Assalamualaikum WBT,
Agak jarang dan tak berapa berminat nak mengikuti perkembangan dunia hiburan lebih-lebih lagi di Malaysia ni. Kalau nak tengok dilayar perak cerita-cerita melayu lagilah agak kurang. Bukan taknak menyokong, tapi memang tak sokong lah lagi-lagi dengan kualiti dan jalan cerita yang boleh buat aku tertidur. Tapi kalau hasil kerja Afdlin Shauki memang jarang aku terlepas.
Terbaru, isu video klip Prema Yin (aku tak kenal) dengan Shah Jazle (tau la) yang diarahkan oleh Gambit Saifullah (saper la pulak ni) yang dikatakan mengandungi isu ghairah keterlaluan. Yang kelakarnya statement yang dikeluarkan oleh pengarah mengatakan video klip untuk pasaran Amerika bagaikan tak masuk akal. Aku tak tau la lagu-lagu Melayu ni layak nak dipasarkan di sana sedangkan aku sendiri sebagai orang Melayu pun tak berapa nak minat. Satu kenyataan yang bodoh dan cuba mencari dalih yang mungkin dapat menyelamatkan dirinya. Dan si pelakon pula mengatakan, hanya mengikut arahan. Dey... kalau orang suruh makan taik, lu nak ke makan taik?
Seterusnya kita tengok apa tindakan Kementerian Penerangan yang mewakili kerajaan Malaysia. Dimana tahap ketegasan mereka. Kalau dulu artis rambut panjang tak boleh sekarang dah boleh. Dulu cerita tahyul mahyul tak dibenarkan sekarang mesti ada. Dan yang paling aku tak faham sampai sekarang kes Faizal Tahir yang kena ban kerana membuka baju sewaktu mengadakan persembahan. Besar benar salah si FT tu sehingga kena ban sedangkan artis-artis wanita yang hampir nak terkeluar buah dadanya, si tukang ban boleh buat-buat tak nampak je ye. Yelah.. Faizal Tahir tu bukak baju apa yang syoknya.
Inilah penguatkuasaan yang terdapat di Malaysia. Hari ni tak boleh, esok boleh pula. Bangga mengatakan Malaysia sebuah negara Islam dan majoritinya melayu yang mempunyai adab kesopanan yang tinggi. Tapi bila timbul isu-isu begini macam buat tak nampak je. Majoriti pengikut dunia hiburan ini adalah golongan remaja yang baru nak naik dan sentiasa bersemangat nak mencuba sesuatu yang baru. Jika inilah yang dihidangkan dan kerajaan tidak mengawalnya, jangan haraplah statistik gejala sosial yang melanda anak-anak muda ni akan menurun.
Jadi, cadangan saya pada pihak yang berwajib semua pelakon dan pengarah video klip berunsur lucah ni diban serta merta. Bukan nak tutup periuk nasi mereka, tapi sebagai pengajaran. Faizal Tahir yang buka baju atas pentas boleh kena ban takkan aksi ghairah begini boleh tutup mata je kan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com