Selasa, April 19, 2011

Laman Web Porno Puncanya


Assalamualaikum WBT,

Hasil dari kebimbangan 1 anak tak sah taraf yang dilahirkan setiap 11 minit boleh lihat di catatan ini, satu wacana khas gejala sosial di Malaysia yang bertajuk - Isu anak tak sah taraf : Punca dan penyelesaian telah dianjurkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dengan menjemput tiga panel dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Wakil dari JKM, Puan Zuraidah Salleh berkata, hasil kajian yang dibuat mendapati punca meningkatnya kes-kes kelahiran anak tak sah taraf hasil dari perzinaan mahupun kes rogol adalah kerana remaja kini sangat mudah memperolehi maklumat berkaitan seks.

Remaja pada masa kini sangat berbeza dengan zaman remaja saya dulu dan juga jauh berbeza dengan zaman remaja ibu bapa kita dahulu. Sekarang, untuk melihat gambar-gambar porno dan aksi-aksi lucah melampau semuanya hanya dihujung jari. Ini tidak dinafikan kerana kebanyakkan individu yang melayari internet akan menjadikan tujuan utama mereka untuk mencari bahan-bahan seperti ini.

Bagaimana ini boleh dibendung? Penerapan iman yang sempurna dan modul untuk lahirkan insan yang bertaqwa perlu diterapkan dalam setiap aspek kehidupan. Pengasingan antara lelaki dan perempuan dalam apa juga acara dan keadaan perlu dikuatkuasakan. Usaha bagi memantapkan iman perlu dijalankan secara berterusan dan bukannya bermusim. Dengan iman yang sempurna, bukan sahaja untuk melihat gambar porno, malah untuk melihat aurat lelaki mahupun wanita, bagi individu yang mempunyai iman yang sempurna akan rasa satu kesalahan yang besar.

Mungkin ada yang memandang sinis dan berkata "tak logiklah takde langsung individu yang langsung tak pernah melihat gambar dan video porno". Memang saya akui kebanyakkan pelayar di internet mencari bahan-bahan porno (hasil pemerhatian keyword), tapi bukanlah kesemuanya. Saya amat yakin ada individu yang bersih hatinya dan mempunyai tahap taqwa yang tinggi menjadikan internet salah satu medium untuk mereka mencari bahan-bahan ilmiah. Jangan kita samakan mereka seperti kita kerana kita belum mampu bersifat seperti mereka.

Kewujudan pusat-pusat hiburan, rumah-rumah urut, dan pelbagai lagi premis yang mengundang berlakunya maksiat perlu dikawal ataupun dihapuskan terus. Cadangan menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan sebagai satu langkah memacu industri pelancongan perlu ditentang dengan sehebat-hebatnya. Jadi, jika satu atau dua jabatan sentiasa memikirkan dan mencari penyelesaian bagi menurunkan statistik kelahiran anak tak sah taraf ini tapi dalam masa yang sama sumber-sumber yang menjadikan remaja kita semakin hilang rasa takutnya pada Allah dan semakin menurun tahap keimanannya ditambah kewujudannya, bagaimana mungkin hasrat ini akan tercapai. Renung-renungkanlah...

3 ulasan:

  1. apabila agama diringankan, yang lain lebih diambil berat, memang susah nak wat apa-apa tuan, pendapat Nadh sendiri la.. dalam pelajaran agama tu sendiri dah cukupkan suma tu, lepas tu dari kita jugak, terlalu cinta akan hiburan, mana nak dapat didik ati dengan rohaniah y dalam. susah hati. ntah camna nasib anak2 kita nt.. :(

    BalasPadam
  2. Kawal pandangan anak2 bermula dari rumah..
    Kemungkinannya dgn cara block youtube...

    BalasPadam
  3. Hendphone leptop ipad fax dan segala macam mesin.. senang nak cari bahan begini..

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...