Assalamualaikum WBT,
Bagi pembaca setia blog Mazidul Akmal Sidek, pasti akan perasan aktiviti terbaru beliau ketika ini adalah bersama dengan pasukan penyiasat paranormal mencari entiti di tempat yang agak menyeramkan. Dan seringkali juga gambar-gambar orbs dinaikkan. Puas saya bertanya tentang ORBS dan akhirnya saya menemui jawapannya disini http://www.greenappleku.com/2011/07/orb-dan-paranormal.html.
Bukan apa, saya beria-iya bertanya kerana saya ada menyimpan gambar-gambar yang wujud kehadiran orbs yang memang tidak saya sedari sewaktu gambar tersebut dirakam. Jom kita tengok gambar-gambarnya.
Dan lagi satu
Gambar ini saya rakam di Restoran Kampung Daun, Bandung, Indonesia. Mulanya saya pelik bagaimana gambar anak-anak dan isteri saya boleh wujud juga gambar orbs tersebut yang pada awalnya saya sangka embun. Tapi mungkin tidak mustahil kerana lokasi Restoran Kampung Daun ini berada dalam kawasan yang agak berhutan. Bukan nak menakutkan pada yang berkunjung kesana, tapi digalakkan pergilah diwaktu siang kerana dapat menikmati pemandangan yang lebih menarik.
Alhamdulillah, tiada apa-apa yang pelik mahupun gangguan menimpa anak-anak saya biarpun sewaktu bergambar ditemani ORBS.. Apa itu Orbs? Terus sahaja ke blog ini untuk kupasan selanjutnya. Saya bukan penyiasat paranormal. Hehehe. Jom siasat http://www.greenappleku.com/2011/07/orb-dan-paranormal.html
Saya jugak pernah rakam orbs.. tapi tak pasti sama ada itu benar2 orbs atau wap air.
BalasPadamSaya pun seperti awak, tertanya-tanya, apa itu orbs setiap kali baca blog Mazidul. Nampak cantik cam buih sabun namun rupanyer.... hehe.. Bila dah tahu apa itu ORBS, bolehlah saya membaca dengan penghayatan yg tinggi.
BalasPadam