Rabu, Julai 06, 2011

Mee Rebus Mastan Ghani

Assalamualaikum WBT,

Banyak kali juga saya dah pergi ke Teluk Intan. Namun sekalipun saya tak pernah makan mee rebus di situ dan sudah tentu yang terbaik di Teluk Intan ialah mee rebus Mastan Ghani.

Setelah berlegar-legar sekitar Teluk Intan dan Bidor hari ini, akhirnya mee rebus Mastan Ghani menjadi pilihan untuk saya makan tengahhari tadi. Bukan di Teluk Intan tetapi di pekan Langkap. Dari Teluk Intan ke Bidor dan nak balik ke Dengkil semula, terasa malas nak patah balik ke Teluk Intan mencari mee rebus Mastan Ghani dan yang terdekat dengan Bidor ialah Langkap. Jadi restoran Mastan Ghani yang berhadapan dengan Pusat Kesihatan Langkap jadi pilihan.

Namun agak mengecewakan, percubaan kali pertama makan mee rebus Mastan Ghani tidak memberangsangkan. Dan saya hairan kenapa ini yang disebut-sebut. Setelah diselidik rupa-rupanya mee rebus Mastan Ghani di Langkap memang jauh berbeza dengan yang di Teluk Intan.

Di bawah payung yang sama, namun rasa berbeza. Ini tidak sepatutnya terjadi kerana akan merosakkan nama Mastan Ghani itu sendiri. Mungkin ada penduduk Langkap yang tidak bersetuju dengan saya, namun saya mendapatkan respon dari beberapa orang rakan sebelum saya menulis disini.

Insya Allah, jika ke Teluk Intan lagi, saya pasti akan ke Mastan Ghani di Teluk Intan untuk mencari perbezaan yang dimaksudkan. Dan jika tiada aral pada hari Ahad ini mungkin saya akan ke Temerloh mencari ikan patin masak tempoyaknya. Jom makan makan.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

6 ulasan:

  1. Bagi kakcik, mi rebus MG yang di TI itu pun tak sesedap mana. :(

    BalasPadam
  2. jika saudara nak try mee rebus mastan ghani di teluk intan, boleh tanya lokasi kepada 'orang lama' teluk intan. lokasi tidak jauh dari 'kedai sekupang (nama kedai)'.

    BalasPadam
  3. walaupun jenama sama, tp tukang masak berbeza barangkali...

    BalasPadam
  4. Food handling oleh Mastan Ghani sngat berseh...MG Telok Intan jika anda kunjungi pasti memuaskan hati..Mee Rebus dan Rojak sedap...elok di jenama semula dan jadikan ianya MEE Mastan Ghani 1malaysia,smua bangsa sukakannya.

    BalasPadam
  5. sedap atau tidak bergantung kepada citarasa kita.
    MG yang sedap kat depan The Store, Pekan Teluk Intan (Abdullah Mastan Ghani, anak Mastan Ghani)

    BalasPadam
  6. cawangan langkap dah tutup

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...