hati. Sebiji bola yang disepak oleh Bacary Sagna tersasar jauh dan terus menemui saya.
Nak saya lontarkan kembali kedalam padang, dimarahi pula oleh penonton lain. Jadi saya pegang dulu bola itu.
Dari ramai-ramai penonton tu kira saya ni bertuah la dapat bola yang saya rasa takde jual kat Malaysia ni. Bola mungkin ada jual, tapi logo camtu memang takde la kan. Hehehe. Buat peminat Arsenal yang lain, memang nak kasi anda jeles tau. Jangan marah ye. Tapi kalau Arsenal nak balik bola ni, tak dapat semua player, Arsene Wenger sorang yg datang kerumah ambil bola ni pun ok. Saya bagi balik. Tapi kalau ada yg berminat nak beli mungkin akan difikir-fikirkan dengan tawaran harga yang secocok.
Salam..
BalasPadamTak nak buat contest ke? Hadiahnya bola itu.. Ustaz Love sejak zaman sekolah lagi teringin betul nak sambut bola yang disepak ke tempat penonton (untuk tujuan hadiah) :D
Memang itulah adatnya. Kalau bola sampai ketempat duduk penonton, mmg akan jadi hak milik penonton kerana penonton membayar untuk melihat dan bola tersebut adalah hadiah.
BalasPadam