Selasa, Mei 17, 2011

Saya sudah buang Shoutmix Box

Assalamualaikum WBT,

Sidang pengunjung yang dihormati sekelian. Bermula malam ini saya terpaksa mendelete shoutbox yang telah lama terpasang diblog saya yang tak berapa nak hensem ni. Antara sebab-sebab yang membuatkan saya tidak lagi memasang shoutbox ialah kerana saya sendiri tidak mempunyai masa untuk berblogwalking.

Namun begitu saya masih lagi tidak ketinggalan untuk mengikuti coretan dari rakan-rakan blogger tersohor yang terdapat dalam bloglist saya. Insya Allah setiap entri terkini yang mereka update pasti saya akan terjah. Rakan-rakan blogger yang memberi komen juga akan pasti saya jengah blognya.

Maaf kerana saya terpaksa mendeletekan shoutbox kerana bagi saya, salah satu tujuan dan fungsi shoutbox adalah untuk aktiviti blogwalking. Dan kebanyakkan blogger yang datang meninggalkan mesej di shoutbox saya, seringkali saya gagal untuk menjejakinya semula kerana tumpuan saya lebih kepada rakan-rakan blogger di bloglist saya. Maka, adalah lebih afdhal saya buang sahaja shoutbox itu.

Rakan-rakan blogger yang kerap kesini, mohon tinggalkan link anda diruangan komen jika berminat untuk saya menyenaraikan blog anda di bloglist saya. Saya lebih selesa berblogwalking untuk melihat setiap entri-entri terbaru anda semua dari sekadar masuk singgah dan hanya meninggalkan pesanan di shoutbox anda. Kerana tujuan utama kita semua membuat posting adalah untuk dibaca dan saya suka membaca tulisan anda semua.

4 ulasan:

  1. tak apa...ada masa...kita berblog ler..
    hanya utk masa2 terluang..kan

    BalasPadam
  2. ditunggu kunjungannya mas bro..
    [http://analiskesehatan-pontianak.blogspot.com]

    BalasPadam
  3. Kekadang isi shoutbox mengarut... banyak iklan sana sini...

    BalasPadam
  4. macam tu pulak... rasa nye ok je.. at least rakan2 boleh kongsi cerita

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...