Assalamualaikum WBT,
2 minggu lori tak masuk ambik sampah.
Tersentap saya yang baru nak menjamah pisang goreng cicah dengan sambal ikan talapia di kedai Wak Parman. Pagi ni sarapan ringan je. Baru nak duduk minum jam 11.00 pagi dapat satu panggilan mengatakan ada aduan dari penduduk yang lori saya tak masuk 2 minggu untuk buat kutipan sampah dirumah pengadu. Dengan tergesa-gesa saya segera menghabiskan makanan saya dan terus ke alamat yang diberikan. Dan hasil sampah 2 minggu yang tidak diambil oleh lori saya adalah seperti didalam gambar.
Plastik baru yang masih cantik yang pada pengamatan saya paling lama pun berada disitu tak lebih dari 12 jam. Tapi kenapa buat aduan sehingga 2 minggu? Apa masalahnya? Ya, saya kontraktor yang bertanggungjawab menyelenggara sisa pepejal dari kawasan kediaman disitu. Walaupun kerja saya hanya mengangkat sampah, namun saya punya akal fikiran dan tidak akan memastikan rumah kediaman si pembuang sampah tidak kotor dan bebas dari sampah dalam jangka masa yang ditetapkan.
Yang jadi kemusykilan saya ialah kenapa buat aduan yang tidak betul. Apa tujuannya? Berkemungkinan si pengadu :-
- Sengaja nak cari pasal sebab tak dapat kontrak mengangkat sampah tersebut
- Sengaja nak burukkan nama kontraktor sedia ada
- Nak jadi hero pada jiran-jiran supaya dipilih menjadi ketua taman
Seringkali akan terbit berita-berita berkenaan sampah tidak dipungut, sampah dibiarkan bertaburan, sampah tidak diselenggara mengikut masa, sampah itu, sampah ini dan macam-macam lagilah perihal sampah yang semuanya akan menuding jari meletakkan kesalahan secara total pada kontraktor bertanggungjawab. Gambar dibawah menceritakan keburukan si pembuang sampah yang akhirnya akan membusukkan si pengutip sampah.
Kawasan pembuangan sampah haram yang telah dibersihkan dengan sempurna |
Tak sampai 24 jam sampah telah kembali dibuang ditempat tersebut. |
Jadi, kita renung-renungkanlah bersama. Kami sebagai pengutip sampah bertanggungjawab memastikan kawasan persekitaran yang diduduki oleh tuan/puan sentiasa bersih dan selesa untuk diduduki. Tapi jika tuan/puan sendiri yang membuang sampah bagaikan tiada aturan bagaimana keadaan ini dapat dibaiki? Jangan ingat cukai pintu yang dibayar oleh tuan/puan terlalu besar dari perkhidmatan yang diberikan kepada pihak tuan/puan. Sebagai contoh, jumlah bayaran kutipan sampah untuk satu unit rumah kediaman hanya bernilai RM8.00 sebulan. Dan kekerapan kutipan minima 12 kali sebulan + 1 kali untuk pembuangan perabot lama dan yang berkaitan (sampah pukal).
Sebagai pengutip sampah yang berakal, kami akan sedaya upaya menyediakan perkhidmatan yang terbaik tidak kira hujan, panas, salji, ribut petir, siang, malam mahupun hari raya. Sampah akan kami kutip mengikut jadual yang telah ditetapkan. Dan kami berharap sebagai pembuang sampah tuan/puan juga berakal agar pembuangan sampah dibuat ditempat yang betul, tong ditutup agar tidak dapat diselerakkan oleh anjing dan memastikan membuat aduan yang tepat jika berlaku permasalahan. Sebagai pengutip sampah, saya juga adalah pembuang sampah. Jadi kedua-duanya saling kait mengait dan kedua-duanya perlu mempunyai aturan dan berakal.
Dan yang paling penting satu pesanan sebelum mengakhiri entri ini, jangan buang sampah merata-rata, jangan jadikan tong sampah bahan sepak terajang kita dan jangan jadi sampah masyarakat.
erm..
