Ahad, Mei 08, 2011

Berapa banyak nama panggilan anda?

Assalamualaikum WBT,

Dalam perjalanan pulang kerumah daripada pasar tani pagi tadi bersama isteri sempat berbual-bual pasal nama panggilan. Kira punya kira, ada 13 nama panggilan yang saya miliki. Meh saya senaraikan satu persatu. Ni kira pendedahan eksklusif ni. Hanya yang membaca blog ini sahaja yang tahu.

Azwan
Panggilan biasa oleh kawan-kawan sekampung dan jiran tetangga.

Abang
Panggilan dari isteri tercinta sejak dari kenal hinggalah sekarang.

Ayah
Panggilan dari anak-anak. Mula-mula ingat nak bahasakan diri papa. Tapi macam tak boleh nak blah pulak.

Along
Panggilan dari ahli keluarga terdekat dan dari seluruh kerabat di Terengganu. Along, sbb aku anak yg pertama. Juga panggilan dari ipar duaiku.

Atan
Panggilan dari nenek. Aku pun tak tau kenapa sebabnya. Tanya dengan nenek dia pun tak tau mana datang atan tu. Sebab aku manja dengan dia kot. Sekarang pun aku yang membela nenek.

Anje
Panggilan dari mak sedara yg pernah menjaga aku sewaktu kecil. Yang mmg aku tak paham. Sampai aku dah anak lima pun masih tokleh nak ubah. Still anje sampai sekarang. Anak2 dia sendiri pun dia tak panggil anje.

Mie
Panggilan dari bapa sedara sepupu (sepupu emak aku). Kisahnya masa dia muda-muda dia berkenan dengan sepupu aku di Terengganu yang bernama Hamisah. Entah mengapa cinta tak kesampaian. Bila dia tengok muka aku dia teringat sepupu aku tu. Langsung melekat nama Mie sampai skrg. Dia sorang je yang panggil.

Lebai
Aku ni pernah jadi bilal. Sepatutnya masih lagi menjadi bilal. Tapi kerana urusan kerja yang tak menentu maka adalah lebih baik aku letak jawatan dan serahkan pada yang layak. Tak sanggup nak terima elaun tapi jarang bertugas. Sebabkan itu rakan-rakan sekampung dan rakan-rakan kontraktor serta golfer senang memanggil aku lebai.

Janggut
Sebab berjanggut ada 2-3 orang kawan memanggil aku janggut.

Misai
Masa aku berada di sekolah menengah aku dah mempunyai misai yang agak lebat berbanding sesetengah pelajar lain. Jadi bila aku berada di Form 4 panggilan misai mula aku dapat bila aku masuk ke SAMTTAJ Shah Alam dan hingga kini rakan-rakan dari SAMTTAJ terus memanggil aku misai.

Paklong
Panggilan dari anak buah dan anak-anak saudara kerabat aku sendiri.

Waklong
Panggilan dari anak-anak adik ipar aku.

Acik Long
Panggilan dari anak-anak abang dan kakak ipar.

Dan jika anak sedara aku punya anak (piut nenek aku) dah pandai bercakap, mungkin satu lagi gelaran akan ku terima. Atuk Long.. hahahaha.. Dan makin tua rupanya aku ni. Anda semua pula bagaimana. Meh kita share berapa banyak nama panggilan anda.

3 ulasan:

  1. Biarlah banyak mana pun...
    Asalkan nama-nama panggilan itu membawa maksud yang baik-baik...

    BalasPadam
  2. ada 5 panggilan utama kot..
    biasalah..tempat lain org panggil lain

    BalasPadam
  3. mie - suami panggil
    adik mie - kakak2 ipar dan abang panggil
    ibu - anak2 panggil
    mok su - anak2 sedara panggil
    kak mimi - kawan2 dari kalangan lebih muda panggil
    mimi - kawan2 seusia panggil

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...