Khamis, Mei 26, 2011

Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke-10

Assalamualaikum WBT,

Hari ini genap usia perkahwinan kami 10 tahun. Mula berkenalan pada hari lahir isteri di tahun 1998. Dan mengikat tali pertunangan pada bulan Mei 2000 dan alhamdulillah dengan sekali lafaz pada 26 Mei 2001, Azwan Bin Muhamad dan Ruzlifah Binti Sahit, sah sebagai suami isteri.

Mengharungi suka duka berumahtangga sepanjang tempoh ini, walaupun boleh dikatakan sudah agak lama, namun sedikit pun perasaan kasih dan sayang tidak berkurang. Perselisihan faham adalah lumrah namun semuanya dapat diselesaikan dengan baik dan tidak mengambil tempoh yang lama.

Kini setelah 10 tahun, kami dikurniakan 5 orang cahaya mata dan yang terbaru baru sahaja genap 2 bulan. Dan adalah menjadi harapan kami semoga Allah SWT terus mengekalkan jodoh kami hingga ke akhir hayat kami dan menemukan kami kembali didalam syurgaNya.

Nantikan eksklusif gambar sekitar pernikahan kami 10 tahun lepas yang tidak pernah disiarkan dimana-mana pun. 

5 ulasan:

  1. selamat menyambut ulang tahun..semoga sentiasa murah rezeki

    BalasPadam
  2. salam,

    tahniah..moga berpanjangan usia perkhawinan KITA semua :)...

    BalasPadam
  3. Tahniah..

    Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke10 hari ini & hari2 seterusnya. Suka membaca entry ini.

    Tak sabar nak tengok gambar kawin 10 tahun lalu. Sangat nostalgik kan.

    Kisah azwan seolah2 mcm sama tapi tak serupa dengan saya....

    BalasPadam
  4. 10 tahun tu..belum lama lagi 'bang'...baru nak bermula episod dugaan yg lebih mencabar..keh..keh..keh...Oh..alahai..ada baby lagi..hmmmm..kena kerja kuat utk masa depan keluarga..Bagi akak pulak yg dah 23 tahun berkapel2 ni..skrg ni masa rilex..anak2 dah besar2..cuma kena pantau lebihg ler sbb anak2 alam remaja skrg ni..lagi besar dugaan nya...

    BalasPadam
  5. Omedetou gozaimas!
    Kejap aje dah 10 tahun, ya...

    BTW, nice theme.

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...