Assalamualaikum WBT,
1,2,3,... Eh mana lagi 2? 1 ada dalam stroller. Oh! Lagi 1 ada kat belakang aku rupanya.
Begitulah kaedahnya bila anak dah ramai. Setiap kali teringat akan mula membilang bilangan mereka cukup tak 5 orang. Dan yang paling mustahak waktu naik lif, dan waktu bersesak-sesak ditengah-tengah orang ramai.
Mungkin yang ada anak satu atau dua tak jadi masalah kerana ayah pegang satu dan mamanya pegang lagi satu. Tapi kalau dah ramai macam saya 5 orang kaedah mengira sentiasa dipraktiskan.
Eh! Ramai ke 5 orang? Bagi aku belum cukup ramai kerana adik beradik isteri aku sahaja ada 12 orang. Tapi bila aku kata anak dah lima, semua orang akan cakap.. Uiii ramainya... Mungkin ramailah kot.
Ini semua rezeki dan anugerah dari Allah SWT. Tidak sekali pun aku mengeluh dan terasa anak-anak yang ramai ini menyusahkan bahkan aku bangga mempunyai mereka semua ini. Kerana mereka-mereka inilah aset yang paling berharga dan tiada sesuatu pun yang setanding dengannya.
Pada yang sedang berusaha untuk mendapatkan anak semoga ada rezeki anda nanti dan pada yang takut nak beranak, yakinlah yang anda tidak akan mengalami kesusahan malah rezeki anda akan bertambah setiap kali anak anda dilahirkan.
Allah lah yang memberi rezeki dan Dia juga yang memelihara setiap makhluk ciptaanNya.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
5 orang tak cukup ramai.. cukupkan sampai 1 team bola..
BalasPadamKita org lelaki takde masalah. On aje. Nnt org pompuan kata, "Apa, ingat kita ni kilang ke?" hehehe. Namun kalau Allah dah tentukan tiada siapa boleh menolak.
BalasPadamAnak ramai bestkan. Abang saya ada 7 anak.. 15yr, 14yr, 12yr, 10yr, 7yr, 4yr, & 9 bulan. Bila dah ramai yang skolah, rumah jadi sunyi sebab yang kecik jek tinggal kat rumah.
BalasPadamSaya teringin sangat nak anak ramai....
Alhamdunillah
BalasPadamSMTI:)
BalasPadamZaman ini purata sesebuah keluarga hanya ada 2 atau 3 anak sahaja...
BalasPadamSo bila dengar org ada 5 anak, mereka akan kata banyak...
Banyak daripada kdr purata...
kecik2 mmg terasa ramai...bila dah tua nanti, sorg2 keluar dr rumah p merantau...time tu baru terasa beshnya anak ramai..still ada peneman sampai ketua...n syukur la kan dpt rezeki yg mmg tiada nilainya...utk org yg still x dpt2 mcm sy ni...terkebil2 jer la menunggu :)
BalasPadamelok anak ramai, sy pun ada lima , skrg ni cuma tinggal bertiga saja, yg kecik pun dh drjh 6.. yg lain dah masuk u/asrama. kalau ada bdk 3 lg kan elok...ha ha..
BalasPadamDulu memang nak tambah anak..tapi suami tak izin kan...jadi cukup ler 4 org..
BalasPadam