Ahad, Mac 27, 2011

1 anak tak sah taraf setiap 11 minit.

Gambar Hiasan
Assalamualaikum WBT,

Mengejutkan. Tapi itulah statistiknya. Daripada statistik yang dikeluarkan sendiri oleh Jabatan Pendaftaran Negara bagi tempoh 2006 - 2010 kadar kelahiran anak tidak sah taraf di Malaysia adalah berjumlah 234,674 orang. Itu pun setelah didaftarkan dengan JPN. Bagaimana dengan yang tidak berdaftar?

1 kelahiran anak tidak sah taraf setiap 11 minit adalah satu angka yang sangat mendukacitakan semua pihak. Apa tindakan kita? Dan sudah semestinya apa tindakan kerajaan? 
Dalam masa kita sedang leka menonton siaran langsung bolasepak di kaca tv, dari mula perlawanan hingga selesai, hampir 10 orang anak tidak sah taraf telah dilahirkan. Satu kadar yang sangat mengejutkan sebenarnya. 

Daripada tempoh itu juga, kadarnya adalah meningkat dari setahun ke setahun sejak 2006 iaitu 38,258 kepada 44,234 (2007), 46,822 (2008), 52,378 (2009) dan 52,982 (2010). Dan bagi tempoh itu juga, anak tidak sah taraf yang lahir dari perut ibu beragama Islam adalah sebanyak 80,979 dan pembahagiannya sejak 2006 13,545 didaftarkan dan jumlahnya meningkat kepada 16,100 pada 2007, 16,541 (2008), 17,303 (2009) dan 17,490 tahun 2010. 

Dimana kepedulian kita? Jika kita terlalu berharap pada Jabatan Agama dan agensi berkaitan sahaja memainkan peranan mereka, tanpa penglibatan masyarakat sekeliling secara langsung, saya jamin statistik ini akan pasti bertambah dan terus bertambah. 

Jabatan Agama dan agensi berkaitan juga harus mengetatkan lagi penguatkuasaan keatas pasangan-pasangan belum berkahwin yang sering berkeliaran di gedung membeli belah, taman rekreasi dan dimana-mana sahaja. Satu akta perlu diwujudkan bagi mengeluarkan denda atau saman keatas pasangan yang belum berkahwin berjalan berpegangan tangan atau berkelakuan kurang sopan di khalayak ramai. Dari berpegangan tanganlah akan berakhir dengan berpelukan diatas katil. 

Bagi ibu-ibu yang telah melahirkan anak tidak sah taraf ini pula, satu denda atau penjara perlu dikenakan sebagai pengajaran. Mungkin akan menyebabkan pertambahan kes buang bayi pula. Hukuman mati keatas pembuang bayi hingga menyebabkan kematian bayi tersebut atau hukuman penjara yang lebih lama keatas pembuang bayi sebagai tindakan keras buat mereka. Ini penting, kerana jika tiada pelaksanaan undang-undang yang lebih keras sebegini, jangan bermimpi untuk melihat statistik itu menurun. 

Apa yang paling penting adalah usaha pencegahannya. Kerana mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Allah SWT telah menggariskan dengan terperinci dalam kitabNya dan Nabi Muhammad SAW telah tunjukkan satu contoh terbaik bagaimana cara pergaulan antara lelaki dan wanita yang sebenarnya. Hanya perlu ikut, laksana dan cari jalan bagaimana cara pergaulan yang menepati kehendak Allah SWT dan bertepatan dengan sunnah Rasulullah dapat diamalkan. Semoga kita semua dapat ambil bahagian untuk membanteras perkara ini dengan sehebat-hebatnya. Wallahhua'lam...








3 ulasan:

  1. assalamualaikum

    apa nak jadi dunia zaman sekarang ni ye..

    BalasPadam
  2. assalam,

    pohon sjare info...thanx.

    BalasPadam
  3. hancur manusia sekrng..hurm

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...