Assalamualaikum WBT,
"Kadang-kadang aku bosan melihat wajah aku"
"Hidung aku ni kalau mancung sikit lagi kan best"
"Kenapalah kulit aku gelap. Kalau putih mesti ramai pakwe/makwe nak kat aku".
Ayat yang biasa kita dengar. Dan ramai juga yang ingin menjadi seperti orang lain dan rujukan mereka sudah tentulah artis-artis ataupun model-model terkenal.
Kenapa perlu begitu? Setiap yang Allah jadikan pada kita adalah yang terbaik. Kenapa kita tak mahu mensyukurinya hingga sanggup untuk mengubah apa yang Allah telah kurniakan. Setiap apa yang telah Allah kurniakan ada terkandung hikmah. Bersyukurlah dan berhentilah berangan-angan untuk jadi seperti orang lain.
Akan tetapi untuk mencontohi kebaikan dan amal ibadat orang lain adalah satu perkara terpuji dan sesungguhnya contoh ikutan terbaik adalah Rasulullah SAW dan sahabatnya.
akak sentiasa bersyukur dik...
BalasPadamrumput diseberang jalan memang sentiasa nampak lebih hijau...
BalasPadam