Assalamualaikum WBT,
Adakah anda menyambut Hari Ibu?
Tahukah anda daripada mana tercetusnya idea untuk Hari Ibu ini?
Di dalam Wikipedia Bahasa Melayu (sini) "Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung."
Dalam satu artikel yang terdapat disini pula "The history of Mother's Day is centuries old and the earliest Mother's Day celebrations can be traced back to the spring celebrations of ancient Greece in honor of Rhea, the Mother of the Gods. During the 1600's, the early Christians in England celebrated a day to honor Mary, the mother of Christ. By a religious order the holiday was later expanded in its scope to include all mothers, and named as the Mothering Sunday. Celebrated on the 4th Sunday of Lent (the 40 day period leading up to Easter), "Mothering Sunday" honored the mothers of England."
(Sejarah Hari Ibu dapat ditelusuri kembali ke perayaan musim semi Yunani kuno untuk menghormati Rhea, Ibu para Dewa. Pada 1600-an, orang Kristiandi Inggeris merayakan hari ini untuk menghormati Maria, ibu Kristus. .......)
Dan banyak lagi artikel lain yang kita boleh baca disini, disini, disini, disini, disini dan disini.
Semuanya mempunyai versi yang hampir senada dengan artikel yang saya petik seperti diatas. Jadi kenapa perlu kita sambut Hari Ibu?
Dalam Islam sudah diajar bagaimana kewajipan kita mendoakan kesejahteraan ibu bapa kita lima kali sehari sekurang-kurangnya dan sentiasa berbakti pada mereka.
Dalam sebuah hadis Sahih Bukhari daripada Hazrat Abdullah bin Mas'ud r.a berkata,beliau bertanya kepada Rasulullah SAW, "Amalan manakah yang paling disukai oleh Allah SWT? Baginda SAW menjawab "Solat". Beliau bertanya lagi, selepas solah apa pula? Baginda SAW menjawab "Berbuat baik (berbakti) kepada kedua ibu bapa". Kemudia beliau bertanya lagi, selepas itu apa pula? Rasulullah SAW menjawab "Jihad"
Andai masih juga ingin meraikan hari ibu ini, satu garis panduan telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Selangor. Boleh rujuk di sini
Ya Allah,
BalasPadamBerilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.