BalasPadamtuan rumah saje je kot nak beramah mesra...
dh lama x jumpa la katekn..
=D
Masalahnya dia pun takde dirumah. Kalau ada memang ingat nak belanja minum pastu nak bayar bil dia telefon pegi mengadu tu.
BalasPadamMemang menyampah org yg buang sampah dan menyusahkan org yg kutip sampah... apa ingat muka org yg wat keje tu muka sampah ke... ehh... mulia tau keje tu walaupun kotor dan busuk... semoga Allah merahmati mereka2 yang menjaga kebersihan
BalasPadammungkin sampah yg 2 minggu tu dia buang dah..hehee
BalasPadamDia org tak kerja macam bro,diaorg tak tau macam mana cara bro bekerja..
BalasPadamKalau dalam tempoh 24 jam dah ada sampah bersepah,itu maknanya bukan sampah yg dibuang je sampahnya,tukang buang sampah pon sampah juga...Patut dibuang je semua sampah tersebut supaya bersih kawasan tu...Aman sikit..=)
pendapat akaklah yaa..org yg membuang sampah mempunyai tanggungjawab yg lebih besar dr org yg mengutip sampah..sebabnya..jika sampah dibuang dgn betul..senang kerja org yg mengutip sampah tu.Sampah yg dikumpul..dibuang dlm plastik sampah dan diikat,masukkan dlm tong sampah bertutup...tak perlu nak ajar tu..semua dah tahu..kalau sepah2 nanti..bau yg ditinggalkan oleh sampah tu mmg ler tak tahan..kaca2 yg pecah atau benda2 yg tajam yg kecil hendaklah dibalut dgn suratkhabar yg tebal supaya tak merbahaya..kalau yg besar2 tu kena asingkan..
BalasPadamMasalah sampah di mana mana sahaja.. erk? Wan bagi no hendphone lu kat email gua relevan64@gmail.com .. boleh ?..
BalasPadamhurm, pokok pangkalnya sikap segelintir rakyat Malaysia masih tak berubah. mau perkhidmatan '1st class' tapi pengotor ! sanggup menipu pulak tu. haih.
BalasPadamSalam Azwan;
BalasPadamgua pembaca senyap di sini, itulah sikap atau mentaliti kebanyakkan orang malaysia, mereka merasakan cukai pintu yang di bayar sudah cukup besar agaknya...
Kemudian ada juga sikap yang memandang hina pekerjaan pengutip sampah dan aa juga di kalangan pekerja lori sampah yang tidak beradap.
Seperti yang lu katakan, tiada kerjasama antara 2 pihak... maka timbul masalah sebegini...
Kesimpulannya bro... sikap/attitude manusia itu sendiri...
wallahuaklam...
Salam..
BalasPadamMentaliti masyarakat.. lebih sudu daripada kuah.. lebih lajak dari laju.. suka menambah2 nak bagi sedap cerita.. sbb tu Harian Metro masih relevan sampai sekarang.. hehe :D
Saya ingin membuat aduan tapi di mana saya boleh pergi?Saya seorang surirumah,alamat saya adalah di Taman Bukit Lentang,Gemas Baru,Segamat Johor.setiap kali saya perlu mencari TONG SAMPAH saya di dalam longkang ataupun kediaman jiran saya selepas pekerja yang bertugas mengutip sampah di kawasan rumah saya.kadang-kala mereka membuang sampah bersama-sama tong sampah sekali.Sikap mereka begitu teruk,pernah sekali saya menanya pada mereka"kenapa tidak membuang sampah saya"mereka menjawab"JIKA SESIAPA YANG INGIN MAKAN DURIAN,DIA YANG KENA MEMBERESKAN KULIT DURIAN ITU SENDIRI,INI BUKAN TANGGUNGJAWAB KITA!!"Bolehkah sesiapa bagi bantuan kepada saya,dimana saya perlu buat aduan?
BalasPadam