Ahad, April 10, 2011

Dia yang selesa, kita yang kena tanggung semuanya.

Assalamualaikum WBT,

Semalam mak mertua datang kerumah menjenguk cucu terbarunya. Eh, tak boleh kata yang terbaru sebab ada yang lagi baru. Adik ipar aku baru je selamat anak keduanya Jumaat lepas.

Borak punya borak kemudian terkeluar cerita rumah sewanya yang kini masuk 7 bulan tak dibayar oleh si penyewa. Mak ai. 7 bulan. Kalau kereta 2 bulan 21 hari dah boleh kena tarik. Tapi ini dah 7 bulan orang yang menyewa tak reti nak bayar. Bukan nak beransur-ansur. Seposen pun tak bagi.

Kerana tahap kesabaran dan kasihan dengan nasib si penyewa yang ada masalah rumahtangga dan kereta pula dah kena tarik, maka mak mertua aku tak sampai hati nak memintanya. Bagi aku, jika 7 bulan dah bayar tak sewa, memang si penyewa akan cari peluang untuk meninggalkan rumah tanpa disedari oleh tuan rumah.

Hal ini pernah aku alami sendiri dan lebih teruk bil api dan air banyak yang tertunggak. Jika setakat tak bayar sewa tak jadi masalah. Tapi kalau bil api dan air pun kita nak kena bayar apa kes lak ni. Memang kurang asam namanya. Elok dicekik-cekik je orang macam ni. Kalau ada la penyewa aku yg dulu tu baca ingat-ingatlah yang anda masih berhutang dengan saya.

Ada satu kes rumah sewa kawan, yang hampir setahun setengah tak berbayar dan si penyewa ikut 'tengin' dia je walaupun tuan rumah dah buat laporan polis. Dia boleh pulak cakap, dia takde duit, kalau nak suruh cari rumah lain mana nak cari deposit. E-eh.. Kenapa pula masalah yang dihadapi tuan rumah turut diheret sama. Kalau macam tu baik tukar je Bin kepada Bin Tuan Rumah.

Benar, setiap orang ada masalah dan setiap masalah ada penyelesaiannya. Bagi kami tuan rumah penyelesaian terbaik adalah menyuruh penyewa keluar kerana tidak mampu lagi nak bayar sewa. Tapi hutang yang ada jangan dilupakan. Kadangkala bila berbaik sangat dengan orang ni, lama-lama dia naik 'mua' dan akan buat 'dek' je. Maklumalah.. tuan rumah baik. Jangan nanti tuan rumah hilang sabar, panggil kaki pukul ah-long tolong setelkan pulak nanti. Sebab tahap kesabaran manusia ni ada limitnya.

4 ulasan:

  1. assalamualaikum

    kes macam ni pernah terjadi juga pada makcik di kajang...

    penyewa dah 1 tahun tak bayar sewa.bila datang rumah minta, si isteri cakap suami p kerja lah, demam lah, kenduri kahwin lah.

    ada sekali tu, makcik saya sms mereka kata nak datang. bila dah ada depan pintu, ketuk punya ketuk, tak ada kat rumah.bila telefon, mereka cakap banyak lagi urusan nak buat selain jumpa tuan rumah.

    last2, makcik saya bagi surat, tak layan juga..potong air dengan elektrik penyelesaiannya..

    dah tu, keluar rumah buat muka tak tau malu..bersepah dan busuk rumah mereka tinggalkan.
    teruk juga kami nak bersihkan rumah yang sangat busuk .bila sampai bil, dah setahun mereka tak bayar semua bil...siap tulis amaran pada makcik saya kat dinding ruang tamu..

    tapi, itulah..setiap benda kita buat, pasti ada balasan..

    penyewa tu kena rompak..habis harta benda dicuri.
    orang kesihan kan mereka..masih ada hati perut, tapi mereka yang sengaja cari musuh..
    sekurangnya, bagilah teladan yang baik pada anak-anak mereka..kan?

    BalasPadam
  2. assalamualaikum Azwan,

    ni yang dikata 'kuli makan daging, tokey makan tulang'... kalau nak kesian pun biar berpada2, orang macam ni tak boleh diberi muka sangat akan ada saja alasannya setiap bulan

    BalasPadam
  3. masalah kalu jd mcm nie... sy sbg penyewa x pernah terlewat byr apatah lg berhutang dgn tuan rumah dan semua bil2. Sbg penyewa, org dh bg kita duduk rumah dia dan cukup bertuah dah... kenalah bertimbang rasa... hutang bawa ke mati tue...

    BalasPadam
  4. salam abg azman muhamad....sya brminat nak sewa rmh abg..ada kekosongan lgi tak...abg azman blh coll sya 017-9839225 along...

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...