Rabu, Mei 25, 2011

10 tahun lepas....

Assalamualaikum WBT,

Pada waktu ini 10 tahun lepas, rumah aku dah riuh rendah dengan kaum kerabat dari Terengganu dah berkumpul disini. Kalau nak ikut 10 tahun lepas pada tarikh 25 Mei 2001 adalah hari Jumaat.

Selepas solat Jumaat, kenduri dah bermula dengan makan beramai-ramai ikan keli masak apa entah. Di masak oleh mak sedara aku dari Terengganu. Tapi memang sedap. Sampai tak cukup dibuatnya. Dicampur pula dengan kaum kerabat dari Dengkil menjadikan kemeriahan makin terasa.


Inilah wajah mak sedara aku yang masak best tu. Nasi dagang dia memang tak boleh lawan. Carilah sekitar K.Terengganu. Memang takde yang setanding dengan masakannya. Tapi dia tak berniaga lah. Hehehe.

Dari 7 adik beradik abah aku, 6 sudah berkumpul dirumah aku pada hari ini 10 tahun lepas. Lagi sorang datang keesokan harinya. Kenapa mereka berkumpul? Tunggu catatan seterusnya...

1 ulasan:

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...