Ahad, Mei 15, 2011

Lokasi kejadian hanya 500 meter dari rumah aku.


Assalamualaikum WBT,


SEPANG: Seorang penjenayah yang dikehendaki polis maut ditembak selepas merempuh kereta polis di Cyber Valley, Dengkil, di sini, malam kelmarin.
Suspek yang berusia 20-an itu turut dikatakan melepaskan satu das tembakan sebaik menyedari kehadiran polis dalam kejadian, jam 10.15 malam.

Dia yang bersembunyi di sebuah hotel di sini dilihat turun melalui pintu belakang sebelum memasuki kereta jenis Alphard.
Tindakannya cuba melawan anggota polis ketika dikepung membawa padah apabila dia ditembak mati.


Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, suspek diintip sepasukan polis sejak jam 5.30 petang kelmarin dan mendapati kereta yang diletakkan di belakang hotel itu dilaporkan hilang dalam kes samun bersenjata api di Taman Megah, Kelana Jaya, 2 Mei lalu.

“Sebaik memasuki keretanya, dua kereta polis mengepung kereta suspek dari arah depan dan belakang.
“Bagaimanapun, suspek cuba melarikan diri ketika diminta keluar oleh polis apabila merempuh kereta polis. Malah, dia turut melepaskan tembakan,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Berikutan itu, polis terpaksa melepaskan tembakan ketika suspek keluar dari kereta dan cuba melepaskan tembakan ke arah polis.


“Suspek maut di tempat kejadian. Hasil pemeriksaan mendapati suspek menggunakan pistol jenis semi automatik. Polis turut menemui peluru di dalam kereta berkenaan,” katanya.

Tun Hisan berkata, suspek menyewa dua bilik hotel sejak 9 Mei lalu dan polis percaya dia tidak bersendirian.


- Dah macam-macam hal kat Dengkil ni. 

7 ulasan:

  1. Syabas kepada anggota polis yang terlibat...

    BalasPadam
  2. semakin de pningkatan pihak polis.
    huhu

    BalasPadam
  3. ha....masa kejadian nie,saya 1 family baru je parking kat kedai mamak 2 sebab nak beli top up...pas 2 polis ckp xleh masuk sebb ader tembak menembak...hati mmg dah dup dap dup dap...cepat2 balik...takut peluru sesat lak...tp yg xblh tahan,pelanggan kat kedai mamak 2 buat selamber jer macam xer aper2 berlaku...saya dah cuak dah...

    BalasPadam
  4. Umiliza - Saya baru tiba dari Shah Alam dan orang ramai berkumpul didepan kedai mamak tu. Saya tanya sorang brader tu dia kata polis tgh kepung perompak atas hotel tu. Betul kata awak, pelanggan kat kedai mamak semua buat selamba je macam takde apa2 yg berlaku.

    BalasPadam
  5. Assalamu'alaikum, wrt.Wbt.

    Usaha untuk membantu anak-anak di RKH ini kami teruskan dengan mempelawa tuan/puan untuk membantu mencari keperluan yang sangat mendesak buat masakini di RKH.
    Ada pun keperluan yang dimaksudkan itu ialah untuk mendapatkan sebuah bas sebagai ganti kepada bas dan van yang sediaada (WY 7778 – keluaran tahun 1970an) yang keadaannya kita seamakin uzur dan tenat. Untuk tujuan itu pihak kami membuka peluang kepada tuan/puan untuk menyumbang khusus kepada Tabung ini melalui beberapacara :

    KETERANGAN LANJUT SILA LAYARI: http://www.rumahamal.org/bas.htm.

    Atau hubungi Ust.Zahari /Usth. Rohana (HP: 019-3133430 - Wakil Lembah Kelang)
    Email: rohana@baitulkasih.org.my
    BBM PIN:26879FE2
    Maaf Zahir dan Batin. Wassalam

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...