Isnin, Julai 04, 2011

Kenyataan dari Pengarah Urusan KFC Holdings

Assalamualaikum WBT,

Setelah saya menulis dan memuatnaik dari Youtube video kebiadapan bekas pekerja KFC yang mencemarkan nama baik KFC dengan membuat sesuatu yang sangat kurang ajar, akhirnya KFC Malaysia melalui Pengarah Urusannya telah mengeluarkan satu kenyataan balas diruangan komen blog ini . Boleh dibaca pada catatan saya disini ataupun suka saya naikkan kembali dicatatan ini.

Pada bulan Oktober tahun lalu, KFC Malaysia telah dihubungi oleh seorang individu yang telah mengemukakan satu salinan klip video yang menayangkan seseorang telah merosakkan hidangan ketika proses penyediaan makanan tersebut. Kami berpendapat bahawa perbuatan menerbitkan klip video itu sebagai berniat jahat dan merupakan serangan terang-terangan terhadap organisasi kami. Kami telah mengambil tindakan segera dan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.

Pada 25 Jun baru-baru ini, kami telah mendapati klip video tersebut telah dimuat turun di halaman YouTube.

Pihak kami ingin menegaskan kepada para pelanggan dan orang ramai bahawa kejadian ini merupakan kes terpencil dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Sejak Oktober 2010, pihak kami telah mengambil langkah-langkah perlu untuk mengelakkan kejadian-kejadian seperti itu berlaku lagi termasuklah dengan memasang televisyen litar tertutup (CCTV) di bahagian dapur restoran-restoran KFC.

KFC akan sentiasa mengekalkan standard kebersihan dan kualiti yang tertinggi dalam semua aspek bisnes kami. Sama ada di Malaysia ataupun di seluruh dunia, anggota-anggota pekerja kami amat berdedikasi untuk terus menyediakan perkhidmatan terbaik, berkualiti dan makanan yang selamat. Kami memandang serius di atas kejadian yang telah berlaku ini. Pihak kami akan sentiasa mengemaskini semula proses-proses pengambilan dan latihan untuk meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan kepada semua pelanggan kami. Pasukan kami yang terdiri daripada 9,700 orang chef dan anggota pekerja lain di seluruh Malaysia akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti seperti yang telah diketahui selama ini.

Bagi pihak KFC Malaysia, pihak kami ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan di atas sokongan anda semua.

Pengarah Urusan
KFC Holdings (Malaysia) Bhd



Pihak Pengurusan KFC Malaysia, walaupun saya memuatkan video yang saya perolehi dari Youtube itu disini, namun saya percaya dan yakin ianya tidak berlaku ditempat lain. Buktinya, saya membuat catatan tentang kisah ini pada hari Jumaat dan keesokan harinya saya membeli Family Bucket di KFC Dengkil. Langkah pengawasan yang sebegini (memasang CCTV) adalah harus dipuji dan harap ianya menjadi contoh kepada restoran yang lain dalam menjaga mutu dan kualiti makanan mereka agar tidak dicemari lagi.

4 ulasan:

  1. Tanpa Nama5/7/11 12:05 PG

    ambiklah pekerja2 yang mendirikan solat.

    BalasPadam
  2. Bagus jugak dah ada jalan penyelesaian...

    BalasPadam
  3. buang yang keruh, ambil yang jernih..
    oleh acQ

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...