Assalamualaikum WBT,
Geng tayang duit kembali menghiasi wall-wall pemilik FB. Si penayang duit dengan sesuka hati dan sesedap rasa akan menge'tag' mangsa-mangsa ataupun prospek-prospek yang difikirkan akan terkena jeratnya.
Persoalannya, kenapa kebanyakkan yang suka menayang duit ni adalah gadis-gadis Melayu? Apakah gadis-gadis Melayu senang diperdayakan? Mungkin juga ada kebenarannya kerana jika tidak, takkan mungkin ramai gadis-gadis Melayu yang lari ke Lombok.
Dah berulang kali diingatkan dan berita demi berita tentang penipuan skim-skim tersebut telah banyak dikeluarkan. Namun sehingga kini program seumpama itu masih lagi tidak berhenti dan ada saja kaedahnya yang terbaru. Dan yang paling sedih tu, mereka saja yang betul dan mampu jadi kaya sekelip mata. Tapi dari dulu hingga kini, habuk pun takde. Sudahnya menyusahkan lagi ada.
Kalau ajak berdebat dengan orang macam ni, memang membuang masa je. Ditabur duit yang banyak depan mata terus lupa segala-galanya. Semoga Allah SWT pelihara saya dan seluruh ahli keluarga saya serta anda semua dari perkara-perkara tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com