Assalamualaikum WBT,
Hari Ahad adalah hari cuti umum bagi kebanyakkan negeri di Malaysia. Makanya, seluruh ahli keluarga akan berkumpul bersama-sama dan melakukan aktiviti rutin dihari minggu.
Ibu akan sibuk mengemas dan menyediakan makanan tengahhari untuk hidangan sekeluarga. Anak lelaki masih berlingkar di atas katil kerana sibuk melayan Online Games sehingga subuh. Anak perempuan membantu ibunya menguruskan hal rumahtangga. Manakala ayah, selepas membasuh kereta akan sibuk menelaah surat khabar satu persatu dari mula hingga khatam.
Ya.. Surat khabar dihari Ahad biasanya akan lebih tebal dari hari biasa. Yang menambahkan ketebalannya bukan apa sangat apa pun. Cuma berita-berita hiburan yang semakin menyenakkan. Bagi aku, cukuplah aku ambil tahu kisah Mael Lambung je. Huhuhu..
Bagi sesetengah orang tak membeli suratkhabar dihari minggu bagaikan tak lengkap hari minggunya itu. Paling kurang 2 suratkhabar perlu dikhatamkan. Tapi berbeza bagi aku. Sejak rumah aku ada kemudahan internet dan mampu untuk mengakses suratkhabar online, aku tak pernah dah nak keluarkan duit lagi untuk membeli suratkhabar. Online pun dah ada. Apa nak pening-pening. Lagi banyak suratkhabar aku boleh baca dan rumah lebih kemas tanpa surat khabar.
Tapi citarasa orang berlainan. Mungkin tak puas baca surat khabar secara online. Tapi bagi aku, cukuplah sekadar aku membaca surat khabar secara online dan duit 2-3 ringgit yang korang gunakan untuk membeli surat khabar tu, baik aku gunakan untuk membeli putu bambu.. Lagi best.
biasa baca berita online je.. kat office pagi pagi mesti baca berita dulu... nak jimat lah konon
BalasPadam