Selasa, Mei 17, 2011

Jangan serabutkan blog anda dengan iklan.

Assalamualaikum WBT,

Anda mempunyai barang untuk dijual? Mempunyai perkhidmatan yang ingin ditawarkan? Membuat rumah untuk disewa? Mempunyai kenderaan untuk disedekahkan?

Dengan meletakkan apa juga barangan atau perkhidmatan yang ingin anda niagakan, di Mudah.my semuanya jadi mudah. Dalam masa yang singkat anda akan temui pelanggan anda yang sentiasa mencari apa juga perkara di Mudah.my. Iklan yang saya letak pada 7 Mei 2011 disini dan pada hari ini (17 Mei) akad jual dan beli telah berlangsung.

Bukan nak menidakkan keupayaan iklan yang diletakkan diblog. Namun, di Mudah.my carilah apa sahaja pasti anda akan temui. Iklan yang diletakkan diblog pun memainkan peranannya yang tersendiri. Jika tidak mana mungkin ada yang mahu menyemakkan blog mereka dengan iklan. Pun begitu susun atur iklan janganlah terlalu menyesakkan sehingga nak membaca apa yang ditulis jadi terganggu.

Sebanyak mana iklan yang ingin dipaparkan tidaklah jadi masalah. Yang jadi masalah apabila iklan tersebut mengganggu dan merencatkan perjalanan pengunjung ke blog itu. Mungkin ada yang suka, mungkin juga ada yang tak suka. Bagi saya buat blog yang sebegitu, maaf..maaf..maaf (gaya Nabil dalam ML), saya terus keluar serta merta.

3 ulasan:

  1. betol2..
    byk2 iklan wat serabut la..
    =D

    BalasPadam
  2. bukan ke iklan tu mendatangkan pendapatan kepada blog kita

    BalasPadam
  3. Betul. Tapi kalau nak baca apa yg ada pun jadi masalah, pengunjung akan bosan dan takkan masuk lagi.

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...