Isnin, Mei 16, 2011

Refresh kembali cikgu-cikgi sempena Hari Guru.


Assalamualaikum WBT,

Selamat Hari Guru buat semua guru-guru di Malaysia. Bersempena dengan hari guru ni jom kita refresh balik mengingatkan cikgu-cikgu yang pernah mengajar kita semua bermula dari sekolah tadika hinggalah kita tamat bangku persekolahan di sekolah menengah. Tanpa bantuan dan tunjuk ajar guru-guru tersebut, mungkin kita tak berada ditahap mana kita berada sekarang.

Sekolah Tadika
Yang ini senang sebab ada seorang je guru aku masa tu. Walaupun aku bersekolah 2 tahun di Tabika Kemas, namun guru yang sama jugalah dia beliau ialah Cikgu Fatimah Bt Jonan merangkap mak sedara aku jugak.

Sek.Keb. Dengkil / SRA Dengkil
Antara cikgu yang aku masih ingat ialah Arwah Cikgu Salmah, Arwah Cikgu Habibah, Cikgu Anorwar, Ustaz Saari, Cikgu Shaari, Cikgu Osmera, Cikgu Sawiyah, Cikgu Habib (pernah rotan aku), Cikgu Che Aziz (pernah bg penampar), Cikgu Kamarun, Cikgu Norizan, Sir Nathan, Ustaz Muhyiddin, Ustaz Dollah, Ustazah Jamilah, Ustazah Ponisah, dan ramai lagi.. (tak ingat dah hehehe)..

Sek. Agama Men Sg.Merab Luar
Ustaz Suffian, Ustaz Husin, Cikgu Mahadi, Ustaz Razali, Cikgu Azizah, Cikgu Husniza, Cikgu Rahman, Ustaz Ramlan, Cikgu Zamri, Ustaz Salehuddin, Cikgu Shima dan ramai lagi (tak ingat juga.. )

Sek.Agama Men Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam
Ustaz Sarbini, Ustaz Samuri, Ustaz Boestamam, Ustaz Hidayat, Teacher Mazwin, Teacher Akma, Cikgu Zamilah, Ustaz Mahzun dan banyak juga lagi yang aku lupa nama sebab guru-guru kat sekolah tu pun ada nickname masing-masing.

Alhamdulillah, semua cikgu-cikgu dari sekolah tadika sampai lah sekolah menengah aku masih kenal dan kalau jumpa mesti aku tegur. Cikgu-cikgu mestilah dah tak berapa nak kenal kita. Yelah.. dulu masing-masing hingus meleleh cikgu tolong lapkan, sekarang ada yang rambut pun dah tukar kaler. Mana la cikgu nak ingat. Terbayang dalam kepala ni nak buat roadtour menjejak cikgu-cikgu ni dan nak bagi hadiah pada mereka. Anda semua bagaimana?

3 ulasan:

  1. cikgu cikgi dlm blog xmo senaraikan skali ke? kikiki...

    BalasPadam
  2. Cikgu cikgi dlm blog anak2 murid yg dok ajor. hehehe.

    BalasPadam
  3. terima kasiah

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...