Isnin, Mei 16, 2011

Tak pakai spender la jawabnya.

Assalamualaikum WBT,

Pernahkah anda mengalami kejadian dimana bagasi yang anda bawa menaiki kapal terbang tidak anda terima ditempat untuk menuntut bagasi?

Kejadian yang berlaku semalam apabila gangguan bekalan elektrik terjadi di KLIA dan mengakibatkan banyak bagasi penumpang tidak dapat menaiki pesawat yang sama. Maksudnya, beg yang di check in untuk dimasukkan ke dalam ruang kargo pesawat tidak berjaya. Hasilnya, penumpang yang menaiki kapalterbang yang sama tidak akan menerima begnya apabila tiba ke destinasi yang dituju.

Terfikir sejenak, jika keadaan ini terjadi pada saya sewaktu saya tiba di Jakarta sebagai contoh, dengan sehelai sepinggang alamat tak pakai spender la jawabnya kerana tak mungkin saya nak guna spender yang sama dalam tempoh lebih 12 jam. Nak beli yang baru tak mungkin saya nak pakai sebelum dibasuh terlebih dahulu. Bagaimana pula dengan golfer yang gemar bermain di luar negara. Sudah pasti kecewa kerana set golfnya tidak sampai.

Namun, saya percaya masalah ini tidak akan berlarutan lama. Penumpang yang tertinggal bagasinya akan dipastikan menerima bagasinya kembali dalam jangka masa yang singkat. Pun begitu keadaan ini tidak seharusnya berlaku dan  tindakan untuk memastikan semua bagasi yang telah didaftar masuk tidak tertinggal perlu diberi perhatian yang lebih serius.

2 ulasan:

  1. kalau pasal spender,aku ada idea bagus jugak..terbalikkan spender tu...paling kurang dapat pakai 2 3 kali....

    Mari Menyumbangkan Sperma....

    BalasPadam
  2. Ala bro... carilah yang pakai buang. Kompom hygenic!

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...