Sabtu, April 09, 2011

Kronologi Nasi Ambeng

Assalamualaikum WBT,

Pernah dengar Nasi Ambeng? Bagi masyarakat jawa, jika ada kenduri kendara, nasi ambeng adalah satu keutamaan. Kini nasi ambeng bukan sahaja boleh didapati semasa kenduri bagi orang jawa saja, tetapi di sesetengah pasar malam ada menjual nasi ambeng.

Mungkin ada yang tak pernah melihat pun bagaimana rupanya nasi ambeng ni. Mungkin juga ramai yang tidak tahu cara penyediaan nasi ambeng. Tetapi bagi mereka yang berketurunan jawa jika tak tahu, inilah yang dipanggil jawa 'murtad'. Hehehe..

Gambar yang akan saya paparkan ini saya rakam pada tahun 2004 di rumah bapa mertua saya yang mengadakan kenduri nak menyambut bulan Ramadhan. Jom kita tengok sama-sama cara penyediaannya setelah semua bahan yang diperlukan siap dimasak.


Penyediaan nasi yang dibentuk diatas talam / dulang. Penggunaan daun pisang penting agar nasi tersebut tidak melekat pada talam yang digunakan. Nasi yang dibentuk ini perlu berkeadaan panas dan jika sejuk sukar nak membentuknya.


Setelah nasi siap dibentuk satu lagi lapis daun pisang diperlukan untuk menutup bahagian nasi. Tujuannya adalah untuk penyediaan lauk pauk.


Meletakkan serunding. Ini adalah bahan utama dalam penyediaan nasi ambeng. Nasi ambeng bagaikan tak lengkap jika tiada serunding. Bahan-bahan lain adalah mengikut kesesuaian dan kegemaran masing-masing.


Sejak awal kahwin lagi, sampai la sekarang dah beranak 5, saya memang tak boleh blah nak makan nasi campur dengan mee besar ni. Tapi ini juga antara bahan utama yang selalunya ada. Kadangkala ada juga yang menggunakan meehon.


Ikan masin dan ikan bilis besar turut dimasukkan. Ayam goreng juga dikategorikan sebagai bahan utama. Ada juga yang menyediakan sayur-sayuran seperti kacang panjang.


Nah.. Sudah siap untuk dihidangkan. Menarik bukan.

Kemudian mari pula kita lihat bagaimana nasi ambeng ini dibahagi-bahagikan. Pembahagian nasi ambeng ini biasanya dilakukan oleh mereka-mereka yang lebih tua. Cara pembahagian nasi ambeng akan ditentukan oleh tuan rumah. Ada yang bahagi 4, ada yang bahagi 5 dan ada juga yang bahagi 6.


Sebelum nasi ambeng dibahagi-bahagikan, langkah pertama perlu buka alas lain untuk memudahkan urusan pembahagian. Ini bagi memastikan ketelusan sewaktu urusan pembahagian dilakukan.


Sewaktu ini bapa mertua saya masih sihat dan dia sendiri memutuskan agar pembahagian dilakukan kepada lima bahagian. Ayam dipotong terlebih dahulu dan diikuti mee besar.


Kemudian apa sahaja yang ada tadi terus dibahagi-bahagikan dengan seadil-adilnya. Begitulah bagaimana masyarakat jawa mementingkan ketelusan dalam apa juga perkara.


Seterusnya pembahagian nasi dilakukan. Lihat bagaimana mereka menjadikannya kepada 5 bahagian. Sungguh cekap urusan pembahagian dilakukan. Dan semua ini mengambil masa tidak lebih dari 10 minit.


Dan akhir sekali, semua bahagian yang telah dibahagi-bahagikan tadi dimasukkan kedalam plastik untuk diagih-agihkan. Maka selesailah sudah dari cara penyediaan hingga masuk ke dalam plastik untuk dibawa pulang kerumah.

Antara kelebihan nasi ambeng ialah menyatupadukan sesama masyarakat setempat. Biasanya kaum lelaki yang pergi kenduri sahaja yang akan merasa makanan yang disediakan oleh tuan rumah. Tetapi dengan menggunakan kaedah nasi ambeng, seluruh ahli keluarga orang yang pergi ke kenduri akan dapat merasa dan makan bersama nasi ambeng tersebut. 

Dikisahkan juga zaman dahulu dalam masyarakat jawa, kalau orang lelaki balik lambat dan bagi alasan pergi kenduri, memang tak boleh nak tipu kerana jika mereka tak bawa pulang nasi ambeng, maka sah lah mereka tak pergi kenduri. Hehehe.. Begitulah kronologi nasi ambeng untuk tatapan kita bersama.

17 ulasan:

  1. tk pernah mkn,msti sedap kan.:)

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama10/4/11 1:03 PG

    fuyoo kenyang tu...huhu

    BalasPadam
  3. Mak Dara pernah makan nasi ambeng dan menyediakan nasi ambeng masa program homestay di sekinchan tahunlepas.. memang bestt

    BalasPadam
  4. Salam..

    Tiba2 terasa lapar plak.. lama tak makan nasik ambeng ;)

    BalasPadam
  5. sedapnya... dah lama x makan nasi ambeng... jawa ke?? sama lahhhh... hehee

    BalasPadam
  6. Huaaa!!!Tiba2 teringat arwah nyai dan yai yang pakar buar nasi ambeng.Lama tak makan nasi berkat.(Org Jawa tau lah tu)

    BalasPadam
  7. DD pernah makan nasi nie...best giler...puas sangat...siap mkn dalam talam agi time tu...sangat seronok...

    BalasPadam
  8. lama tak pekena nasi ambeng

    BalasPadam
  9. Tak traditional tu bang....kene bungkus pakai surat khabar dan daun pisang....baru sedap...huhuhuhuhuhuhuhuhu

    BalasPadam
  10. lapa plak tgk nasi ambeng nih.. :)

    http://www.misxwhatever.blogspot.com

    BalasPadam
  11. rasanya ada kurang lagi satu..
    meehun.xder meehun x jawo la...
    aritue ms kenduri seratus hari,balik umah mentua sekali nasik ambeng da..
    mcm rusa masuk kampung lak rasanya...
    ingatkan diorang makan dalam dulang,rupa rupanya tapau bawak balik...

    BalasPadam
  12. Kamal : Hanya jawa mengenal yg tulen mengenai jawa. Saya bukan jawa. hehehe

    BalasPadam
  13. kok nang duwur kertas toh.. rak resik kuwie.

    BalasPadam
  14. lapo... lapo... lama bebeno x pekena nasik ambeng nih...

    BalasPadam
  15. waaaa... lme xmkn nsi ambeng... ni yg xsbar nk blik banting ni... cri kenduri yg de nsi ambeng... hehehe

    BalasPadam
  16. Cara ni tak menyusahkan ke..nape tak dibungkus asing2 sejak dari awal...nampak cam kurang bersih bila bila dibahagikan cmtuh....itu pandangan saya la...

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...