Sabtu, April 23, 2011

"Kalau saya lempang cikgu balik..."

Assalamualaikum WBT,


"Jujai (bukan nama sebenar), kamu berdiri atas kerusi"
Jujai berdegil tidak mahu berdiri diatas kerusi.
"Saya suruh kamu berdiri atas kerusi, kalau saya lempang kamu nanti"
"Abis tu. Kalau saya lempang cikgu balik"..
Cikgu terus keluar dari kelas dan 2 minggu selepas itu dilaporkan telah berpindah ke sekolah lain


Kisah di atas adalah kisah benar sewaktu saya berada di tingkatan empat. Mungkin ada rakan-rakan sekelas yang masih ingat kisah ini. Apa yang muncul difikiran saya, andailah pada waktu itu ada rotan ditangan cikgu tersebut dan tindakan merotan digunakan atas kedegilan murid itu, mungkin lain pula ceritanya.


Wajarkah sebagai seorang cikgu melempang anak muridnya?


Bagi saya sebagai seorang bapa tindakan guru melempang muridnya adalah satu tindakan yang keterlaluan. Lebih-lebih jika yang dilempang itu adalah murid-murid yang berada ditahap satu. Ini kerana pada pandangan saya kaedah melempang murid lebih kepada melepaskan perasaan marah yang terbuku dihati dan bukan bertujuan mendidik. Apetah lagi jika hasil pelempang yang dikenakan itu meninggalkan kesan pada penerimanya.


Sebagai seorang pendidik, kaedah merotan adalah kaedah terbaik untuk digunakan sebagai hukuman. Ini bertepatan dengan apa yang dianjurkan dalam Islam itu sendiri kaedah untuk mengajar anak-anak. Menggunakan rotan merupakan satu kaedah yang selamat, tidak akan mencederakan dengan kecederaan yang serius sehingga boleh mendatangkan mudharat. Merotan sekadar mendatangkan rasa sakit dan perit agar sepenerima merasa sedar dan serik. Dengan penggunaan rotan juga, sekuat mana sekalipun hayunan yang dikenakan kesannya sangat berbeza apabila kaedah menggunakan anggota fizikal seperti tangan, kaki dan sebagainya.


Benar murid-murid sekarang perlu ditangani dengan cara yang lebih keras lagi kerana faktor persekitaran yang semakin mencabar. Namun kaedah seperti pelempang bukanlah satu penyelesaian yang baik kerana dikhuatiri akan mendatangkan implikasi lain. Kita juga sedia maklum yang cikgu-cikgu ini adalah manusia biasa dan mempunyai perasaan serta emosi. Adalah tidak adil jika kita menyalahkan cikgu-cikgu mengenakan hukuman keatas anak-anak kita atas kesilapan yang dilakukannya. Saya sendiri memang berharap agar cikgu kepada anak-anak saya merotan mereka jika mereka berbuat silap. 


Pada cikgu-cikgu yang mengajar anak muridnya menggunakan rotan, syabas cikgu. Anda adalah seorang pendidik yang hebat. Bukan maksud saya mempertikaikan kerja-kerja yang cikgu buat kerana saya menganggap cikgu-cikgu adalah ibubapa kedua kepada anak-anak saya. 


4 ulasan:

  1. Cabaran guru sekarang makin besar. Semoga cikgu-cikgubanyak bersabar..

    BalasPadam
  2. kalaulah cikgu2 boleh merotan!!

    BalasPadam
  3. Penyelesaian ke atas masalah disiplin adalah tanggung semua pihak...
    Ada ibubapa yang tidak langsung mengambil tahu tentang sikap buruk anak-anak mereka...
    Yang lebih teruk lagi menyokong segala kegiatan anak2 mereka...

    BalasPadam
  4. cgu dulu pkai rotan je.. xpon piat telinga.. cubit jemput2.. tp smpai lmpang tu mcm mlampau.. guru skrg kne pndai main psikologi.. and xboleh cpat melatah.. rapat ngn anak murid, i.allah dpat ajar dorang dgn baik :)

    jemput singgah ANASAURUS :)

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...