Isnin, Jun 06, 2011

Medan Ikan Bakar Muara Sg Duyung


Assalamualaikum WBT,

Hari ini berjaya menunaikan janji untuk membawa anak-anak berjalan sempena cuti sekolah yang masuk minggu kedua. Rancangan asal nak pulang menziarahi saudara mara di Terengganu. Tetapi kesibukan kerja tidak mengizinkan untuk cuti lama disamping urusan kenduri kahwin saudara mara dan jiran tetangga membuatkan cuti hujung minggu terbatas.

Melaka destinasi pilihan kami walaupun dah berulangkali pergi. Namun inilah first time dapat naik Menara Taming Sari dan first time makan di Medan Ikan Bakar Muara Sg Duyung. Biasanya orang kalau ke Melaka kalau tak singgah makan di Medan Ikan Bakar Umbai memang tak sah. Namun kali ini sengaja aku memilih Muara Sg Duyung kerana ramai yang mengatakan disitu harganya lebih murah berbanding Umbai.

Jam 6.00 petang sampai disitu keadaan agak lengang. Mungkin kerana hari Isnin dan masih awal lagi namun ada juga pelanggan. Tempat makan selesa dengan ruang yang agak besar dan susun atur meja memudahkan pergerakkan. Hidangan yang disediakan agak cepat mungkin sebab orang tak ramai dan untuk seekor siakap, 1/2 kilo udang, 300 gram pepahat, 1/2 kilo sotong dan sayur kailan ditambah dengan jus oren satu jag beserta otak2 10 harganya RM127.30.


Harganya normal, takde la murah sangat dan tak mahal sangat, namun dari segi rasanya Umbai the best. Tapi kalau korang nak compare antara Umbai dengan Bagan Lalang (yg ada court tu), Bagan Lalang is much better. Tapi dari segi harga memang di Bagan Lalang agak mahal berbanding Umbai dan Sg Duyung.

So, terjawab sudah yang mana di Muara Sg.Duyung harganya lebih kurang Umbai tetapi rasanya tak boleh lawan Umbai lagi. Cuma lokasinya tak sejauh Umbai dan hanya 10 minit dari Banda Hilir. Selamat mencuba...

2 ulasan:

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...