Assalamualaikum WBT,
Sesungguhnya Nabi SAW datang kepada masyarakat yang mempercayai pawang-pawang dan tok nujum yang mendakwa mengetahui perkara yang ghaib. Mereka berkata mampu mengetahui perkara ghaib yang akan datang atau yang lepas dengan cara mereka berhubung dengan jindan sebagainya. Rasulullah SAW memerangi perbuatan bomoh-bomoh seumpama ini dengan membacakan ayat: "Katakanlah Ya Muhammad, tidak ada yang mengetahui perkara yang ghaib samada di langit dan bumi melainkan Allah." (An-Naml: 65)
Allah telah menceritakan bahawa jin sendiri tidak tahu dengan kematian Nabi Sulaiman sehinggalah anai-anai memakan tongkat Nabi sulaiman a.s. dan Allah berfirman: "Kalaulah mereka (jin-jin Nabi Sulaiman) mengetahui perkara yang ghaib
nescaya mereka tidak berada dalam azab yang menghina (bekerja susah payah walaupun Nabi sulaiman sudah wafat)." (Saba: 14)
Dr Yusuf Qardawi berkata: "Sesiapa yang mendakwa mengetahui perkara yang ghaib maka dia telah
berbohong kepada Allah, kepada kebenaran dan kepada manusia."
Sesungguhnya telah tiba sekumpulan manusia bertemu dengan Nabi SAW, mereka menyangka baginda mengetahui perkara yang ghaib, lalu mereka menyembunyikan sesuatu di tangan mereka. Mereka bertanya "Beritahu kamu apa yang ada dalam tangan kami?" Nabi SAW menjawab dengan jelas: "Aku bukannya tok nujum atau pawang yang mengetahui benda yang ghaib. Sesungguhnya pawang atau tok nujum (yang mendakwa tahu perkara ghaib) berada dalam neraka." (Hadis Riwayat Tirmizi)
Percaya dengan cakap-cakap bomoh, pawang dan tok nujum yang mendakwa mengetahui perkara yang ghaib adalah kekufuran. Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang berjumpa dengan tok nujum dan bertanya sesuatu yang ghaib, lalu percaya dengan kata-kata mereka maka tidak diterima solatnya selama 40 hari"
(Hadis Riwayat Muslim)
Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang berjumpa dengan bomoh atau tok nujum, lalu bertanya pada bomoh tentang sesuatu dan lelaki itu mempercayai apa yang bomoh beritahu tentang perkara-perkara ghaib maka dia telah kufur dengan ajaran Nabi Muhammad SAW." (Hadis Riwayat Bazzar-Jaid)
Nabi SAW pun tidak mengetahui perkara-perkara yang ghaib. Firman Allah SWT, "Katakanlah hai Muhammad, aku tidak mengatakan mempunyai khazanah-khazanah Tuhan, aku tidak mengetahui perkara yang ghaib..." (Al-Anam: 50)
Namun tersangat hairan pada masa sekarang ni bomoh-bomoh yang mendakwa perkara yang ghaib seumpama:
1. Mengetahui benda atau orang yang hilang.
2. menilik masa depan seseorang.
3. Mengetahui penyakit tanpa tertentu dan alat-alat moden.
Kebanyakan masyarakat mempercayai kata-kata bomoh ini. Ini sangat bahaya terhadap akidah mereka. Masyarakat perlu berhati-hati dengan kewujudan bomoh ini.
Adapun bomoh yang tidak mendakwa mengetahui perkara ghaib dan merawat hanya dengan Quran dan Sunnah maka ia dibenarkan.
Dipetik sepenuhnya dari GengTerengganu
Renungkan sabda Nabi:
BalasPadam"Sesiapa yang berjumpa dengan tok nujum dan bertanya sesuatu yang ghaib, lalu percaya dengan kata-kata mereka maka tidak diterima solatnya selama 40 hari"(Hadis Riwayat Muslim)